Daftar Penyakit


JENIS PENYAKIT
ERTI / PENAKRIFAN
Jerawat (Acne) Sejenis penyakit kulit yang biasa terdapat pada muka, terutama pada masa remaja, di mana kelenjar minyak pada kulit menjadi sekat dan bengkak, seringkali merangsangkan jerawat.
Kebas (Analgesia) Kematian atau ketiadaan deria dan rasa sakit, dalam keadaan tanpa kehilangan kesedaran.
Penyakit Pitam 
(Apoplexy)
Kehilangan atau kekurangan daya dengan tiba-tiba untuk merasa, berfikir atau bergerak,; strok (seragan penyakit secara tiba-tiba di otak yang menyebabkan seseorang itu lumpuh). Penyakit pitam disebabkan oleh kecederaan pada otak bila suatu pembuluh darah pecah atau pembekalan darah tersekat.
Pengerasan Arteri
(Arteriosclerosis)
Satu penebalan dan pengerasan yang progresif pada dinding arteri menyebabkan satu penurunan atau kegagalan dalam pengaliran darah yang berhubung dengan tekanan darah tinggi atau dengan penyakit buah pinggang yang teruk, biasanya pada orang yang berusia.
Penyakit Sengal
(Arthritis)
Bengkak pada sendi-sendi badan. Penyakit reumatik dan pirai adalah dua jenis penyakit sengal.
Kelemasan
(Asphyxia)
Kesesakan nafas atau pengsan disebabkan oleh kekurangan gas oksigen dan kelebihan gas karbon dioksida dalam darah.
Sakit Lelah 
(Asma)
Penyakit teruk yang meyusahkan pernafasan dan merangsangkan batuk. Sakit lelah merupakan suatu alahan sela-meyela atau kesusahan bernafas terus-menerus dan terasa kesesakan pada dada.
Hempedu 
(Bile)
Sejenis cecair yang pahit, berwarna kuning kehijauan yang dikeluarkan oleh hati dan disimpan di pundi-pundi hempedu; ia membantu penghadaman dalam usus kecil dengan meneutralkan keasidan serta memecahkan lemak. Kiasan : sakit hati; lekas marah dan terdapat perasaan pahit.
Radang Tengkorak
(Bronchitis)
Bengkak pada selaput mukus yang membataskan cabang tengkorak.
Denyutan Jantung 
Yang Tidak Tenteram
(Cardiac Neurosis)
Gejala-gejala yang berhubung dengan kesusahan fizikal, terutama pada askar, ditandakan dengan pernafasan yang pendek dan denyutan jantung yang perlahan dan pening.
Penyakit Limpa
(Cirrhosis)
Sejenis penyakit teruk pada hati yang ditandakan dengan kemerosotan sel hati, dan pengerasan disebabkan oleh penambahan tisu berserabut pada hati. Terdapat penyakit semacam ini pada buah pinggang dan organ badan lain.
Sembelit (Constipation) Perihal sukar membuang air besar.
Kencing Manis (Diabetes) Sejenis penyakit di mana sistem seseorang tidak boleh menyerap jumlah gula dan kanji secara normal dengan baik sebab pankreas gagal mengeluarkan insulin yang mencukupi. Ini ditandakan dengan pengeluaran air kencing yang berlebihan dan kedahagaan yang luabiasa.
Diuretic Merangsangkan suatu peningkatan dalam pembuangan air kencing.
Bisul Pada Bahagian Pangkal 
Usus Kecil (Duodenal Ulcer)
Bisul pada dinding tali perut yang keseluruhan atau separuhnya disebabkan oleh tindakan jus gastrik semasa penghadaman.
Edema  Suatu penimbunan bendalir cair luarbiasa pada tisu atau rongga badan, sering menyebabkan bengkak yang nyata.
Gila Babi (Epilepsy) Penyakit teruk pada sistem saraf ditandakan dengan kehilangan kesedaran separuh atau sepenuh dan kadangkala dalam kekejangan. Ini disebabkan oleh gangguan dalam rentak elektrik normal dalam sel otak.
Ketulan Keras Terbentuk Dlm
Pundi Hempedu (Gallstone)
Satu kelompok seperti batu kelikir, terbentuk daripada kolestrol dan garam galian yang kadangkala terdapat pundi hempedu atau dalam satu daripada salurnya. Biasanya, seseorang akan terasa sakit dan kadangkala menghidap penyakit demam kuning
bila satu atau lebih ketulan keras ini menghentikan pengaliran hempedu.
Pirai (Gout) Sejenis penyakit sendi yang sakit, terutamanya yang jari kaki besar. Ini ditandakan dengan bengkak pada sendi, satu kelebihan asid urik dalam darah dan terdapat enapan garam asid di sekeliling sendi tersebut.
Mulut Berbau (Halitosis) Penghembusan yang busuk.
Hematoma Tumor atau bengkak yang terjadi oleh darah. Hematoma kadangkala muncuk sebagai suatu begnkak pada kulit yang berwarna hitam dan biru.
Kelumpuhan (Hemiplegia) Kelumpuhan pada sebelah badan; strok.
Buasir (Hemorrhoids) Bengkak yang sakit, terjadi disebabkan pengembangan.
Hepatitis Radang pada hati. Sejenis penyakit virus yang berjangkit, ditandakan dengan radang pada hati, demam dan demam  kuning.
Hyperlipemea Kehadiran lemak dalam jumlah yang berlebihan dalam kandungan darah.
Keadaan tidak berdaya (Impotency)
Weak Libido
Lemah dalam daya untuk persetubuhan atau keinginannya disebabkan oleh buah pinggang yang lemah.
Demam Kuning (Jaundice) Suatu keadaan badan yang tidak sihat yang menyebabkan kekuningan pada kulit, mata, bendalir badan, dan mengganggu penglihatan. Ini disebabkan oleh cecair hempedu yang berlebihan terdapat dalm kandungan darah. Demam kuning ialah satu gejala bagi beberapa penyakit seperti hepatitis yang berjangkit atau gallstone.
Lupus Erythematosis Sejenis penyakit yang menyerang kulit dan tisu-tisu brehubungannya, mengakibatkan keadaan semacam penyakit sengal dan selalu dalam keadaan tenat dan tidak lama kemudian akan membawa maut.
Radang Buah Pinggang (Nephritis) Radang pada buah pinggang, ditandakan dengan tisu-tisu yang bengkak.
Sakit Saraf Di Kepala Dan Di Muka
(Neuralgia)
Sakit, biasanya tajam, di sepanjang saraf.
Pankreas (pancreas) Satu kelenjar berdekatan dengan perut yang membantu penghadaman. Pankreas mengeluarkan insulin ke dalam darah, dan jus pankreas yang mengandungi beberapa jenis enzim, ke dalam usus kecil.
Prostate satu kelenjar besar mengelilingi uretha lelaki yang berada di bawah pundi kencing, di mana ia mengeluarkan sejenis bahan yang berfungsi mengalirkan sel sperma. Pada lewat kehidupan, prostate cenderung membersar dan ia akan tertekan pada uretha, mengganggu pengeluaran air kencing.
Prostatism Penyekatan pembuangan air kencing yang teruk oleh prostate yang membesar.
Prostatitis Radang pada kelenjar prostate.
Raynaud's Syndrome Satu gangguan utama dalam sistem pembuluh darah, ditandakan dengan kekejangan dan cyanosis pada hujung, terutama dalam jari tangan dan jari kaki disebabkan oleh penyekatan bekalan darah dan kelemasan tempatan. Keadaannya : jari tangan dan jari kaki menukar ke warna putih atau biru.
Renal Organ yang berdekatan dengan buah pinggang.
Penyakit Sengal-Sengal Sejenis penyakit pada sendi yang menyebabkan bengkak, radang dan kekakuan.
Penyakit Jiwa (Senile Psychosis) Satu gangguan fikiran pada orang berusia disebabkan oleh penyusutan otak, ditandakan dengan kehilangan ingatan, kemuraman, pengeliruan, khayalan dan perangai tidak maakul.
Tidak Sedar Diri (Stupor) Dalam keadaan kebingungan : kehilangan atau kekurangan daya untuk merasa. Kebas dalam akhlak dan kesusilaan serta kecerdikan.
Bisul (Ulcer) Suatu luka yang terdedah pada kulit atau pada suatu selapu mukus dalam tubuh badan. Ia kadangkala membebaskan nanah.
Peracunan Air Kencing (Uremia) Suatu keadaan luarbiasa, akibat daripada pengumpulan hampas dalam darah yang patut dibuang secara normal melalui air kencing. Radang buah pinggang (nephritis) sering menjadi punca uremia.
Bengkak Pada Pembuluh
(Vericose Veins)
Bengkak yang luarbiasa atau pengembangan pembuluh darah. Dalam kes lanjut, bincul kebiru-biruan terbentuk sepanjang pembuluh darah.
Sistem Pembuluh Darah
(Vacular System)
Pembuluh-pembuluh darah dan organ badan yang membawa dan mengalirkan darah dan lymph.
Pening (Vertigo) Keadaan luarbiasa yang ditandakan dengan perasaan seolah-olah keadaan di sekeliling berpusing dan kecenderungan menghilang keseimbangan dan kesedaran, pening kepala. Pening (vertigo) adalah disebabkan oleh pertukaran bekalan darah dalam bahagian kepala.


[ Home]
Ibu Pejabat : | MALAYSIACawangan Luar Negara: | USA | INDONESIA | HONG KONG | FILIPINA | TAIWAN | SINGAPURA | AUSTRALIA |
| Kepentingan Makanan Tambahan |
 Produk : | RG & GL | Morinzhi| Spirulina | Vitabee | Coffee Lingzhi | Spica Tea |  Andro-G | Lion Mane's | Roselle | Cordyceps | Shampoo | Body Foam | Soap | Toothpaste |
| Daftar Penyakit | Aturan Makan | Kesan Tindakbalas |
| Keahlian |

Copyright Reserved © 2001

Hosted by www.Geocities.ws

1