Sukacita dimaklumkan bahawa JPA telah mengeluarkan jadual pembayaran elaun/biasiswa untuk tahun 2003 dan jadual pembayaran yang baru ini adalah berbeza sedikit dengan jadual pembayaran terdahulu. Untuk makluman saudara/i, semua pelajar tajaan JPA akan menerima 4 bulan elaun (April, Mei, Jun & Julai) pada penghujung bulan Mac ini. Manakala pembayaran elaun/biasiswa seterusnya akan dibuat pada bulan Julai 2003 untuk 3 bulan elaun (Ogos, September & Oktober); dan pada bulan Oktober 2003 untuk 3 bulan elaun (November, Disember & Januari). |