Pengumuman dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Tokyo
Permohonan lesen import kenderaan
Maklumat tentang permohonan lesen import untuk kenderaan persendirian ke Malaysia boleh didapati di
surat1, surat2 ini. Sila rujuk ke surat tersebut untuk peraturan-peraturan untuk membawa balik kenderaan.



Kepada Pelajar yang menghadapi masalah
Kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan ingin membincang dengan pihak kedutaan, sila mail kepada
En. Saripuddin Bin Kassim atau En. Abang Othman Abang Yusof.



Mesej Dari Bahagian Konsular Kedutaan Besar Malaysia
Bahagian Konsular merupakan salah satu daripada bahagian yang penting di Kedutaan. Bahagian ini antara lain menawarkan perkhidmatan seperti:
   (a) Imigresen - Urusan Pasport dan Visa.
   (b) Notarial - Pengesahan dokumen, Penterjemahan.
   (c) Pendaftaran -Kelahiran, Perkahwinan.
   (d) Konsular - Kes-kes Tangkapan, Kesusahan atau Kematian yang melibatkan rakyat Malaysia.
Semua urusan dengan Bahagian Konsular boleh dibuat di Kaunter Konsular yang terletak di tingkat satu Kedutaan. Kaunter ini dikendalikan oleh tiga kakitangan ambilan tempatan dan mereka boleh berkomunikasi dalam Bahasa Jepun dan Inggeris.Waktu berurusan dengan Kaunter Konsular adalah seperti berikut:-


Hari                          �@�@Masa�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@
Isnin-Khamis           �@�@  9:00 pagi -12:30 t/hari (Permohonan)
                               �@�@ 1:30 petang-5:00 petang (Pengambilan dokumen)
�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@
Jumaat                    �@�@  9:00 pagi -11:30 t/hari (Permohonan)�@
                                �@�@ 1:30 petang-5:00 petang (Pengambilan dokumen)
�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@
Sabtu,Ahad,Cuti Umum�@Tutup
�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@�@

Sekiranya ingin mendapat keterangan lanjut atau lain-lain maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Konsular, datang sendiri ke Kaunter Konsular atau sila hubungi talian seperti berikut:-
       Tel:    (03)3476-3849 talian terus
                 (03)3476-3840 samb.-209 Tuan Syed Abdul Hamid
                                                       -212 En. Kitahori
                                                       -202 Cik Keiko Ohbu
       Faks:(03)3476-4971



Pasport Antarabangsa Malaysia
Pasport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi memudahkan warganegaranya melakukan perjalanan ke luar negeri.Pasport dikategorikan sebagai dokumen penting dan terkawal. Pasport tetap menjadi hak milik Kerajaan dan pemberiannya boleh ditarik balik pada bila-bila masa.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemegang pasport untuk memastikan bahawa pasport yang dikeluarkan kepadanya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
   (a) menyimpan pasport di tempat yang tertutup dan berkunci;
   (b) memastikan bahawa pasport tidak terdedah kepada sesuatu yang boleh merosak atau mencatatkannya seperti air dan api;
   (c) jangan mengubahsuai sebarang butiran yang telah sedia tercatat di dalam pasport;
   (d) jangan menyerahkan pasport ke tangan orang yang tidak berhak ke atasnya dan lain-lain lagi.
Sekiranya cuai dalam menjaga keselamatan pasport, maka ada kemungkinan pasport tersebut jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakannya untuk tujuan penipuan, penyamaran, sindiket penjualan pasport dan sebagainya.

�@

Adab Ketika Di Kedutaan
Sekiranya berurusan di Kaunter Konsular di Kedutaan, sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:
   (a) Berpakaian kemas dan bersih;
   (b) Jangan membuat bising
   (c) Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran tiba;
   (d) Jangan merokok di tempat yang dilarang;
   (e) Jangan membuang sampah merata-rata dan
   (f) Gunakan bahasa yang sopan ketika berurusan.

�@

Kehilangan / Kerosakan Pasport
Sekiranya mengalami kehilangan atau kerosakan pasport di luar negeri, sila laporkan berita kehilangan atau kerosakan tersebut dengan seberapa segera kepada pihak berkuasa tempatan (polis) dan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat.
Dalam hal ini, sila berikan maklumat lengkap mengenai butir-butir pasport yang hilang atau rosak, tarikh, masa dan tempat pasport tersebut hilang atau rosak dan lain-lain maklumat yang dirasakan berkaitan.
Hosted by www.Geocities.ws

1