Home PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela
PIBG SK. PUTRAJAYA 1 MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN/PUAN KE LAMAN WEB RASMI KAMI

SEKAPUR SIRIH

SEJARAH

GALERI

TAKWIM

PIBG

PENGHARGAAN

BKGK

TERKINI

PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sini. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang, material maupun tenaga bagi faedah murid-murid.

 Sehubungan dengan itu SK. Putrajaya 1 juga tidak terkecuali dalam merangka penubuhan PIBG sekolah demi kebaikan anak-anak yang tinggal di Putrajaya ini. Satu jawatankuasa Penaja PIBG telah ditubuhkan pada 29 Januari 2 002 bertempat di Bilik Mesyuarat SK. Putrajaya 1, jam 5.30 petang (Selasa).

Pada perjumpaan kali pertama itu, seramai 18 orang hadir. Hadirin yang hadir hari itu telah dilantik secara otomatik mengetuai barisan Jawatankuasa Penaja PIBG sekolah. Berikut senarai Jawatankuasa Penaja PIBG:

                YDP :                    Yang Berbahagia Dato Md. Sani Bin Adam
                NYDP:                   En. Maluin Bin Sodiran
                SU:                        Pn. Norhafizam Bt Daud
                BEND:                   Pn. Umi Kalthum Bt Mohd. Ali
                AJK:                      Semua yang hadir

Pembentangan draf perlembagaan diadakan dan telah dipersetujui untuk diterima pakai. Jika ada penambahan akan dicadangkan semasa mesyuarat agung PIBG yang bakal diadakan nanti.

Mesyuarat jawatankuasa Penaja PIBG kali kedua telah diadakan 
pada 5 Julai 2 002, Jumaat, jam 5.30 petang bertempat di bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1. Agenda mensyuarat diadakan ialah menetapkan tarikh mesyuarat agung penubuhan PIBG SK. Putrajaya 1. Selain daripada itu dibincangkan juga perkara-perkara dalam Perlembagaan Persatuan untuk pembentangan dan pengesahan pada mesyuarat agung itu nanti. Hasil daripada mesyuarat itu, majlis telah bersetuju untuk menetapkan tarikh sebenar Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG.

Mesyuarat agung penubuhan PIBG SK. Putrajaya 1 telah diadakan pada:

 Tarikh    :    28 September 2 002 
 Hari       :    Sabtu
 Masa      :    2.30 petang
 Tempat  :    Dewan Besar Sekolah Putrajaya   

 AHLI JAWATAN KUASA PIBG  BAGI  SESSI  2 002/2 003 :

YANG DIPERTUA: YANG BERBAHAGIA DATO' SANI BIN ADAM
NAIB YANG DIPERTUA: DR. IDRIS BIN MOHD. NOR
S/U KEHORMAT: ENCIK KAMIS BIN AMAT
B/H KEHORMAT: PN. NORASLINDAR BT JUHARI

A.J.K (IBUBAPA): EN. MD. REJAB BIN MD. ISA
EN. KHALID KHAN BIN ABDULLAH KHAN
DR. CHIA CHEE PING
PN. SALMAH BT SALMAN
PN. NOREHAN BT IBRAHIM
DR. FAUZIAH BT YUSOF

A.J.K (GURU) EN.ADNAN BIN ZAINAL ABIDIN
EN. ZAWAWI BIN HUSSIN
EN. S. SUVARMANI
PN. JAHLEHA BT YUSOF
PN. NORZIHANA BT JAMALUDDIN

PEMERIKSA KIRA-KIRA: PN. KARTINA BT ZAMAN HARI
Hosted by www.Geocities.ws

1