LATAR BELAKANG PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH
PSUPS
ORGANISASI PEJABAT
LATAR BELAKANG PEJABAT
Kedudukan Pada 1963 - 1964
Kedudukan Pada 1965 - 1982
Kedudukan Pada 1982- 1990
Perwujudan Semula Jawatan Setiausaha Persekutuan Sabah
FUNGSI UTAMA PEJABAT
BAHAGIAN-BAHAGIAN
DI NEGERI SABAH
BILANGAN PENDUDUK
ETNIK-ETNIK DI SABAH
BILANGAN ANGGOTA BERKHIDMAT
BEKAS-BEKAS SUP SABAH
KEMASUKAN UNIT BARU (UPPH)
ORGANISASI PEJABAT
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah adalah sebuah Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang terletak di Sabah. Setiausaha Persekutuan Sabah adalah Pegawai Persekutuan yang terkanan di antara 65 Ketua-ketua Jabatan dan 29 Ketua Badan Berkanun Persekutuan di Sabah. Setiausaha Persekutuan Sabah bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Negara. Kedudukan Pejabat adalah ditunjukkan dalam Carta Organisasi Jabatan Perdana Menteri . Carta Organisasi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah . Dari segi pengurusan kewangan, Setiausaha Persekutuan Sabah sebagai Pegawai Pengawal kewangan pejabat. Pada masa ini Peruntukan Kewangan hanyalah untuk tujuan pengurusan sahaja.
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) ditubuhkan pada tahun 1963 melalui
Surat Pekeliling Am Bil. 11/1963.
SUP - di Sarawak
Timbalan SUP - di Sabah
Objektif
Sebagai pegawai penghubung antara Pegawai
Persekutuan di Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan.
Bidang Kuasa
Menguruskan soal-soal Perjawatan Persekutuan
dan Penubuhan Cawangan-Cawangan Jabatan Persekutuan di Sabah.
Surat Pekeliling Am Bil. 7/1965
Surat Pekeliling Am Bil. 10/1965
Surat Pekeliling Am Bil. 10A/1965
Objektif
(i) Untuk membentuk dan menggalakkan
perhubungan mesra antara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Pusat
mengenai
semua
hal-ehwal Persekutuan dan Negeri;
(ii) untuk mentadbir perkara-perkara yang
berkaitan dengan hal-hal Persekutuan di Sabah.
Bidang Kuasa
(i) Wakil Menteri-Menteri Persekutuan yang
berkaitan di dalam Pentadbiran Negeri Sabah;
(ii) melaksanakan tugas-tugas berkaitan
dengan penyelarasan pembinaan dan bangunan-bangunan Persekutuan(gunasama),
penyewaan ruang pejabat, Jabatan-jabatan Persekutuan dan perihal perumahan
Kerajaan.
Kedudukan Pada Tahun 1982 hingga 1990
Surat Pekeliling Am Bil. 5/1982
Pemansuhan Jawatan Setiausaha Persekutuan serta penyerahan tugas dan tanggungjawab SUP seperti berikut:-
(i) Kuasa Undang-Undang kepada
Kementerian-kementerian Persekutuan;
(ii) Tugas pentadbiran diserah kepada
Pegawai Kewangan Persekutuan;
(iii) Hal-hal perkhidmatan diserahkan
kepada Pegawai Perjawatan Persekutuan.
Saluran perhubungan selepas Pemansuhan
Adalah didapati bahawa dengan perlaksanaan proses penyatuan perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah dengan perkhidmatan-perkhidmatan di Semenanjung, Kementerian-kementerian / Jabatan-jabatan Persekutuan banyak membuat hubungan terus dengan pihak kerajaan Negeri mahupun dengan Jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah. Dalam usaha meningkatkan kecekapan dan kelancaran perhubungan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan , bolehlah terus membuat perhubungan dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri berkenaan.
Walau bagaimanapun dalam perhubungan ini
Kementerian-kementerian / Jabatan-jabatan wajar berpandukan kepada kriteria-kriteria
berikut :-
| 1. | Adakah sesuatu perkara itu merupakan ' Perkara Persekutuan' (Federal Subject) ataupun ' Perkara Negeri' (State Subject) ataupun 'Perkara bersama' (Concurrent Subject); |
| 2. | Adakah sesuatu perkara itu adalah Dasar Persekutuan atau Dasar Negeri; |
| 3. | Adakah sesuatu perkara itu memerlukan peruntukan kewangan Persekutuan atau peruntukan Negeri; |
| 4. | Adakah sesuatu program itu dilaksanakan oleh pihak Persekutuan atau pihak Negeri; |
| 5. | Pihak manakah yang perlu dirunding dahulu dan pihak manakah yang perlu diberitahu sahaja; |
| 6. | Pihak manakah yang diberi kuasa untuk membuat keputusan. |
Perwujudan Semula Jawatan Setiausaha Persekutuan Sabah
Surat Pekeliling Am Bil. 4/1990
Surat Pekeliling Am Bil. 1/1991
Objektif
(i) Sebagai saluran antara Kerajaan Negeri
dengan Kerajaan Persekutuan dalam perkara-perkara utama Pihak Kerajaan
Negeri,
iaitu yang perlu mendapat perhatian terus daripada YAB Perdana Menteri;
(ii) membantu, menyelaras, memudahcara
dan meningkatkan peranan Kerajaan Persekutuan dalam berbagai aspek
pembangunan
dan perhubungan dengan Kerajaan Negeri.
Bidang Kuasa
Tidak ada bidang kuasa tertentu dibekalkan. Walau bagaimanapun melalui kedudukannya, Setiausaha Persekutuan harus dapat memberi pimpinan kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Persekutuan di Sabah terutama berkaitan perkara-perkara yang ada kaitan dengan perhubungan dengan Kerajaan Negeri serta yang berkaitan dengan masalah-masalah pembangunan.
| LATAR
BELAKANG PSUPS |
FUNGSI UTAMA PSUPS | CARTA
ORGANISASI JKM | CARTA ORGANISASI
PSUPS | FUNGSI KHIDMAT SOKONGAN
| LATAR BELAKANG PEKAPS | UNDANG-UNDANG
PEKAPS | FAEDAH AHLI PEKAPS | AJK
TERTINGGI | SENARAI AHLI-AHLI PEKAPS
MENGIKUT JABATAN |
| CONTOH
BORANG KEAHLIAN | RINGKASAN OUTPUT |
SENARAI
JABATAN-JABATAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN BERSERTA ALAMAT | PENUBUHAN
PPTD
| AKTIVITI PPTD | KOMEN
DAN PERTANYAAN
|