Esei
Nama-nama
yang pernah dikenal seperti Jasni Matlani, Ismaily Bongsu, Pena Kota, ABM Fajeer,
Mahmud Jahar, Anas Ayu Ansayu Ogos, Mohd Zain A.H., Nas Achtan, Mohd
Hadie Nor D, Alipah Jambuan, Rahim Tapah, Mohd. Zain Abdullah, Ailin
Nor, Jaafar Abdul Wahid, Mariam Omar, Ariah Judah, Sukri Saifudin,
Masdini Mohamad, A.Karim Kadir, Matlin Dullah, Arif Osman, N.R.Rahim,
Anisul Jalis,
Siba Nita A.S., Saibil Madun, Masrani Madun, Sanusi Ondu, R.Syad
Hussin, dan lain-lain lagi sudah jarang kita jumpai puisi-puisi mereka
yang baru.
Memang
ada sedikit kelesuan khususnya di Kota Kinabalu. Begitu juga di
bandar-bandar utama yang lain seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu,
Keningau malah Kudat yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai lubuk
penyair di Sabah. Aktiviti baca puisi hendaklah kerap diadakan
sekurang-kurangnya selang tiga bulan. Demikian juga bicara puisi suatu
aktiviti telaah sastera yang memberi faedah besar kepada dunia sastera
itu sendiri. Mungkin boleh dicadangkan begini: adakan acara apresiasi
puisi di mana keterlibatan ramai pihak termasuklah penyair, pengkritik,
pencipta lagu, penyanyi lagu puisi, siswa, pelajar sekolah dan orang
ramai. Di situ akan berlangsung pembacaan dan pembicaraan karya. Kita
jemput penyair-penyair terkenal di Sabah. Kita perkenalkan
penyair-penyair kita kepada khalayak. Kita hidupkan suasana bersastera.
Soalnya, siapakah yang akan bertanggungjawab? DBP, MBSS, IPS, BAHASA,
UMS, Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah atau Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri?
Kita
juga belum pernah mendengar ada Jabatan-jabatan Kerajaan ataupun swasta
menubuhkan kelab atau kumpulannya sendiri yang relatif kepada pembinaan
budaya menerusi apresiasi puisi. Bagaimanapun, acara baca puisi sepetang
anjuran DBP Cawangan Sabah dan Petronas baru-baru ini amat
positif jika dilihat sebagai salah satu usaha mengembangkan penggunaan
bahasa Melayu di samping mendekatkan aktiviti seni seperti deklamasi
puisi, lagu-lagu puisi rakyat dan sebagainya kepada kakitangan korporat
dan orang ramai.
Memang
penyair bukan hanya sasterawan dan sasterawan bukan hanya penyair. Dari
sasterawan orang boleh berpindah menjadi sutradara filem atau drama tv
malah ada yang terpanggil menjadi ahli politik akhirnya menjadi wakil
rakyat. Ada juga penyair yang mempelbagaikan aktiviti sasteranya
misalnya dia juga menulis cerpen, drama dan novel. Di samping menyajak
dia juga merupakan seorang penulis kritik atau telaah sastera.
Soalnya, mengapa berpaling dari puisi? Apakah kerana puisi itu
diberi erti terlalu tinggi yang sehingga harus disamakan seumpama
seorang sufi? Kehidupan ini sendiri, yang menjadi sumber inspirasi puisi
tidak selamanya puitis. Terlalu banyak hiruk pikuk yang menyebabkan
kehidupan kita ini untuk sebahagian besarnya bersifat prosais. Oleh
sebab itu, wajarlah ditempatkan kepelbagaian genre dibahui para penyair
atau sasterawan yang lain; pada waktu-waktu tertentu mereka berpuisi dan
pada kesempatan lain mereka menulis prosa. Tetapi pada waktu yang lain
mereka menulis kedua-duanya sekali gus. Dengan upaya sebegini,
setidak-tidaknya kreativiti mereka tidak luntur, beku apalagi berkubur
begitu saja.
Muka
[ 1 | 2 | 3 ] Esei Lain
5