NAMA PERSATUAN![]()
(i) Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan
Kakitangan Awam Persekutuan Sabah.- Selepas ini disebut
" PERSATUAN ".
(i) Alamat berdaftar ialah
di:
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah,
Tingkat 7, Rumah Persekutuan,
Beg Berkunci 2063,
Jalan Mat Salleh,
88592 KOTA KINABALU.
atau di lain tempat atau tempat-tempat yang akan
ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa
(ii) Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Slogan bagi Persatuan ini ialah :
" BERGIAT UNTUK PERPADUAN - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
(i) Untuk merapatkan hubungan baik dan kesefahaman antara ahli- ahli selaras dengan slogan " Bergiat Untuk Perpaduan".
(ii) Untuk mewujudkan semangat dedikasi dalam perkhidmatan selaras dengan slogan " Berkhidmat Untuk Negara ".
(iii) Menjaga kebajikan ahli-ahli dengan tidak melanggar Peruntukan Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
(iv) Untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan.
(v) Merapatkan hubungan antara Jabatan-Jabatan
Kerajaan Persekutuan melalui aktiviti Persatuan.
(i) Ahli Biasa terbuka kepada semua pegawai dan
kakitangan yang sedang berkhidmat dalam Jabatan-Jabatan dan
Agensi-Agensi Kerajaan
Persekutuan di Sabah.
(ii) Ahli Gabungan terbuka kepada semua Persatuan–Persatuan
Sukan, Rekreasi, Kebudayaan yang berdaftar bagi
Jabatan-Jabatan/ Agensi-
Agensi Persekutuan dan mereka layak menghantar 2 orang wakil ke Mesyuarat
Agung dan
berhak mengundi dan
diundi.
(iii) Seseorang Pelajar Universiti atau Kolej
Universiti, Pelatih Jururawat atau Guru-Guru Pelatih dari mana-mana Maktab
Perguruan atau
Pusat Latihan Jururawat tidak boleh diterima menjadi Ahli Persatuan kecuali
ia telah dibenarkan terlebih
dahulu secara
bertulis oleh Naib Canselor Universiti atau Pengetua Maktab atau Pengetua
Pusat Latihan berkenaan.
(iv) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah
dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha
yang hendaklah
mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa
untuk diluluskan.
Jawatankuasa boleh
mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(v) Tiap-tiap permohonan yang telah diluluskan
seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk
dan
yurannya seperti yang
ditentukan, diterima menjadi Ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.
6. BAYARAN MASUK,YURAN-YURAN DAN LAIN BAYARAN
(i) Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
a) Bayaran Masuk :
Ahli Biasa mengikut Kategori :
Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Jawatan-Jawatan Utama dan Gred Khas
…… RM 20.00
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Gred 1 .... RM 15.00
Gred 2 .... RM 10.00
Gred 3 .... RM 5.00
Pegawai-Pegawai Kumpulan Sokongan
Gred 4, 5, 6,
.... RM 4.00
Gred 7, 8, 9,
.... RM 3.00
Gred 10 ke bawah .... RM
1.00
b) Yuran Tahunan :
Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
.... RM 12.00
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
.... RM 10.00
Pegawai-Pegawai Kumpulan Sokongan
.... RM 6.00
Ahli Gabungan
.... RM 60.00
(ii) Yuran-yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu di dalam masa 30 hari dari awal tiap-tiap tahun.
(iii) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih
daripada 2 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh
atau wakil Setiausaha
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah
dibayar.
(iv) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih
dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada
menjadi Ahli Persatuan
dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya
dengan
syarat mereka
berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
(v) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran
masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut
disebabkan hutang.
(vi) Yuran-yuran khas atau kutipan wang
daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan
persetujuan
Mesyuarat
Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran
tersebut di dalam masa yang telah
ditetapkan maka
wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
7. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN
(i) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi
Ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu
terlebih dahulu kepada Setiausaha
dan membayar segala hutang-hutangnya.
(ii) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Undang-Undang
Persatuan atau bertindak dalam cara yang akan mencemar nama
baik Persatuan bolehlah
dipecat atau digantungkan keahliannya dalam satu tempoh sebagaimana yang
difikirkan munasabah
oleh Jawatankuasa.
Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan
atau penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah
diberi peluang
menerangkan dan membela
dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan
melainkan Mesyuarat
Agung menunda atau membatal
keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
(i) Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada
Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua daripada
jumlah
ahli-ahli yang berhak
mengundi atau dua kali jumlah ahli-ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang
hendaklah hadir di
dalam Mesyuarat Agung
bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (Korum) untuk
mesyuarat.
(ii) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam
daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu
hendaklah ditangguhkan
kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh
jawatankuasa dan jika
korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu,
maka berkuasalah ahli-ahli
yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang
persatuan dan membuat
keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(iii) Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah
diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun Kewangan
tetapi tidak
lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
jawatankuasa.
Kerja-Kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :
a) Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan Kerja-Kerja Persatuan di dalam tahun yang lalu;
b) Menerima Laporan Bendahari dan penyata Kira-Kira yang telah di Audit bagi tahun yang lalu;
c) Melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk dua tahun yang akan datang;
d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat.
(iv) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap
ahlisekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan, suatu
pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta satu
agenda termasuk
salinan-salinan
peringatan mesyuarat dan laporan-laporan berserta dengan Penyata Kira-Kira
Persatuan bagi dua tahun
lalu yang telah
di Audit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk
dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar
Persatuan.
(v) Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :-
a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak
mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.(vi) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh Ahli-Ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari
(vii) Pengumuman dan Agenda Mesyuarat Agung Khas
itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli
sekurang-kurangnya
14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.
(viii) Fasal (i) dan (ii) dalam undang-undang
ini berkenaan korum penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan
untuk Mesyuarat
Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah
jam dari waktu yang
ditetapkan
bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan dan dalam
masa 6 bulan
daripada tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan
tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
(i) Jawatankuasa adalah seperti berikut :-
a) Seorang Presiden hendaklah diisi oleh penyandang Jawatan Setiausaha Persekutuan Sabah.
Seorang Setiausaha hendaklah diisi oleh penyandang Jawatan Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah.
Seorang Bendahari hendaklah diisi oleh penyandang Jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.
b) Sementara bagi Jawatankuasa berikut hendaklah dipilih oleh ahli-ahli melalui Mesyuarat Agung Tahunan :
Seorang Timbalan Presiden
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Penolong Bendahari
6 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
(ii) Pemegang-pemegang Jawatan Persatuan ini dan
tiap-tiap Pegawai yang menjalankan tugas-tugas Pemerintah dalam
Persatuan ini hendaklah
Warganegara Malaysia.
(iii) Nama-nama untuk Jawatan-Jawatan di Perenggan
(i)(b) hendaklah dicadangkan dan disokong, dan pemilihan dijalankan
dengan cara mengundi
oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(iv) Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan
mengaturkan kerja- kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas
perkara-perkara
mengenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang
ditetapkan oleh Mesyuarat
Agung. Jawatankuasa
seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan
Mesyuarat Agung
dengan tidak terlebih
dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada
keputusan Mesyuarat
Agung. Jawatankuasa
hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam dua
tahun lalu kepada
tiap-tiap Mesyuarat
Agung Tahunan.
(v) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali di dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah
diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan
bersendirian atau tidak kurang
daripada 4 orang Ahli
Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa
pada
bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli-Ahli Jawatankuasa hendaklah
hadir bagi
mengesahkan perjalanan
dan mencukupkan korum mesyuarat.
(vi) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan
kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat
diadakan, maka Setiausaha
bolehlah mendapatkan kelulusan daripadaAhli-Ahli Jawatankuasa dengan Surat
Pekeliling.
Syarat-syarat berikut
hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai
telah diterima.
a)
Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
Surat Pekeliling yang dihantar kepada
tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
b) Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan Ahli-Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan
atau
bantahan mereka kepada cadangan itu; dan
c) Keputusan hendaklah
dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui
surat Pekeliling
hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya
untuk disahkan dan dicatitkan
di dalam peringatan mesyuarat.
(vii) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri
Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan
akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
(viii) Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal
dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak
di dalam
pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.
Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau
menolak jawatan itu maka berkuasalah Jawatankuasa melantik Ahli Persatuan
yang lain memenuhkan
kekosongan
itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(ix) Jawatankuasa telah memberi arahan kepada
Setiausaha dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan
dan melantik Pengurus-Pengurus
dan Kakitangan-Kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan
atau
melucutkan
jawatan sebarang Pengurus atau Kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,
curang, tidak cekap, ingkar
menjalankan
keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakkan
persatuan.
(ix) Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa
Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan
kewajipan-kewajipan
khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.
10. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(i) Presiden dalam masa Jawatannya hendaklah menjadi
Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat
Jawatankuasa dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus
dan
hendaklah ia menandatangani
peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.
(ii) Timbalan Presiden hendaklah memangku Jawatan
Presiden semasa ketiadaannya.
(iii) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja
pentadbiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia
menjalankan perintah-
perintah Mesyuarat-Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggung-jawab
menguruskan
hal-hal surat
menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali
kira-kira dan buku
Kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang yang mengandungi butir-butir
seperti nama, umur,
nombor kad pengenalan,
pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam
semua mesyuarat dan membuat
catitan-catitan
mesyuarat. Setiausaha hendaklah di dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan
atau jika tiada
Mesyuarat Agung diadakan tiada Mesyuarat Agung diadakan sekurang-kurangnya
sekali pada tiap tahun
mengirimkan Penyata
Tahunan Persatuan kepada Pendaftar Tahunan sebagaimana yang dikehendaki
di bawah
Seksyen14(1) Akta
Pertubuhan, 1966.
(iv) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha
menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa
ketiadaan Setiausaha.
(v) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan
semua hal Kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan
semua perkara Kewangan dan bertanggunjawab di atas pembetulannya.
(vii) Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari dalam melaksanakan tugasnya.
(i) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan
yang berikut bagi undang-undang ini, wang Persatuan ini boleh digunakan
untuk perkara yang berfaedah
bagi menjalankan tujuan Persatuan, termasuklah belanja Pentadbiran, Bayaran
Gaji, Biayaan
dan Perbelanjaan Pegawai-Pegawai
dan Kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira tetapi, walau
bagaimanapun tidaklah
boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman
di Mahkamah.
(iii) Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit
tidak lebih daripada RM 500/- pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah
itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.
Kira-kira bank itu
hendaklah di atas
nama Persatuan.
(iv) Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran
wang dan kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh
Presiden, Setiausaha
dan Bendahari. Kerana ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari
maka bolehlah
Jawatankuasa melantik
sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek
atau kenyataan
pengeluaran wang
Persatuan.
(v) Perbelanjaan yang lebih daripada RM
1,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan
terlebih
dahulu oleh jawatankuasa
dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 20,000.00 bagi satu masa tidak
boleh dilakukan
tanpa mendapat
kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang
daripada RM 1,000.00 bagi satu
masa bolehlah
diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.
(vi) Penyata dari hal wang diterima dan dibelanjakan
berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh
Bendahari dan
diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira mengikut Undang-Undang 12 dengan segera
setelah tamat Tahun
Kewangan.
Penyata kira-kira yang telah di Audit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Mesyuarat Agung
Tahunan yang berikutan
dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat
berdaftar Persatuan.
(vii) Tahun Kewangan Persatuan ini bermula dari
01 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
(i) Dua orang yang bukannya Pegawai-Pegawai Persatuan
boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Pemeriksa Kira-Kira
Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh
dilantik semula.
(ii) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa
kira-kira persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau
pengesahan untuk Mesyuarat
Agung. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Presiden
memeriksa kira-kira
persatuan bagi mana-mana
masa di dalam tempoh jawatan-jawatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa.
(i) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada
21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
dan mereka akan berkhidmat
selama dikehendaki oleh Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan
semua harta tetap
kepunyaan persatuan
dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed Of Trust).
(ii) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik
atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada
persetujuan dan kuasa
yang diberikan oleh Mesyuarat Agung.
(iii) Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada
jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit,
tidak siuman,
tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia
tidak boleh menjalankan
tugasnya
atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan
jawatan atau pembuangan bagi
seseorang Pengamanah
maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik
di dalam Mesyuarat
Agung.
(i) Di antara Mesyuarat-Mesyuarat Agung, Jawatankuasa
boleh memberikan tafsirannya kepada Undang-Undang ini dan bila
mustahak memutuskan perkara-perkara
yang tidak terkandung di dalam Undang-Undang ini.
(ii) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan
atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat
Agung keputusan Jawatankuasa
terhadap Ahli-Ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat
Agung.
Penaung bagi Persatuan ini ialah Ketua Setiausaha Negara.
(i) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam Rumah Persekutuan:-
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, tien
Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua
Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu,
Banker's Game dan semua permainan
yang bergantung semata-mata kepada nasib.
(iii) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh
mencuba menghalang atau dengan apa cara juga menganggu perniagaan harga
barang-barang
atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan
di dalam Akta
Kesatuan Sekerja
1959.
(iv) Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri
samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau
ahli tanpa kelulusan
daripada Pihak berkuasa berkenaan.
(i) Undang-Undang ini tidak boleh diubah atau
dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk
perubahan- perubahan atau
pindaan-pindaan kepada Undang-Undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar
Pertubuhan
dalam masa 28 hari dari tarikh
keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan
kuatkuasanya mulai daripada
tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.
(i) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela
dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah semua ahli-ahli yang
berhak mengundi di dalam Mesyuarat
Agung yang dipanggil khas kerananya.
(ii) Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara
yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan
yang sah mengikut Undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara
yang dipersetujui di
dalam Mesyuarat Agung.
(iii) Kenyataan bersabit dengan pembubaran
itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14
hari
dari tarikh pembubaran
itu.
| LATAR
BELAKANG PSUPS |
FUNGSI UTAMA PSUPS | CARTA
ORGANISASI JKM | CARTA ORGANISASI
PSUPS | FUNGSI KHIDMAT SOKONGAN
| LATAR BELAKANG PEKAPS | UNDANG-UNDANG
PEKAPS | FAEDAH AHLI PEKAPS | AJK
TERTINGGI | SENARAI AHLI-AHLI PEKAPS
MENGIKUT JABATAN |
| CONTOH
BORANG KEAHLIAN | RINGKASAN OUTPUT |
SENARAI
JABATAN-JABATAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN BERSERTA ALAMAT | PENUBUHAN
PPTD
| AKTIVITI PPTD | KOMEN
DAN PERTANYAAN
|