SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN JUNID  MUAR.

               Pada tahun 1970an Sekolah Tinggi Muar yang terletak di antara empat jalan iaitu Jalan Majidi, Omri, Mariam dan Mohammadiah telah mengalami pertambahan pelajar yang mengakibatkan kekurangan bilik darjah khasnya bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains.

              Oleh itu, pihak berkenaan telah berjaya memperoleh sebidang tanah seluas 6 ekar di Jalan Junid untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan pelajar. Ekoran itu dua tingkat telah dibina di atas tapak tersebut. Tujuannya adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains. Sekolah ini dilengkapi dengan lima makmal dan sepuluh bilik darjah. Oleh kerana makmal-makmal yang ada tidak memenuhi kehendak Jabatan Mata Pelajaran Sains, pihak Pengetua pada masa itu, En. Michael G. Parry mengambil keputusan tidak menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains di situ. Sebaliknya pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 telah ditempatkan di bangunan baru tersebut. Bangunan baru tersebut digunakan secara rasmi mulai bulan April 1974. Penyelia sekolah cawangan ini ketika itu ialah En. Tan Su Chin. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Dua, Muar.
             Pada tahun 1978, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memberi pendaftaran JEE 5031 dan sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Jalan Junid, Muar ( kerana terletak di Jalan Junid ).

            Sekolah ini berpotensi untuk berkembang pada masa akan datang berdasarkan pertambahan dalam projek perumahan di kawasan persekitaran.

 

LOKASI SEKOLAH SMKJJ

* KAWASAN SEKOLAH *

    S.M.K. Jalan Junid terletak di sebuah kawasan seluas 6 ekar, 3 rod dan 9 pol. Terdapat sebuah padang sekolah, sebuah  gelanggang serbaguna bagi permainan bola tampar, bola keranjang, tenis dan sepak takraw. Sebuah gelanggang serbaguna bagi permainan bola jaring dan sepak takraw.

* BANGUNAN SEKOLAH *

    Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan asal. Pada tahun 1980 telah mendapat tambahan satu lagi blok bangunan  yang    mengandungi 24 buah bilik darjah, 3 buah makmal dan sebuah kantin. Pada tahun 1991, sekolah ini telah mendapat  tambahan satu blok bangunan setingkat gotong royong mengandungi 4 buah bilik darjah. Pada akhir tahun 1999, dua blok bangunan empat tingkat telah siap dibina.

KEMUDAHAN FIZIKAL SEHINGGA HARI INI

BIL

JENIS

JUMLAH

1

Kelas

26

2

Makmal Sains

8

3

Bengkel K/Hidup

3

4

Bilik Jahitan

2

5

Bilik Masakan

1

6

Bilik Pendidikan Seni

1

7

Bilik Gerakan

1

8

Perpustakaan

1

9

Bilik Sumber

1

10

Bilik Guru

1

11

Pejabat Pengetua

1

12

Pejabat Am

1

13

Pejabat GPK

1

14

Bilik Disiplin

1

15

Bilik Komputer

1

16

Dewan Juang

1

17

Bilik Kaunseling

1

18

Kantin

1

19

Kedai Koperasi

1

20

Bilik Sembahyang

1

21

Asrama

1

22

Bilik SPBT

1

23

Padang Permainan

1

24

Gelanggang Serbaguna

2

25

Stor Sukan

2

26

Bilik Sakit

1

27

Bilik Matematik

1

28

Makmal Bahasa

1

29

Bengkel Sains Pertanian

1

30

Rumah Pengetua/Waden

1

tamat..................................tamat............................tamat.......................... 

TAJUK  PILIHAN ANDA

Menu Utama     Sejarah SMKJJ       Visi dan Misi        Piagam Pelanggan          Lencana Sekolah            Lagu sekolah         Takwim Sekolah       Sejarah Pengetua       PIBG            Pentadbiran           Enrolmen      Unit Kaunseling      Unit PKBP      Unit Muzik      Unit Sukan     Asputram    Kurikulum     Ko-Kurikulum       Pendidikan net       Mutiara Kata     Jaringan Web

 

Hosted by www.Geocities.ws

1