Tarekat
Haqiqat
Lataif
Syair - Syair Sufi
Tasawuf
Tarian Sufi

| Tujuh puluh ribu hijab | Seribu Penawar | Iktikaf  | Mestikah kau tangguhkan Matahari | Perjalanan mencari Hamzah | Maqam Tertinggi | Indahnya kemaatian | Bait cinta | Kedukaan |


Maqam Tertinggi


wahai kamu yang tidak memahami
mengapa membantahiku
kamu tidak tahu tentang Ruh
andai kamu tahu keadaanku
kamu akan mengakui ketinggianku
akan kamu saksikan seperti matahari
yang menyinari seluruh alam dan insan

Tuhanku telah memperkenankan munajatku
telah dipimpinnya aku
telah dihiaskan aku dengan pakaian keindahan-Nya
dipuaskan dahagaku dengan minuman dari piala
minuman yang lebih berharga dari al-iksir
dinaikkannya aku ke maqam yang tinggi
lebih tinggi dari bintang suraya

jika hendak mencariku wahai aulia
tanyalah kepada Tuhanku
saksikanlah aku di tempat paling tinggi
di sana akan kamu lihat aku
tertinggi, teristimewa, terrahsia dan terganjil
itulah aku
kerana aku telah menemukan harta tersembunyi
semua rahsia tersembunyi di dalam diriku

tetapi kamu tidak tahu kedudukanku
kamu tidak memahami orang pilihan
kamu fikir aku tiada
fikirlah sesuka hatimu
yang dicintai itu sebenarnya bersertaku
aku berpaling dari wajah dunia
biar apa penentangku hendak berkata
namun milik hatiku tetap padaku
pancainderaku sahaja yang kuberikan kepada mereka
hariku telah cerah
aku tidak takut seperti orang lain
bagi yang mengenali Tuhan
biar dunia akan lenyap
namun ia tetap aman dan damai

orang  yang tidak berjiwa, gelap hatinya
pandangannya tertumpu kepada benda yang fana
ia berlari menuju kesesatan
mengumpulkan harta karun duniawi
tak terpandang bila akhirnya hayat
tidak teringat kepada maut
tidak menjejaki orang sempurna
sentiasa dalam durhaka
sentiasa dalam kuburan nafsu
sentiasa berperang dengan Tuhan

Semoga Allah menerima doaku
sentiasa kuhadapkan wajahku kepada Wajah-Nya
lindungilah aku selalu
lindungilah semua umat Muhammad
limpahkanlah maha keindahan-Mu
selagi orang menyembah-Mu
selagi aulia merindui-Mu
selawat dan salam
kepada Muhammad nabi yang agung
kepada sahabat-sahabatnya dan ahli keluarganya
kepada sekalian mukmin dan solihin
semoga dicucuri rahmat untuk semuanya.



 

Hosted by www.Geocities.ws

1