Home BKGK atau dikenali dengan nama Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan telah ditubuhkan secara rasminya pada 5 November 2 001
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK. PUTRAJAYA 1 MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN/PUAN KE LAMAN WEB RASMI KAMI

SEKAPUR SIRIH

SEJARAH

GALERI

TAKWIM

PIBG

PENGHARGAAN

BKGK

TERKINI

 

BKGK atau dikenali dengan nama Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan telah ditubuhkan secara rasminya pada  5 November 2001. Sebelum BKGK diwujudkan, satu badan khas yang menjaga kebajikan guru dan kakitangan telah diadakan secara tidak rasmi dan dikenali dengan nama Biro Kebajikan Guru dan diketuai oleh Puan Zabidah A. Rashid. Hasil daripada permuafakatan guru-guru dan pentadbir, satu pemilihan AJK BKGK secara rasmi telah diadakan.

Berikut adalah senarai AJK BKGK bagi sessi 2 002:

Penasihat : Puan Karimah Bt Hasbullah ( GB )
Penasihat 2 : Puan Asmah Bt Ismail  ( GPK 1 )
Pengerusi : Encik Adnan Bin Zainal Abidin
Naib Pengerusi: Puan Haslinah Bt Dato' Hamzah
Setiausaha: Encik Kamis Bin Amat
Naib Setiausaha: Puan Zamzuriah Bt Hj. Mad Desa
Bendahari : Puan Hasiah Bt Saad
Naib Bendahari : Puan Umi Kalthum Bt Muhd. Ali
Ahli Jawatankuasa:
1. Puan Zuraidah Bt Hashim
2. Encik Jasni Bin Masngot
3. Puan Zabidah Bt A. Rashid
4. En. Naharuddin Bin Tapa
5. Puan Nor Haslinda Bt Juhari

 

Di antara fungsi utama BKGK ini ditubuhkan adalah seperti berikut:

1. Menjaga kebajikan guru-guru dan kakitangan SK. Putrajaya 1.

2. Menjadi jambatan penghubung mesra antara guru-guru dan kakitangan dengan pihak pentadbir.

3. Segala bentuk permasalahan dalaman dapat disalurkan dengan cara yang betul dan diselesaikan secata kekeluargaan melalui BKGK.

4. Dapat merangka program yang bermenafaat untuk kebaikan bersama.

 

Dalam usia yang setahun jagung ini, banyak juga aktiviti yang telah diadakan. Di antaranya ialah :

1.  Mengadakan cenderahati bagi guru-guru yang mendapat cahayamata ataupun yang baru melangsungkan perkahwinan buat kali pertama SAHAJA.

2. Mengadakan majlis sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah pada 10.1.2 002

3. Menjadi penaja jamuan guru sempena Kursus Bestari peringkat sekolah.

4. Mencari sumber kewangan BKGK dengan mengadakan jualan di Stadium Putrajaya  sempena Hari Wilayah.

5. Mengadakan persembahan Hari Guru Dan Hari Raya peringkat sekolah.

6. Mengadakan jamuan perpisahan bagi guru-guru yang berpindah sekolah.

 

 

BKGK merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan guru-guru dan pentadbir terhadap segala aktiviti yang dibuat oleh AJK. Tanpa guru dan pentadbir tiadalah BKGK.

AJK 2 002 berharap BKGK akan terus bergerak maju, walaupun kelak akan bertukar kepimpinan. Yang pasti pemimpin datang dan pergi tetapi ahli perlu terus hidup demi kebaikan bersama.

 

 

Sambutan Aidil-fitri telah diadakan di dataran sekolah. Kelihatan antara tetamu yang hadir sedang berbual mesra di majlis ini.

 

 

 

Inilah dia barisan peserta kanak-kanak di malam sambutan hari raya. Mereka mengambil bahagian di dalam acara pakaian beragam. Kelihatan comel dan berserinya anak-anak ini.
 

 

Inilah dia barisan pentadbir SK. Putrajaya 1 di majlis Aidil-fitri   kelihatan begitu anggun sekali.
Barisan pentadbir ini sedang memerhatikan Puan Karimah Hasbullah (GB) sedang memotong kek ulangtahun pertama SK. Putrajaya 1  di majlis tersebut.


Hosted by www.Geocities.ws

1