| AKTIVITI | ||||||||||||||||
| Laporan disediakan oleh Ozie Fadzura Mohd Nawi | ||||||||||||||||
| LAPORAN AKTIVITI PKPMJ KANSAI SESI 2002 1. ORIENTASI PELAJAR BARU TARIKH : 25 Mac 2002 TEMPAT :Hotel Chisan, Shin-Osaka, Osaka Pihak Kedutaan Malaysia telah mengadakan sesi orientasi untuk pelajar pelajar baru tajaan JPA. Dengan itu, beberapa orang AJK dan ahli PKPMJ Kansai telah ditugaskan untuk menguruskan orientasi tersebut. 2. HANAMI & SAMBUTAN PELAJAR BARU TARIKH : 7 April 2002 TEMPAT :Osaka Castle, Osaka. Hanami & Sambutan Pelajar Baru ini bertujuan untuk berkenal-kenalan antara pelajar baru dan lama. Kali ini, setiap ahli membawa bekalan dan berkongsi serta bertukar- tukar makanan. Di kesempatan ini juga Presiden PKPMJ Kansai memberikan amanat & nasihat terutamanya kepada pelajar baru mengenai cara hidup dan belajar di Jepun. 3. MAJLIS BERSAMA DATO�f MARZUKI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG TARIKH : 21 Jun 2002 TEMPAT : Hotel New Otani, Osaka Dato�f Marzuki dan isteri telah meluangkan masa bertemu dengan para pelajar kawasan Kansai semasa lawatan beliau ke Osaka. Dato�f Marzuki memberikan amanat serta nasihat kepada para pelajar terutamanya mengenai penguasaan Bahasa Inggeris. 4. PERKHEMAHAN DI PULAU AWAJI TARIKH : 5,6,7 OGOS 2002 TEMPAT : Pantai Funase, Pulau Awaji Perkhemahan ini telah disertai oleh lebih kurang 20 orang ahli. Antara tujuan perkhemahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan juga mewujudkan semangat kerjasama antara ahli. Bukan itu sahaja, malah ahli berpeluang untuk berjalan-jalan di Pulau Awaji sambil menghabiskan cuti musim panas. 5. FESTIVAL UNIVERSITI KOBE (ROKKOSAI) TARIKH : 9 , 10 NOVEMBER 2002 TEMPAT :Universiti Kobe PKPMJ Kansai telah membuka gerai Malaysia di Festival Universiti Kobe yang menjual Mee Soto dan Roti Jala. Sambutan terhadap jualan juga memberangsangkan. Di Rokkosai ini, ahli bekerjasama menyediakan barang jualan dan segala penat lelah mereka dihargai dengan membahagikan untung sama rata. 6. PERTANDINGAN BOLA SEPAK Pada tahun 2002 ini, pasukan PKPMJ Kansai telah menyertai beberapa perlawanan bola sepak. Antara acara yang telah disertai adalah seperti Pertandingan Bola Sepak di Hiroshima, Perlawananan Persahabatan Antara Pelajar Antarabangsa Universiti Kinki, Liga Bola Sepak Tiga Penjuru (Indonesia, Arab & Malaysia) dan Pertandingan Bola Sepak KUK Tokai 2002 di Gifu. |
||||||||||||||||
| KE GALERI GAMBAR | ||||||||||||||||
| Ke KANSAI Dream Team | ||||||||||||||||