KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Esei > Hasyuda Abadi

 

H A S Y U D A  A B A D I

Esei

 

Jelas, di mata penyair sendiri puisi itu penting. Setiap tahun Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan diadakan menjelang perayaan Hari Kebangsaan. Acara gemilang ini berjaya menyemai rasa cintakan negara di samping mencungkil bakat deklamator yang terbaik. Demikian juga, Mahrajan Sastera Islam yang mendominasikan puisi sebagai aktiviti utamanya juga diadakan saban tahun dan kini sudah berusia lebih sedekad. Menerusi aktiviti ini, buku puisi diterbitkan sambil mengumpul sejumlah puisi daripada para penyair menerusi sayembara menulis puisi berunsur Islam.

            Puisi juga sering diambil sebagai bahagian daripada acara sesuatu majlis rasmi. Pada kaca TV pula setiap hari deklamasi puisi dipaparkan. Masalahnya, jika puisi  itu penting, mengapa mereka  meninggalkan puisi dalam erti kata tidak menulis puisi lagi? Mengapa penyair-penyair itu tidak terus berpuisi, mengapa mereka berpaling dari puisi? Ada pelukis yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk seni lukis; ada pemuzik yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk seni muzik. Penyair, bagaimana?

            Hakikatnya, menjadi penyair memang tidak dapat menjanjikan profesi, lain halnya dengan menjadi pelukis, pemuzik, penyanyi atau pelakon filem. Berprofesi sebagai penyair dalam erti menggantungkan hidup semata-mata dari pekerjaan menulis puisi memang tidak mungkin. Pertama, tidak mungkin ada penerbit yang mahu membeli puisi dengan harga yang mahal. Jika mahu diterbitkan pun, tidaklah sekerap atau sebanyak bilangan novel-novel remaja. DBP misalnya hanya akan menerbitkan dua naskah buku puisi setiap tahun. Ini soal koata, dana dan keuntungan (yang tidak diharapkan). Kedua, penyair tidak mungkin menulis puisi sekali gus dalam jumlah yang banyak, misalnya menulis sepuluh buah sehari.

            Menulis puisi tidak dapat dipaksakan. Saya tidak pasti kebenarannya, kerana ada juga kepercayaan bahawa pemaksaan boleh membuahkan hasil yang baik. Dapat menyelesaikan matlamat seperti yang dikehendaki, melalui sayembara sebagai contoh. Yang pasti, penyair hanya menulis puisi kalau dalam dirinya ada sesuatu yang mendorong untuk menulis. Penyair menulis puisi kerana ada sesuatu yang harus diungkapkannya. Penyair menulis kerana ada inspirasi. Oleh kerana itu menulis puisi tidak dapat ditentukan, misalnya harus sekian sehari atau sekian sebulan. Apa lagi, penyair tidak dapat menggantungkan nafkah hidupnya dari menjual puisi.

            Dengan menjual lukisan, seorang pelukis mungkin dapat memenuhi keperluan hidupnya selama satu bulan. Dengan sepuluh buah puisi seorang penyair mustahil dapat memenuhi apa-apa, kerana bayarannya yang kecil dan dalam banyak hal tidak mendapat apa-apa bayaran langsung. Oleh sebab itulah, bagi kebanyakan penyair di negara kita ini, mengarang puisi bukanlah pekerjaan yang menjaminkan sesuatu. Di samping terkenal sebagai penyair, mungkin dia seorang guru sekolah, pensyarah, seorang wartawan, seorang penyanyi, seorang pelukis, seorang pegawai atau kakitangan kerajaan dan sebagainya.

            Meskipun menjadi penyair itu bukan pekerjaan yang tetap, itu bukan bermakna mengurangi kesetiaan atau keterikatan penyair pada puisi. Ini terletak kepada komitmen seseorang. Masing-masing mempunyai falsafah hidup, sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menulis kerana ingin menganggap kerjaya ini sebagai suatu ibadah, pegangan ini akan membawa makna yang tidak dapat dinilai oleh sesiapa pun kecuali Tuhan. Tetapi jika kerana tidak mendapat apa-apa daripada keterlibatannya dalam penulisan puisi, tiada siapa juga boleh mempertahankan pegangan seperti ini. Itu hak individu.

            Secara peribadi, saya merindui puisi-puisi para penyair yang telah ‘menguburkan’ kreativiti mereka tetapi mengalu-alukan kehadiran mereka. Tanpa niat merendahkan sesiapa, kepenyairan menerusi puisi-puisi yang menghiasi ruangan sastera di surat-surat khabar tempatan hari ini belum dapat menandingi kepenyairan para penyair sebelumnya. Sehingga hampir di penghujung dekad 90-an sekarang ini, sukar untuk disebut nama-nama penyair yang benar-benar kukuh khususnya dari kalangan penyair yang menulis lebih lima tahun secara berterusan. Beberapa kemungkian keadaan ini berlaku, antaranya, ialah kurangnya minat membaca karya-karya penyair-penyair terkenal; kedua tidak ada iltizam yang tinggi mencari kelainan yang memungkinkan sesebuah karya itu kelihatan mantap, baru dan bertenaga, dan ketiga, ketidak kerapan mereka menulis dan penyiaran karya-karya yang tidak konsisten.

Muka [ 1 | 2 | 3

5

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1