|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kansai Dream Team |
|
|
|
Laporan disediakan oleh Dayang Nuradzlin Binti Awang Jaya & Mohd Razlan Mustafa |
|
|
|
|
|
|
|
PERTANDINGAN BOLA SEPAK DI HIROSHIMA Tarikh : 5 Mei 2002 Tempat : Universiti Hiroshima Pertandingan bola sepak antara pelajar-pelajar Malaysia sempena Golden Week telah diadakan di Hiroshima. PKPMJ Kansai telah menghantar pasukannya sendiri yang merangkumi pelajar dari Kobe, Osaka dan Kyoto. Pihak PKPMJ telah menyewa 2 buah van untuk acara ini. Bukan sahaja pelajar lelaki malah pelajar perempuan juga turut serta pergi ke Hiroshima untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan PKMPJ Kansai. Pertandingan ini dimulakan pada pukul 9:00 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 7:00 petang. Akhirnya pasukan Saga telah muncul juara setelah berjaya memenangi pertandingan ini. Walaupun pasukan PKPMJ Kansai tidak berjaya dalam pertandingan kali ini, semangat yang ditunjukkan oleh pemain dan sokongan padu penyokong telah menyemarakkan lagi suasana pertandingan pada hari tersebut. |
|
|
|
|
|
|
PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI KINKI Tarikh�@: 26 Mei 2002, 6 Oktober 2002 Tempat : Universiti Kinki Perlawanan persahabatan bola sepak antara pelajar antarabangsa Universiti Kinki telah disertai oleh pasukan pelajar-pelajar dari negara Cina, Arab, Jepun dan Malaysia. Perlawanan ini telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 26 Mei dan 6 Oktober bagi memberi peluang kepada pasukan-pasukan yang menyertai untuk membalas dendam, ataupun sedikit sebanyak memahami lawan masing-masing. Pasukan PKPMJ Kansai yang masih agak mentah dapat menimba banyak pengalaman yang berguna daripada perlawanan-perlawanan persahabatan yang telah dilangsungkan pada tarikh-tarikh tersebut. Untuk kedua-dua tarikh tersebut, pasukan PKPMJ Kansai telah turun mengadu nasib sebanyak 8 kali dengan menentang setiap pasukan sebanyak 2 kali. |
|
|
|
|
|
|
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 3 PENJURU Tarikh : 24Ogos 2002, 31 Ogos 2002 Tempat : Universiti Osaka Sempena Hari Kemerdekaan kali ini, pertandingan Liga Bola Sepak 3 Penjuru telah diadakan pada 24hb Ogos dan pada Hari Kemerdekaan itu sendiri , melibatkan pasukan pelajar-pelajar Malaysia dan pelajar-pelajar dari 2 negara lain iaitu dari negara Arab dan Indonesia. Pasukan PKPMJ Kansai yang mewakili Malaysia semakin mantap mempamerkan permainan yang menarik dengan mengatur serangan-serangan berbahaya dalam setiap perlawanan. Perlawanan-perlawanan yang sengit kali ini membuahkan banyak idea-idea serta taktik-taktik baru dalam sistem pertahanan mahupun serangan pasukan PKPMJ Kansai. Perlawanan-perlawanan kali ini juga menyaksikan Saudara Zulfazli dari pasukan PKPMJ Kansai membuat jaringan hatrik dan selain itu juga beberapa bakat-bakat baru telah dapat dicungkil. |
|
|
|
|
|
|
PERTANDINGAN BOLA SEPAK KUK TOKAI 2002 Tarikh : 13 Oktober 2002 Tempat : Universiti Gifu Kecemerlangan pasukan PKPMJ Kansai yang amat dikenali dengan jersi biru hitamnya, semakin menyerlah dalam penyertaan terakhir bagi kalendar 2002. Pertandingan Bola Sepak KUK Tokai kali ini menyaksikan�@kegemilangan pasukan PKPMJ Kansai yang telah berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir setelah kecundang apabila berhadapan dengan pasukan RPKJ-18 yang telah berjaya menjadi juara keseluruhan kali ini. Bagi Pertandingan Sepakan Penalti pula, pasukan PKPMJ Kansai telah berjaya mendapat tempat kedua setelah tunduk kepada pasukan Kolej Teknologi pada peringkat akhir. Pencapaian pasukan PKPMJ Kansai dalam pertandingan yang disertai 10 pasukan kali ini adalah amat memberangsangkan terutamanya apabila turun beraksi tanpa beberapa pemain utama kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. |
|
|
|
|
|
|
Pasukan bolasepak PKPMJ Kansai semakin cemerlang dalam setiap pertandingan yang disertainya. Dengan latihan yang konsisten pastinya pasukan PKPMJ Kansai akan dapat mengukir sejarah dengan bergelar juara pada musim-musim yang mendatang. |
|
|
|
|
|