Morinzhi

Morinda Citrifolia dikenali sebagai Noni, atau "Buah Mengkudu" di kalangan masyarakat tempatan adalah sejenis tumbuhan renek yang berasal dari Asia, Australia dan Pulau Pasifik. Walaupun bau dan rasanya kurang menarik, tetapi ramai orang memanggilnya sebagai "Ubat Ajaib" kerana ia telah digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit termasuk penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah hati. ( Sumber : Abbot, J. Ethropharmacology ).

Perlukan bukti?

Satu kajian telah dijalankan ke atas tikus yang telah disuntik dengan sel paru-paru carcinoma ( sel barah ). Berdasarkan pemerhatian, tikus-tikus yang telah disuntik dengan Morinda Citrifolia hidup lebih lama daripada tikus yang tidak mendapat apa-apa rawatan daripada Morinda Citrifolia. Para penyelidik mendapati bahawa Morinda telah meningkatkan tahap immunisasi dan mengandungi aktiviti anti bakteria. ( Sumber : Whistler, J. Ethropharmacology ).

Meningkatkan sistem immunisasi

Daun dan buah Mengkudu mengandungi anti pengoksidaan semulajadi yang akan dapat membina sistem pertahanan badan menentang jangkitan, barah dan masalah hati. Menurut penyelidikan yang telah dijalankan di makmal selama dua tahun oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ( FRIM ) mendapati di dalam daun Mengkudu terdapat 100% bahan anti oksida dan 97% dalam buahnya.

Menurut artikel saintifik yang disiarkan di dalam jurnal Buah-buah Tropika, para penyelidik dari FRIM telah menjalankan kajian ke atas 70 contoh dari bahagian tumbuhan yang berbeza dari 45 jenis tumbuhan Malaysia dan mendapati agen anti oksida yang tertinggi adalah dalam buah Mengkudu. Kelebihan ini memberikan ketahanan untuk tubuh menentang penyakit dan jangkitan. (Sumber : http://www.topbytes.com )

Oleh kerana keberkesanan Morinda Citrifolia ini, DXN MARKETING telah menghasilkan produk yang menggunakan Morinda iaitu dinamakan "Morinzhi". Bahkan Morinzhi ini lebih istimewa apabila ia telah digabungkan dengan khasiat Roselle. Kombinasi dua tumbuhan ini akan membawa banyak faedah kepada sesiapa yang mengamalkan pemakanan produk ini.

Oleh kerana Morinzhi  adalah 100% Morinda Citrifolia, ia akan dapat membantu anda mengembalikan stamina dan menyelaraskan fungsi badan. Cubalah Morinzhi dan rasai kesannya untuk anda dan keluarga. Ia adalah produk semulajadi yang harus anda terokai faedah yang terkandung di dalamnya.

Dos Cadangan

2 sudu Morinzhi ( 1fl.oz ) untuk diambil setiap hari, seelok-eloknya sebelum makan. Tambahkan ke dalam segelas air dan ia akan menjadi keperluan yang sempurna kepada mereka yang mengambil Morinzhi setiap hari sebagai minuman tambahan dalam kehidupan moden ini. Cubalah dan rasai perbezaannya!!
 

Contoh Penyakit Peratus Pulih
Alahan - kurangkan simptom 84%
Anti-penuaan - kelihatan lebih baik 78%
Arthritis - kurangkan simptom 81%
Barah - kurangkan simptom 65%
Diabetes - jenis 1 & 2 84%
Penghadaman - bertambah baik 89%
Tenaga - bertambah baik 92%
Penyakit hati - kurangkan simptom 80%
Tekanan darah tinggi - kurangkan simptom 80%
Kesihatan buah pinggang - bertambah baik 67%
Kegemukan - hilang berat badan 75%
Merokok - berhenti  58%
Tahap Seksual - meningkatkan keupayaan 87%
Strok 57%

Sumber : The Tropical Fruit With 101 Medicinal Uses - Dr. Nel Solomon


[ Home]
Ibu Pejabat : | MALAYSIACawangan Luar Negara: | USA | INDONESIA | HONG KONG | FILIPINA | TAIWAN | SINGAPURA | AUSTRALIA |
| Kepentingan Makanan Tambahan |
 Produk : | RG & GL | Morinzhi| Spirulina | Vitabee | Coffee Lingzhi | Spica Tea |  Andro-G | Lion Mane's | Roselle | Cordyceps | Shampoo | Body Foam | Soap | Toothpaste |
| Daftar Penyakit | Aturan Makan | Kesan Tindakbalas |
| Keahlian |

Copyright Reserved © 2001



Hosted by www.Geocities.ws

1