Spirulina Herbal Candy satu lagi produk keluaran DXN Marketing Sdn. Bhd. yang menepati gaya hidup masa kini. Ia dilengkapi dengan pelbagai khasiat dan sesuai dijadikan sebagai sajian tambahan harian yang akan menyempurnakan diet anda. Ia diformulakan khusus untuk anda yang inginkan kecergasan dan tenaga sepanjang hari.
Spirulina atau nama saintifiknya Arthospira plantensis adalah sejenis rumpai air berwarna biru hijau yang hidup di danau masin yang biasanya dikenali sebagai alga biru. Ia adalah bahan nutrien utama yang terkandung di dalam Spiruina Herbal Candy yang menjadikan ianya berkhasiat.
Spirulina merupakan makanan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat penting yang diperlukan untuk membentuk badan yang sihat. Ia telah diiktiraf sebagai salah satu daripada makanan kesihatan yang terbaik di dunia dan merupakan antara tumbuhan yang tertua di bumi iaitu 3 billion tahun yang mengandungi 100 peratus bahan beralkali yang berfungsi meneutralkan asid.
Dalam "Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Protein Organik Mikro 1972" dan "Persidangan Makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1974" telah mengisytiharkan Spirulina sebagai "Makanan paling ideal untuk hari esok". Sementara itu, dalam tahun 1983, Spirulina telah menerima Anugerah Makanan Semulajadi Terbaik sempena Ekspo Makanan Sedunia di Jerman Barat.
Apa yang membuatkan ia menjadi yang terbaik?
Pigmen Spirulina mengandungi lima jenis zat utama yang amat diperlukan
oleh badan :
| Zat-zat | Kesan | |
| Protein | Protein sayuran dan 8 jenis Asid Amino | Bahan utama dalam darah yang membina sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ badan |
| Karbohidrat | Glikogen dan Selulosa | Dapat mengisi kekurangan glukosa dalam darah dan berkesan untuk sembelit. |
| Lemak | Asid linolenik ( GLA ) | Sebagai pembekal tenaga, menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah |
| Vitamin | A, B1, B2, B3, B6, B12, C, D, E | Bahan-bahan yang mempertahankan kenormalan fungsi badan |
| Galian | Kalsium, Besi, Magnesium, Fosforus | Membantu fungsi zat dan enzim badan berfungsi dengan baik. |
Kesan Spirulina Kepada Penyakit Kronik
Kandungan gula yang berlebihan dalam darah adalah disebabkan oleh kekurangan insulin dan magnesium. Kekurangan ini boleh menghalang proses metabolisme badan yang akan mengakibatkan beberapa penyakit sampingan yang lain. Untuk itu, protein, vitamin B1, B2, asid pantothe dan zink yang terdapat di dalam Spirulina boleh membantu dengan mengembalikan fungsi pankreas dan menghasilkan semula insulin yang diperlukan oleh badan.
Selain itu nutrien yang terdapat di dalam Spirulina adalah makanan kesihatan yang paling berkesan untuk membantu memulihkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan hati seperti psirosis, hepatitis, anemia, gastrik, ulser dan sebagainya. Ia turut membantu mengembalikan fungsi hati iaitu proses sintesis, penguraian, penyimpanan dan penyahtoksik. Adalah perlu bagi kita untuk memberikan protein yang secukupnya kepada hati agar ia dapat mengelakkan tubuh kita dari diserang pelbagai penyakit yang berbahaya.
Spirulina mengandungi vitamin E dan asid Linolen yang boleh menyeimbangkan sistem pemecahan kolestrol dan seterusnya menyimpan kadar kolestrol yang diperlukan oleh sistem badan. Khasiat Spirulina juga membantu membersih, menyeimbangkan tekanan darah rendah. Kehadiran klorofil yang digelar darah hijau juga membantu membina darah.
Spirulina juga mempunyai Beta Karotina ( pro vitamin ), Vitamin E, Klorofil, Selenium dan lain-lain lagi yang amat berkesan untuk membantu memupuk daya ketahanan badan serta berkesan untuk menghapuskan radikal bebas. Sel-sel tubuh akan bertukar menjadi sel barah apabila toksin atau bahan kimia merosakkan sel membran atau DNA. Kehadiran Beta Karotina yang mencukupi akan menghalang sel tubuh menjadi sel barah.
Vitamin A, E, Beta Karotina dan Selenium yang boleh menghalang radikal bebas merosakkan sel membran yang boleh mengakibatkan terjadinya sel barah. Pigmen semulajadi yang terdapat di dalam Spirulina yang boleh membantu meningkatkan daya ketahanan badan dan merencatkan pertumbuhan sel barah.
Pengambilan Spirulina Herbal Candy yang berterusan akan membantu menyuburkan otak, memberi tenaga dan menghilangkan tekanan serta dapat menyerap protein dan mineral secara semulajadi untuk membentuk tubuh badan yang sihat. Selain itu, ia turut menstabilkan tekanan darah dan tahap kolestrol dalam darah dan meningkatkan tenaga.
Pengambilan Spirulina Herbal Candy
Adalah disarankan agar mengambil 15 biji sehari iaitu lima di waktu pagi, lima di waktu petang dan selebihnya di waktu malam. Dipercayai, adalah lebih mujarab jika diambil sebelum waktu makan.
Copyright Reserved © 2001