FUNGSI UTAMA PEJABAT


 



-     PROGRAM PENGUKUHAN PERKHIDMATAN AWAM
-     PROGRAM PENGLIBATAN DALAM URUSAN JAWATANKUASA
-     PROGRAM BUDAYA KERJA CEMERLANG
-     PROGRAM PERPADUAN NEGARA
-     PROGRAM LAWATAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KE SABAH

FUNGSI KHIDMAT SOKONGAN


FUNGSI UTAMA PEJABAT


 


        Pada tahun 1999, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah terus memperteguhkan lagi perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti selaras dengan objektif penubuhannya.  Berdasarkan strategi yang telah dirangka, program dan aktiviti telah dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat kerjasama erat Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.  Sebahagian besarnya ialah meneruskan aktiviti yang melibatkan usaha-usaha penerapan budaya kerja cemerlang dan integrasi nasional, di kalangan agensi-agensi Persekutuan dan juga menanam kesedaran di atas pentingnya peranan mereka dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

PROGRAM PENGUKUHAN PERKHIDMATAN AWAM


  I. Lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Sabah :

        Dalam tahun ini sebanyak lima kali lawatan Y. Bhg. Tan Sri KSN telah diaturkan.  Lawatan-lawatan tersebut adalah seperti berikut:-
 
Bil. Tarikh  Aktiviti-Aktiviti
i) 7.3.1999  Majlis Perjumpaan KSN dengan Ketua-ketua Jabatan/ Badan Berkanun Persekutuan/ Negeri Di Daerah Beaufort
ii)  8.3.1999  Taklimat oleh Bahagian Keselamatan Negara dan Suruhanjaya PilihanrayaCawangan Sabah.
iii)  21.5.1999  –           23.5.1999   Lawatan Kerja KSN ke Bahagian Pantai Timur Sabah 

a) Taklimat Pembangunan Tawau
b) Lawatan Projek Pusat Latihan Jururawat Tawau                                                         c)Lawatan Pusat Perdagangan Tukar Barang
d) Lawatan sekitar Pulau Sipadan
e) Lawatan ke projek-projek Pembangunan Semporna

iv)  16.8.1999  Taklimat Telekomunikasi Malaysia.
v)  8.10.1999 i) Taklimat Pembangunan Projek Kota 10.10.1999   Belud
ii) Majlis perjumpaan KSN dengan pegawai-pegawai dan Kakitangan dari
    Daerah Kota Belud, Tuaran, Ranau, Kudat, Kota Marudu dan Pitas.
iii) Taklimat Pembangunan Jalanraya Beaufort – Sipitang.


II.       Luncheon Talk

            Pada tahun 1999 Luncheon Talk tidak dilaksanakn.

III.      Kursus/ Seminar

            1. Seminar Sivik “Penghayatan Kewarganegaraan” untuk Pemimpin-Pemimpin Masyarakat bagi
                Daerah-Daerah Ranau, Beluran, Sibuga, Kudat, Kemabong dan Kuala Penyu pada 3.10.1999.

            2. Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Sabah di Kementerian Pembangunan Luar Bandar
                dan Keusahawanan pada 20 – 21.5.1999.

            3. Seminar Kesihatan dan Kecergasan bagi Eksekutif Atasan Perkhidmatan Kerajaan di Negeri Sabah
                diadakan pada 5.7.1999 di Mesilau, Nature Resort dilaksanakan bersama MAMPU.

            4. Sambutan Hari Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Sabah di Dewan Perdana MAKSAK pada
                30.10.1999.

IV.         Liputan Akhbar

        Pejabat ini juga membekalkan liputan berita-berita tempatan yang dipetik dari akhbar-akhbar tempatan utama kepada Pejabat Ketua Setiausaha Negara dengan tujuan agar Pejabat KSN sentiasa memperolehi berita terkini tentang perkembangan pentadbiran, politik dan sosial Sabah.  Sejumlah 548 liputan telah dihantar disepanjang tahun 1999.

V.         Lawatan Kerja Setiausaha Persekutuan  Sabah (SUP) sepanjang Tahun 1999
 
 
Bil.  Tarikh  Aktiviti
i.    8.1.1999  Lawatan bersama Ketua Menteri ke Kudat
ii.    1.2.1999  Lawatan ke Sandakan
iii.  19.3.1999  Lawatan Projek Pembangunan ke Kudat.
iv 9.7.1999 Lawatan ke Ranau
v. 25.7.1999 Lawatan bersama Menteri Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar ke Sandakan.


VI.         Lawatan/ Taklimat oleh Jabatan
 
 
 Bil. Tarikh Aktiviti
 i.  17.3.1999 Jabatan Perpaduan Negara/ Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perkeso
 ii. 6.4.1999 Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Majlis Daerah Penampang
iii. 29.5.1999 Jabatan Hidupan Liar/ Jabatan Perkhidmatan Haiwan
iv. 17.6.1999 Lawatan ke Kementerian Pembangunan Belia dan Sukan


PROGRAM PENGLIBATAN DALAM URUSAN JAWATANKUASA

Dalam tahun 1999 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah terlibat dengan beberapa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap dan secara ad hoc seperti berikut:-

(1) Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Peringkat Persekutuan;
(2) Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Jabatan / Agensi Persekutuan Negeri Sabah;
(3) Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Jabatan / Agensi Negeri Sabah;
(4) Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Ad hoc Persekutuan;
(5) Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Ad hoc Jabatan / Agensi Persekutuan Negeri Sabah; dan

Setiausaha Persekutuan menganggotai sebanyak 24 Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap Peringkat Persekutuan dan Negeri Sabah seperti berikut:

1. Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Peringkat Persekutuan
 
 
(i)  Mesyuarat Perhubungan di Antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri - [Ahli]
(ii) Mesyuarat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Dengan Pegawai-Pegawai Pengawal Kementerian dan Jabatan Persekutuan   -   [Ahli]
(iii) Jawatankuasa Keutuhan Pentadbiran  - [Ahli]
(iv) Mesyuarat Perkhidmatan Awam Persekutuan & Negeri

2. Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Anjuran Jabatan / Agensi Persekutuan Negeri Sabah
 
 
(i) Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri  - [Ahli]
(ii)  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri - [Ahli]
(iii) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri  - [Ahli]
(iv) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri  - [Ahli]
(v) Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Sabah – [Pengerusi]
(vi) Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan        -  [Pengerusi]
(vii) Mesyuarat Jawatankuasa Perang Saraf Gerak Saraf – [Pengerusi]
(viii) Mesyuarat Jawatankuasa Induk Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Jabatan-Jabatan Persekutuan –
[Pengerusi]
(ix) Mesyuarat Jawatankuasa Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri Sabah – [Pengerusi]
(x) Mesyuarat Perlaksanaan Projek Perumahan di Bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bagi Negeri
Sabah.
(xi)  Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persatuan Kakitangan Awam Persekutuan Sabah (PEKAPS) – [Pengerusi]
(xii) Mesyuarat Jawatankuasa Induk Golf Integrasi – [Pengerusi Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri]
(xiii) Mesyuarat Jawatankuasa PPTD – [Pengerusi]

 3. Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Jabatan / Agensi Negeri Sabah
 
(i) Mesyuarat  Sambutan Keputeraan DYMM yang DiPertuan Agung
(ii) Mesyuarat Ulang Tahun Harijadi Rasmi TYT - [Ahli]
(iii) Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah   -  [Ahli]
(iv) Mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah  -  [Ahli]
(v) Mesyuarat Pemilihan Anugerah Maulidur Rasul - [Ahli]
(vi) Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah -  [Timbalan Pengerusi]
(vii) Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tilawah Peringkat Negeri Sabah  -  [Ahli]
(viii) Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelancaran Rayuan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah  - [ Ahli Tetap ]
(ix) Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Perpindahan (LKWPM)-  [Ahli Tetap]
(x)  Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Asing - [Ahli Tetap]
(xi) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosek Malindo – [Ahli]
(xii) Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Perlaksanaan PAKR (Perumahan Awam Kos Rendah) – [Ahli]
(xiii)  Mesyuarat Perlaksanaan Jawatankuasa Perunding Perbadanan Perbandaran-Perbandaran – [Ahli]

4. Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Ad hoc Peringkat Persekutuan
5. Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Ad hoc Jabatan / Agensi Persekutuan Negeri Sabah
6. Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Ad hoc Jabatan / Agensi Negeri Sabah.



 


PROGRAM BUDAYA KERJA CEMERLANG

        Dalam tahun 1999, Setiausaha Persekutuan Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah, terus memberi kepimpinan terhadap usaha untuk meningkatkan budaya kerja cemerlang di kalangan jabatan-jabatan dan agensi-agensi Persekutuan di Sabah.  Pihak MAMPU Sabah adalah urusetia kepada jawatankuasa ini.  Sehubungan itu, Pejabat ini juga bekerjasama erat dengan Jabatan / Agensi Kerajaan yang lain, terutamanya dengan Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang  dipengerusikan oleh Y.B. Tan Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Untuk mencapai matlamat tersebut beberapa aktiviti telah dianjurkan bersama MAMPU dan kerjasama Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri di Sabah seperti berikut:

a)   Aktiviti Anjuran Bersama Agensi Lain :-
 
Bil.  Tarikh Aktiviti Tempat
i) 06.04.1999 Lawatan Pameran Q bersama Y.B. SKN  Pej. Daerah Kecil Putatan & Jab. Keretapi N. Sabah
ii) 29.04.1999 Lawatan Pameran Q  bersama Y.B. SKN  Jab. Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak.
iii) 17.06.1999 Lawatan Pameran Q bersama Y.B. SKN Kement.   Pembangunan Belia,    Kebudayaan    & Kemajuan Sukan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
iv) 23.07.1999 Lawatan Pameran Q bersama Y.B. SKN Pej. Daerah Kecil Putatan & Kementerian Kebudayaan, Alam Sekitar dan Pelancongan.
v) 13.08.1999  Bengkel Pelaksanan  MS ISO 9000 Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Keusahawanan, Tingkat 7, Dewan Mini, Jalan Sembulan, Kota Kinabalu.
vi)  21.08.1999 Lawatam Pameran Q Y.B. SKN  Majlis Daerah Tenom dan Kemabong.
vii) 07.09.1999  Bengkel Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9000 Sipadan Room, Tingkat 3, Likas Square, Kota Kinabalu.
viii) 21 – 23.10.1999 Bengkel Audit Kualiti MS ISO 9000  Bougainvilla Room 1, Promenede, Kota Kinabalu.
ix) 30.10.1999  Sambutan Hari Kualiti 1999 Agensi-Agensi Kerajaan Peringkat Negeri Sabah. Dewan Perdana, MAKSAK Likas, Kota Kinabalu
x) 30.10.1999 sehingga 07.11.1999 Pameran Q Peringkat Negeri Sabah 1999 Kompleks MUZIUM Sabah
xi)  07.11.1999  Bengkel Pelaksanaan MS ISO 9000 Bilik Gerakan Majlis Daerah Tenom.


PROGRAM PERPADUAN NEGARA

Sebagai sumbangan ke arah memupuk perpaduan negara di negeri ini.  Pejabat ini telah merancang melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :-

(a) Pertandingan Golf Integrasi di Karambunai Resorts Golf Club pada 25 April 1999.
(b) Lawatan Integrasi sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 5 hingga 9 Jun 1999.
(c) Lawatan Integrasi sempena Sambutan Hari Kebangsaan 1999 pada 29 Ogos hingga 02 September 1999.
(d) Program Orientasi Pegawai-Pegawai Persekutuan yang bertukar ke Sabah bertempat di Beringgis Beach Resort,
     Papar pada 09 hingga 13 Oktober 1999.

 PROGRAM LAWATAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KE SABAH

         Dalam tahun 1999, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah terus terlibat dengan pengendalian lawatan pemimpin-pemimpin Pusat ke Sabah.  Ini dilaksanakan melalui kerjasama yang erat dengan Perbendaharaan Malaysia Cawangan Sabah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.  Pengendalian lawatan ini melibatkan tindakan untuk memudahcarakan lawatan-lawatan melalui penyediaan kereta, mengaturkan bilik kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan juga bantuan-bantuan pentadbiran yang lain.  Dalam tahun 1999, sebanyak 117 lawatan telah dikendalikan.
 

| LATAR BELAKANG PSUPS | FUNGSI UTAMA PSUPS | CARTA ORGANISASI JKM | CARTA ORGANISASI PSUPS | FUNGSI KHIDMAT SOKONGAN | LATAR BELAKANG PEKAPS | UNDANG-UNDANG PEKAPS | FAEDAH AHLI PEKAPS | AJK TERTINGGI | SENARAI AHLI-AHLI PEKAPS MENGIKUT JABATAN |
| CONTOH BORANG KEAHLIAN | RINGKASAN OUTPUT | SENARAI JABATAN-JABATAN  DAN BADAN-BADAN BERKANUN BERSERTA ALAMAT | PENUBUHAN PPTD | AKTIVITI PPTD | KOMEN DAN PERTANYAAN |

Hosted by www.Geocities.ws

1