Pengumuman dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Tokyo
Pendaftaran Diri Dengan Kedutaan
Setiap warganegara Malaysia yang bercadang untuk menetap lama di sesebuah negara di luar Persekutuan, adalah dituntut supaya mendaftarkan diri dengan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat.Pendaftaran diri dengan Kedutaan adalah penting dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan:
   (a) Lambat mendapat bantuan daripada kedutaan sekiranya berlaku kesusahan seperti bencana alam atau darurat
   (b) Kewarganegaraan mereka yang memperolehi taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Artikel 25(2) Perlembagaan Malaysia dilucutkan.
Pendaftaran diri dengan Kedutaan juga dapat memudahkan Kedutaan dalam urusan berikut:
   (a) Mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang berada di sesebuah negara asing;
   (b) Mengenalpasti kedudukan rakyat Malaysia di sesebuah negara asing;
   (c) Memberi bantuan kepada rakyat Malaysia sekiranya barlaku bencana alam atau lain-lain kesusahan di sesebuah negara asing;
   (d) Menghubungi keluarga/waris di Malaysia sekiranya berlaku kesusahan kepada rakyat Malaysia di negara asing;
   (e) Menyampaikan berita/maklumat yang diterima daripada keluarga/waris di Malaysia kepada warganegara Malaysia di negara asing.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat, nombor telefon atau lain-lain butiran penting selepas pendaftaran dibuat, sila maklumkannya kepada Kedutaan dengan seberapa segera dan sekiranya boleh, kemukakan maklumat tersebut secara bertulis. Alamat Kedutaan adalah seperti berikut:
                                     Bahagian Konsular,
                                     Kedutaan Besar Malaysia
                                     20-16, Nanpeidai-Cho,
                                     Shibuya-ku, Tokyo.
Hosted by www.Geocities.ws

1