![]() |
|
|
SEKAPUR SIRIH |
GALERI |
TAKWIM |
|
|
TERKINI |
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK laman ini yang mana telah sama-sama berkorban masa dan tenaga sehingga terhasilnya laman ini. InsyaAllah , Tuhan akan membalasnya nanti dengan berbagai ganjaran.
Mereka yang terlibat di dalam pembinaan laman ini ialah:
1. Encik
Zawawi Bin Hussin
2. Encik Jasni Bin Masngot
3. Encik Mat Rani Bin Abd. Latif
4. Encik Kamis Bin Amat
5. Pn. Sharazad Bt Mohd. Salleh
6. Pn. Zamzuriah Bt Hj. Mad Desa
7. Pn. Zuraidah Bt Hashim
8. Semua Guru SK. Putrajaya 1 samada secara langsung maupun
tidak langsung.
Laman ini yang telah dihasilkan secara bersama oleh guru-guru SK. Putrajaya 1, telah pun mendapat sokongan yang padu dari pentadbir. Pihak pentadbir, terutamanya Pn. Karimah Bt Hasbullah (GB) telah pun memberikan dorongan dan motivasi yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan pembinaan laman ini. Beliau telah memberikan kami kebebasan untuk menghasilkan laman ini dalam suasana kekeluargaan. Untuk pengetahuan semua, boleh dikatakan kesemua yang terlibat dalam pembinaan laman ini tidak mempunyai kepakaran mahupun pengetahuan yang lengkap dalam penghasilan sesebuah laman web.
Namun begitu, berkat kesabaran, kerjasama dan sokongan dari semua pihak, terutama pentadbir maka laman ini akhirnya dapat juga dihasilkan dengan jayanya.
Di sini, pihak kami ingin mengambil kesempatan dengan merakamkan jutaan penghargaan yang tidak terkira di atas jasa baik Encik Shuhairi Bin Abd. Ghani, Pegawai Sistem Maklumat, Bahagian Teknologi Maklumat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, di Jabatan Perdana Menteri yang mana telah banyak memberi tunjukajar dan sokongan tanpa meminta bayaran. Tanpa kerjasama dan sokongan Tuan, mungkin laman ini tidak dapat dibangunkan sedemikian rupa. Dengan keikhlasan Tuan ini hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.
Kepada Yang Berbahagia Dato' Sani Bin Adam, tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kerana tanpa Dato', kami tidak mungkin dapat berhubung dengan Encik Shuhairi untuk meminta pandangan dan nasihat dalam pembinaan laman web ini.
Akhir kata, sekiranya terdapat
kelemahan dan kekurangan di dalam laman ini, maaf dipinta. Ibarat pepatah Melayu
pernah menyebut;
Buah cempedak di atas pagar,
Ambilkan galah tolong jolokkan,
Kami ini baru sahaja belajar,
Sekiranya silap tolong tunjukkan.
InsyaAllah, kami akan cuba
mengemaskini laman ini dari masa ke semasa. Sebarang cadangan dan maklumbalas,
harap dapat di e-mel kepada : [email protected]
Salam sayang untuk semua,
Adnan Bin Zainal Abidin
(Pengurus Laman Web)