Home SEJARAH SEKOLAH
SK. PUTRAJAYA 1 MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN/PUAN KE LAMAN WEB RASMI KAMI

SEKAPUR SIRIH

SEJARAH

GALERI

TAKWIM

PIBG

PENGHARGAAN

BKGK

TERKINI

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 mula beroperasi secara rasminya pada 1.1.2 001. Pada mulanya
sekolah ini mempunyai jumlah kakitangan seramai 23 orang sahaja termasuk pentadbir. Jumlah kelas yang dibuka hanyalah 2 buah kelas bagi setiap aliran, di mana setiap kelas mempunyai pelajar seramai 25 hingga 32 orang sahaja.Bilangan pelajar pada mula ia dibuka hanyalah berjumlah lebih kurang 350 sahaja.  Menjelang bulan 5, bilangan guru mulai bertambah kerana kelas mulai dibuka satu demi satu.
Ini disebabkan kakitangan kerajaan yang mula berpindah telahpun menempatkan anak-anak mereka di Putrajaya.

Menjelang akhir tahun 2 001, jumlah pelajar di SK. Putrajaya 1 adalah seramai 700 orang di mana tenaga pengajarnya bertambah menjadi 36 orang.

Mulai tahun 2 002, bilangan pelajar menjadi semakin ramai kerana kakitangan kerajaan yang berpindah secara berperingkat mulai memenuhi kuaters kerajaan. Akibatnya kelas menjadi semakin ramai dan kelas-kelas yang baru terpaksa dibuka. Keadaan ini dijangka sementara sahaja kerana dua buah sekolah lagi hampir siap pembinaannya iaitu sekolah rendah Presint 16 dan Presint 11. 

Tenaga pengajar menjelang awal 2 002 ialah seramai 55 orang . Bilangan murid yang mendaftar di sekolah ini telah mencecah ke angka 1 177 orang. Namun begitu dijangkakan menjelang awal tahun 2 003, bilangan murid ini akan kembali mengikut kapasiti kelas yang ada sekarang ini ( 36 murid bagi setiap kelas )

 

Untuk memastikan keberkesanan P&P ini maka Kursus-Kursus IT guru diadakan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu waktu bekerja. Di antara kursus-kursus yang sering diadakan ialah :

1. Modul SSMS
2. Networking dan sharing
3. Literasi komputer - excel 2 000
4. Membina soalan dan ujian dalam talian SSMS dan Hot Potatoes
5. Membina JPU; Analisa item; Marksheet Digital
6. Pendedahan Infrasuktur P&P Bestari
7. Penggunaan ICT dalam pembelajaran
8. Taklimat Bestari oleh Guru Besar
Hosted by www.Geocities.ws

1