"Biarlah makanan anda menjadi ubat anda dan biarlah ubat anda menjadi makanan anda".
Hippocrates
"Doktor masa hadapan tidak akan memberikan ubat sebaliknya beliau akan menasihati pesakitnya mengenai cara-cara menjaga tubuh badannya melalui pemakanan dan cara-cara mengelakkan diri daripada penyakit."
Thomas Edison
[57] Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna"dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
"Manna" = Makanan manis sebagai madu.
Riwayat Bukhari & Muslim :
"Manna" = Anugerah makanan dari Allah SWT yang diturunkan dari Syurga untuk manusia di bumi. Madu ( al-ásal ) membawa erti punya nilai khasiat yang baik & tinggi mutunya.
[61]...Hai Musa, kami tidak tahan sabar dengan satu jenis makanan sahaja. Kerana itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhan mu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacangnya, bawang merahnya.
Musa berkata : "Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?" Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta".
Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah.
Hal ini (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.
"Al-kam'ah minal-man 'allazi 'anza lahu Allahu 'ala Bani Israil".
"Cendawan sebagai anugerah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Bani Israil".
(Ummat Nabi Musa a.s.)
"Al-kam'ah minal man"
[ Kam'ah / kam'aun / kam'atun = cendawan / jamur ]
Riwayat Bukhari & Muslim :
"Cendawan" adalah dari "MANNA" -- Anugerah yang diturunkan Allah SWT di zaman Nabi Musa a.s. yang merupakan satu jenis unsur makanan yang punya khasiat yang baik dan tinggi.
Copyright Reserved © 2001