Biodata
Oneh Latifah Osman
LUDANY
ON, NY U'WARA,UMI ON merupakan nama pena bagi Ony Latifah Osman@Ony
Basalin@Ony Linggin (Oneh @
Latifah Bte Osman @
Linggin @ Basalin).
Dilahirkan di Kampung Damai,
Tandek Kota Marudu,Sabah.
Mendapat
pendidikan awal di Sekolah
Cina Khoi Ming Bandau, SRK
Tandek, Kota Marudu. Bersekolah menengah di Sekolah Menengah
Ugama Sultan Ismail Dungun, Trengganu dan Sekolah Menengah Ugama
Atas Sultan Zainal
Abidin Batu Buruk ,Kuala Trengganu,Trengganu.Kemudian memasuki Maktab
Perguruan Gaya, Kota Kinabalu,
Sabah.
Beliau
pernah berkhidmat
sebagai Pembantu Penyiaran di RTM, Kota
Kinabalu,Sabah. Pegawai Amar Makruf (Unit Ceramah dan Latihan/Dakwah)
di Majlis Ugama Islam
Sabah, Kota Kinabalu. Mulai
1990 beralih tugas
sebagai pendidik. Mula berkhidmat di Sekolah Rendah Kerajaan
Kitobu,Inanam, selepas itu
di SMK Tandek,Kota Marudu
dan kemudian bertukar ke SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu dan kini
mengajar di
SMK Badin,Tuaran, Sabah.
Mula
menulis tahun 1983, dalam genre puisi,cerpen,skrip drama radio, esei agama dan umum. Penulis
dan Penyampai
Rancangan Keindahan Islam,Taszkrah Ramadan
di RTM,Sabah.
Penulis makalah Agama untuk Sauthul Islam
terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Aktif dalam pengacaraan Majlis dan
pembimbing kelas Fardhu Ain.
Karyanya
tersiar dalam akhbar Daily Express, Berita Sabah, Utusan Borneo, Harian Mercu,
Watan, Majalah Wadah dan
Komposisi. Selain itu,karyanya
juga tersiar dalam Antologi
(PUISI) Bersama:Tazkirah, Cahaya, Jauh Yang Erat, Kita Kata Kota, Jurnal
Puisi IPS, Tasbih
Hayat dan Sapaan Bonda.
Manakala Antologi perseorangan yang telah diterbitkan ialah CITRA
KASIH (puisi) terbitan IPS
1997.
Beliau
merupakan antara pemenang
peraduan menulis Puisi Islam tahun 2000, 2001, 2002 sempena Mahrajan Sastera Islam Sabah.
Dalam
kegiatan Persatuan, beliau
merupakan ahli Persatuan Mualaf Sabah
(PMS), Ahli Persatuan Pendidik Kadazan-Dusun
Sabah (PEKADUS),
Ketua Penerangan Persatuan Ikatan
Penulis Sabah (IPS), mantan
penasihat kelab
Karyawan Muda (KKM)
SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Mantan Setiausaha
Kehormat Guru-guru Pelatih KDC
Maktab Perguruan Gaya, Mantan Setiausaha
Kehormat 1, PIBG SMK
Perempuan Likas, Kota Kinabalu dan Penasihat Kelab Karyawan Badin (KKB)SMK.Badin
Tuaran, Sabah.