PENDIDIKAN MUZIK KBSM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN JUNID MUAR

    STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN MUZIK SMKJJ

                         PENGETUA     :Masih kosong         

                                                    (Pengerusi Panitia Muzik Daerah Muar)


                         GKP 1               :En. Toh Cheng Hwa      

                                                    (Naib Pengerusi Panitia Muazik Daerah Muar )


                         GURU MUZIK :En. Samsuri Bin Yusoff 

                                                     (Setiausaha Panitia Muzik Daerah Muar)

                                                    :Puan Zahirani Bte Abd Kadir

 

TENAGA PENDIDIK MUZIK KBSM SMKJJ

EN. SAMSURI BIN YUSOFF

[email protected]

PN. ZAHIRANI BTE ABD KADIR

IKUTILAH PENDEKATAN  DALAM MELAKSANAKAN PENDIDIKAN MUZIK KBSM

FALSAFAH  PENDIDIKAN  KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan  insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejateraan  diri  serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.  

 OBJEKTIF

Objektif program pengembangan bakat yang berpandukan objektif kurikulum Pendidikan Muzik berasaskan lima tunjang berikut :

Tunjang

Objektif

 

·        Ekspresi kreatif

 

 

Menyatakan persepsi, perasaan dan idea melalui lisan, tulisan dan lakuan kreatif.

 

 

·        Persembahan

 

 

Memeperkembangkan daya komunikasi dan interaksi serta mempertingkatkan kemahiran dan pemahaman muzik melalui persembahan.

 

 

·        Persepsi estetik

 

 

Memperkembangkan daya sentitiviti dan kesedaran terhadap apa yang dilihat, didengar, disentuh, dirasa dan dialami.

 

 

·        Penghargaan       estetik

 

 

Menikmati, menilai, membuat analisa serta membicarakan hasil karya dan persembahan muzik dan sebagainya.

 

 

·        Dokumentasi dan projek

 

 

Mempertingkatkan pengetahuan tentang muzik tradisi masyarakat Malaysia dan budaya yang berkaitan dengannya serta muzik daripada budaya lain.

 

MATLAMAT

Program ini dirangkan untuk mengumpulkan serta mendedahkan para pelajar dengan aktiviti yang terancang dan terkawal. Di awal perancangan di jalankan dibawah program kegiatan kesenian yang diberi perhatian serius oleh bekas Pengetua SMKJJ iaitu Tuan Haji Sulaiman Bin Hj Abd Samad. Hasil yang memberangsangkan dan peningkatan disiplin yang baik ditunjukkan para pelajar program ini, Pengetua SMKJJ iaitu Encik  Zulkifli Bin Ismail, telah menyokong penuh program kesenian dan ditukar nama kepada program pengembangan bakat yang menyediakan peluang berorentasikan minat pelajar dalam bidang kesenian kepada para pelajar . Disamping itu program ini berobjektif mengalih pandangan pelajar dari bertumpu di pusat internet atau pusat membeli belah kepada aktiviti yang membina di sekolah

ORGANISASI KANDUNGAN

Organisasi program pengembangan bakat juga berpandukan Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik disusun mengikut objektif. Setiap objektif diterjemahkan kepada “Hasil Pembelajaran” dan “Kandungan” yang dipersembahkan dalam dua lajur. Lajur “Hasil Pembelajaran” mengandungi senarai ketrampilan minimum yang perlu dicapai olch pelajar. Lajur “Kandungan” pula ialah senarai ilmu muzik yang perlu dipelajari. Kedua-dua senarai ini harus dilihat secara keseluruhan sebagai  satu perkara yang saling berkaitan dan menunjukkan ketrampilan minimum yang harus dikuasai oleh pelajar dalam tempoh lima tahun persekolahan. Senarai objektif dan hasil pembelajaran tidak disusun mengikut hiraki Guru boleh memilih mana-mana objektif dan hasil pembelajaran merngikut  kesesuaian dan kemampuan pelajar.

PERANAN GURU

Peranan fasilitator  ialah sebagal pemudahcara, penggalak dan pembimbing pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di bilik darjah. Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru muzik yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang muzik disamping mempunyai dedikasi dan daya kreatif dalam mengurus pengajarannya. Sebagai pemudahcara, guru muzik berperanan menggerakkan pelajar untuk belajar dan mencapai objektif pembelajarannya. Guru sentiasa mendorong pelajar memperluaskan maklumat yang disampaikan oleh guru, mencari maklumat baru serta menganalisis dan rnenyelesaikan masalah berkaitan perkara-perkara yang dipelajari. Guru seharusnya dapat memberi tunjuk ajar, mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dan menyediakan latihan yang mencukupi untuk pelajar-pelajarnya.Komunikasi berkesan merupakan elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Hal ini memerlukan wujudnva interaksi bilik darjah yang terancang, teratur dan terkawal. Dalam hubungan ini, peranan guru muzik ialah menggalakkan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain, guru dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi memperolehi hasil pembelajaran yang optimum. Selain itu, memberi pelajar latihan atau tugasan yang mencukupi, bercapah dan bermakna adalah merupakan peranan guru muzik. Melalui latihan atau tugasan, pelajar dibimbing untuk menguasai kemahiran muzik, kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan membuat refleksi.

PERANAN PELAJAR

 Pendidikan Muzik menitikberatkan penyertaan penglibatan aktif pelajar selaras dengan kehendak kandungan Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik yang merangkumi aspek teori, amali dan apresiasi. Setiap pelajar dikehendaki memainkan peranan secara aktif dalam pembelajarannya. Peranan ini melibatkan pelajar mendengar, menyampaikan pendapat. memainkan alat muzik, berbincang, mencipta, menggubah, berunding, berkompromi, membuat refleksi, menilai dan membuat keputusan estetik sama ada sebagai individu atau ahli kumpulan. Pencapaian pelajar dalam program ini dinilai secara berterusan sepanjang tempoh penglibatannya. Pelajar perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi penilaian supava penilaian itu dapat mengukur pencapaian sebenar pelajar supava guru boleh menjalankan tindak susul yang sesuai dan menentukan matlamat pembelajaran tercapai.

 PENILAIAN

 Sencapaian pelajar haruslah dihargai dan dinilai. Penilaian kejayaan program pembangan bakat ini dinilai secara berterusan. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh meliputi penilaian terhadap penguasaan kemahiran, pemerolehan pengetahuan, penghayatan, daya kreatif dan amalan nilai murni serta sikap, minat dan bakat.keadah yang digunakan ialah pemerhatian , lisan  dan graf peningkatan prestasi pelajar.

Ini bererti, penilaian terhadap pelajar merupakan sesuatu yang menunjukkan dengan tepat tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu kemahiran. Tahap pencapaian pelajar adalah mengikut standart pertandingan diperingkat negeri dan kebangsaan.

SASARAN.

Program ini dirangkan dan dirancang untuk mengumpulkan serta mendedahkan para pelajar dengan aktiviti yang terancang dan terkawal. Oleh yang demikian matlamat yang disokong oleh Pengetua SMKJJ iaitu Encik  Zulkifli Bin Ismail, iaitu menyediakan peluang berorentasikan minat pelajar dalam bidang kesenian kepada para pelajar . Disamping program ini berobjektif mengalih pandangan pelajar dari bertumpu di pusat internet atau pusat membeli belah kepada aktiviti yang membina di sekolah. Oleh yang demikian sasaran utama adalah kepada semua pelajar dan pelajar yang bermasalah.

 KEMUDAHAN

Program ini dirancang menggunakan bahan yang sedia ada dan bermatlamat untuk tidak membebankan pihak sekolah. Oleh yang demikian alatan banyak disediakan oleh para pelajar sendiri.

KOMPONAN AKTIVITI PROGRAM

1.      Kelas Vokal ( wajib semua peserta koir dan solo )

2.      Teori.

3.      Koir .

4.      Nanyian solo.

5.      Nasyid.

6.      Kompang.

7.      Gitar ensemble.

8.      Tenikal PA System.

9.      Gamelan

10. Caklempong.

11. Perkusi.

12. Muzik semasa.

13. Sejarah Muzik.

CONTOH PENYUSUNAN JADUAL PROGRAM.

 Peruntukan 2 waktu dalam jadual harian .

 Contoh tingkatan satu.

 

HARI

MASA

BIDANG

ISNIN

1 jam

Kelas vokal + Nyanyian koir.

 

RABU

1 jam

Teori

 

SABTU

  8.00 –   9.00 pagi

  9.30 – 10.30 pagi

11.00 -  12.00 tgh

 

Kegiatan Kokurikulum ( Pilihan )

Tenikal PA system

Gitar ensemble.

Kompang.

               

       

PERANCANGAN  AKTIVITI  TAHUNAN 

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SMKJJ MUAR TAHUN  2002

 

BIL

AKTIVITI (Rutin & Developmental)

OBJEKTIF

SASARAN

BILANGAN SASARAN

SUMBER TENAGA

STRATEGI UTAMA

TARIKH /BULAN

1

Kursus Pendedahan Koir

  1. Di akhir kursus guru-guru dapat mempelajari tentang cara-cara pengendalian kelab koir di sekolah.
  1. Kursus ini juga bermatlamat memberi pengalaman  dan tatacara pengendalian aktiviti koir.
  1. Mempraktikkan teknik koir di sesi latihan.
  1. Memberikan pendedahan  apakah elemen-elemen yang diperlukan dalam persembahan koir.

 

Semua pelajar pendidikan muzik

50 orang.

Ajk Panitia dan Pensyarah jemputan.

Kursus sehari.

Mac 2002.

 

Smkjj 

2

Kursus Penciptaan Lagu Nasyid.

  1. Di akhir kursus guru-guru dapat mencipta lirik nasyid berdasarkan keperluan pendidikan semasa.
  1. Di akhir kursus para guru dapat mengubah lagu-lagu nasyid berdasarkan prinsip gubahan yang asas.
  1. Dapat mempraktikkan harmoni dalam persembahan nasyid.

 

Semua pelajar pendidikan muzik 

50 orang

Ajk Panitia dan tenaga luar.

Kursus sehari dan bengkel.

Mei 2002

 

SMKJJ

3

Kursus Muzik Tradisional

KOMPANG KREATIF

  1. Guru-guru didedahkan dengan sejarah ringkas muzik barkaitan.
  1. Di akhir kursus guru-guru dapat merancang untuk menubuhkan pasukan permainan tradisional di sekolah. Contoh, kompang, gamelan , caklempong , kuda kepang dan sebagainya.

Semua pelajar pendidikan muzik 

50 orang .

Ajk Panitia.

Kursus sehari  atau bengkel.

Jun 2002

 

SMKJJ

4

Pertandingan Koir Patriotik.

  1. Merupakan lanjutan dari kursus yang telah dijalankan juga sebagai aktiviti bulan kemerdekaan.

 

Pelajar

50 orang .

Ajk Panitia.

Pertandingan

Julai  .

SMKJJ

 

6

Pertandingan Lagu Asli.

  1. Merupakan aktiviti tahunan.

Pelajar

50 orang .

Ajk Panitia.

Pertandingan

Ogos.

SMKJJ

 

7

Pertandingan Lagu Puisi.

  1. Merupakan lanjutan dari kursus penulisan dan menggubah lagu puisi.

Pelajar

50 orang .

Ajk Panitia.

Pertandingan

September

 

SMKJJ

    PENCAPAIAN AKTIVITI MUZIK (NASYID) DI SMKJJ

  1. Mengadakan latihan Nasyid sebagai aktiviti tahunan.

  2. Mengadakan bengkel Nasyid Harmoni untuk semua ahli yang terlibat.

  3. Menyertai Nasyid Maal Hijrah Peringkat daerah Muar.

  4. Mengadakan persembahan Nasyid Jemputan Di Sekolah Dato Sri Amar Diraja Muar.

  5. Mengadakan Persembahan Nasyid Jemputan MPM.

  6. Mengadakan Persembahan Nasyid Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.

  7. Mengadakan Nasyid Sempena Sambutanm Ulang Tahun sektor R.T. Tmn Tun Dr.Ismail.

KEJAYAAN YANG PERNAH DIRAIH.

  1. Tempat ketiga Pertandingan Nasyid Anti Dadah Peringkat daerah Muar.

  2. Johan Pertandingan Nasyid Terbuka R.T. Tmn Tun Dr Ismail, Muar.

  3. Johan Pertandingan Nasyid Rakan Muda terbuka ( Perempuan )

  4. Tempat ke Empat Pertandingan Nasyid Rakan Muda terbuka ( Lelaki )

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN AKTIVITI MUZIK DI SMKJJ

  1. Mengadakan latihan serta bengkel Koir.

  2. Mengadakan bengkel Nyanyian Harmoni.

  3. Mengadakan kelas vokal kepada pelajar yang berpotensi.

  4. Menyertai Pertandingan Koir Hari kebngsaan Peringkat Daerah Muar. 

  5. Mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan Lagu Puisi Peringkat Negeri Johor 2000.

  6. Mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Lagu Puisi Peringkat Negeri Johor 2001.

  7. Menyertai Sinaran Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka. - Johan.

  8. Membuat persembahan di Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Melaka.

  9. Membuat persembahan Sempena lawatan delegasi pelancongan di Dewan Sri Negeri Melaka.

Disediakan oleh:

SAMSURI BIN YUSOFF

Ketua Panitia Muzik SMKJJ Muar.

 

  Paparan Tamat ......................Paparan Tamat .............................Paparan Tamat ........

 

TAJUK  PILIHAN ANDA

Menu Utama     Sejarah SMKJJ       Visi dan Misi        Piagam Pelanggan          Lencana Sekolah            Lagu sekolah         Takwim Sekolah       Sejarah Pengetua       PIBG            Pentadbiran           Enrolmen      Unit Kaunseling      Unit PKBP      Unit Muzik      Unit Sukan     Asputram    Kurikulum     Ko-Kurikulum       Pendidikan net       Mutiara Kata     Jaringan Web

 

Hosted by www.Geocities.ws

1