SELAMAT MENEROKAI LAMAN WEB SMK JALAN JUNID MUAR, JOHOR.

                                                                                                                                                                               

  

 

Laman Web  SMK Jalan Junid, Muar sentiasa diperbaharui bagi memenuhi keperluan anda semua. Pihak kami mengalu-alukan kesudian para pengunjung untuk menerokai Laman Web kami.

RENUNGAN BERSAMA

PENDAHULUAN

Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini ialah tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia (world class) bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

OBJEKTIF
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara; 

Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

TEROKAI MAKLUMAT BERSAMA MALAYSIA PENDIDIK DAN CIKGU NET, DEMI MEMARTABATKAN FROFESION PENDIDIKAN KEARAH GURU BERKUALITI DAN BERIMFORMASI.

 

Hubungi kami :
Peraduan Laman Web SMKJJ Muar .
Peti Surat 70.
Jalan Junid 84000 Muarr,Johor
Tel :06-9523893
Emel : [email protected]

Matlamat KPM matlamat bersama 

SUMBER MAKLUMAT BOLEH DIPEROLEHI DARI :








 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1