PERSATUAN KAKITANGAN AWAM
PERSEKUTUAN SABAH
(PEKAPS)
OBJEKTIF
KEAHLIAN DAN AHLI JAWATANKUASA
INDUK
JAWATANKUASA KECIL
PROGRAM/AKTIVITI
KEWANGAN
1. PENDAHULUAN
Persatuan Kakitangan Awam Persekutuan Sabah (PEKAPS) telah ditubuhkan
pada tahun 1990 atas inisiatif Setiausaha Persekutuan Sabah pada
masa itu iaitu Y. Bhg. Datuk Samsudin bin Osman (kini bergelar Tan
Sri). Penubuhan Persatuan ini pada masa itu lebih bertumpu kepada memperatkan
tali silaturrahim di kalangan Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri
Sabah. Atas prinsip ini, slogan Persatuan ditetapkan iaitu ‘BERGIAT
UNTUK PERPADUAN – BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Objektif khusus penubuhan PEKAPS mengikut perlembagaan persatuan ialah:
2.1 Untuk merapatkan hubungan baik dan kesefahaman antara ahli-ahli selaras dengan slogan ‘Bergiat Untuk Perpaduan’;
2.2 Untuk mewujudkan semangat dedikasi dalam perkhidmatan selaras dengan slogan ‘Berkhidmat Untuk Negara’;
2.3 Menjaga kebajikan ahli-ahli dengan tidak melanggar Peruntukan seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966;
2.4 Untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan; dan
2.5 Merapatkan hubungan antara Jabatan-jabatan
Kerajaan Persekutuan melalui aktiviti Persatuan
3. KEAHLIAN DAN AHLI JAWATANKUASA INDUK
Keahlian
Keahlian Persatuan ini terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dalam Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah. Pada masa ini terdapat 65 Jabatan dan 29 Badan Berkanun Persekutuan di Sabah masing-masing seperti Lampiran A dan B. Keahlian PEKAPS adalah seramai 2,075 orang sehingga kini (November 1999).
Keahlian juga terbuka kepada Persatuan/Kelab Sukan, Rekresi, Kebudayaan yang berdaftar bagi Jabatan/Agensi Persekutuan di Sabah. Pada masa ini terdapat sebanyak 18 Kelab-kelab yang berdaftar sebagai ahli gabungan dengan PEKAPS.
Mengikut perlembagaan PEKAPS, Jawatan-jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari adalah tidak dipertandingkan, sebaliknya dikhususkan masing-masing kepada penyandang Setiausaha Persekutuan Sabah, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah dan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah
Mesyuarat-Mesyuarat Agung PEKAPS telah diadakan sebanyak 5 kali iaitu:
i) Mesyuarat Agung Penubuhan Pada 20 Nov. 1992
ii) Mesyuarat Dwi Tahunan Pada 25 Mac 1995
iii) Mesyuarat Agung Khas Pada 12 Julai 1996
iv) Mesyuarat Agung Pekaps Kali Ke 3 Pada
27 Mac 1997
v) Mesyuarat Agung Pekaps Kali Ke 4 Pada 20
Mac 1998
vi) Mesyuarat Agung Kali Ke 5 Pada 19 Jun
1999
Pada masa ini PEKAPS menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil seperti berikut:
4.1 Jawatankuasa Kecil Kewangan : Dipengerusikan oleh Puan Nozirah bte.Bahari
4.2 Jawatankuasa Kecil Sukan : Dipengerusikan oleh En.Mohd. Hekam bin Terimoh
4.3 Jawatankuasa Kecil Kebudayaan : En. Mohd. Dahali bin Haji dan Rekreasi Matsin
4.4 Jawatankuasa Kecil Sosial : En. Mamat bin Che Chik dan Kebajikan
4.5 Jawatankuasa Kecil Publisiti dan :
En. Ahmad bin Mahmood
Seranta
5.1 Program/aktiviti yang telah dijalankan
Antara program/aktiviti yang telah dijalankan oleh PEKAPS adalah seperti berikut:
(i) Jualan Baju T, Topi
dan Pemegang Kunci
(ii) Majlis Makan Malam
(iii) Pasaria
(iv) Majlis Hi-Tea Sempena
Hari Ibu 1999
(v) Ekspedisi Mendaki
Gunung Kinabalu
(vi) Program Pengenalan Scuba
Diving
(vii) Majlis Berbalas Pantun
(viii) Program Ekspedisi Gua Mulu,
Sarawak
(ix) Majlis Ilmu – Siri
ceramah Fardhu Ain dan Kifayah
(x) Ceramah Motivasi
‘Blueprint For Personal Success’
(xi) Program Ziarah Ahli
(yang sakit)
(xii) Seminar ‘Ketrampilan
Pelajar Cemerlang’
(xiii) Seminar ‘Keibubapaan
Yang Positif’
(xiv) Ceramah Umum ‘Keindahan Islam’
(xv) Majlis Makan Malam
(xvi) Pameran Anti Dadah dan
Pertanian
(xvii) Majlis Jamuan Hari Raya Aidil
Fitri
(xviii) Sumbangan Tabung Barisan
Bertindak Kosovo
(xix) Sumbangan Komputer dan
Gotong Royong
(xx) Seminar ‘Achieving
Top Performance In Tough Times’
(xxi) Senamrobik
(xxii) Perbarisan Hari Kebangsaan
1999
(xxiii) Perbarisan Sambutan Hari
Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah
PEKAPS mendapat sumber kewangan dari pungutan
yuran-yuran ahli dan juga dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Perlembagaan
Persatuan membolehkan pungutan yuran masuk dan lain-lain bayaran daripada
ahli-ahli dengan kadar-kadar tertentu.
7. PENUTUP
Sempena menyambut kedatangan alaf baru, PEKAPS
akan menyusun program/projek yang strategik untuk dilaksanakan supaya dapat
memberi impak yang besar kepada bukan sahaja ahli-ahlinya tetapi juga kepada
seluruh lapisan masyarakat dan rakyat Negeri Sabah. Dalam hubungan ini,
projek kampung angkat yang telah dirancang misalnya merupakan satu pendekatan
yang strategik, yang akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat. PEKAPS
mengalu-alukan sebarang pandangan ke arah memantapkan program/aktivitinya
demi faedah ahli dan masyarakat Negeri Sabah amnya.