KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Esei > Hasyuda Abadi

 

H A S Y U D A  A B A D I

Esei

 

KEMELUT PERMASALAHAN SASTERA

SUDAH sampai waktunya riak sastera di Sabah memusatkan ke arah satu falsafah yang perlu diperjuangkan. Seluruh penulis wajar turut memberikan reaksi bersama pandangan atau pendapat yang baru dan bernas. Malah menjadi harapan semua pihak agar perbincangan terbuka begini dapat dijadikan landasan yang berterusan ke arah mencapai kedinamikan pemartabatan sastera kita. Tentulah berlaku pandangan-pandangan yang berbeza namun perbezaan itu tidak akan menjadi jurang tetapi menyatukan cebisan-cebisan hujah kepada penggubalan satu gagasan yang jitu, murni dan utuh. Dalam erti kata yang lain kita mampu memberikan jawapan yang konkrit terhadap permasalahan pokok ketika melihat gelombang sastera Melayu di Sabah.

Kita merasakan bahawa sastera Melayu di negeri ini berlangsung dalam keadaan yang seadanya. Pengertian ‘asal ada’ itu sebenarnya harus dilihat dari pelbagi dimensi berdasarkan fakta yang kukuh. Tentulah keterlaluan jika mengatakan bahawa sastera di negeri Sabah kering, tidak berhala tuju. Bahkan kita terlalu fakir untuk mensyukuri peranan yang telah dimainkan oleh agensi kerajaan yang sedia ada seperti Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dan Majlis Bahasa dan Sastera Sabah. Dua badan ini menjadi tonggak utama dalam gerakan sastera dan bahasa Melayu  di Sabah. Banyak perancangan dilakukan untuk menyemarakkan gerakan sastera kita dengan pelaburan dana yang bukan sedikit.  Para penulis terus diberi perhatian dengan penyediaan program latihan dan penghargaan. Hadiah Sastera Sabah, Hadiah Tinta Sastera, Hadiah Penyair Islam Sabah di samping menyediakan ruang kepada para penulis menyalurkan pemikiran mereka. DBP Cawangan Sabah misalnya mempunyai bangunan besar yang menyimpan khazanah ilmu yang amat berharga. Malangnya kemudahan yang ada tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya bukan sahaja di kalangan para penulis atau persatuan penulis tetapi para pengurus sastera itu sendiri yakni pegawai dan kakitangannya. Bagaikan ada jurang antara mereka dengan para penulis tidak semata-mata jarak yang memang turut menjadi hambatan dan penyebab utama.

Kita harus mendalami ilmu untuk membina sesuatu tamadun meski di manapun pusaran ilmu itu berada. Pemikiran bangsa kita mesti maju, terbuka dan telus. Pandangan yang sempit harus diketepikan malah wajib dikikis daripada minda kita. Kita mesti melihat sesuatu secara menyeluruh. Mungkin kita melihat ada kebenaran di antara bobroknya sesebuah organisasi atau institusi di dalam masyarakat kita. Kita juga melihat kebatilan di mana-mana sehingga menjadi menyebab manusia kreatif menjadi daif untuk menjelaskan rangkap-rangkap absurd di dalam kemelut permasalahan masyarakatnya. Akhirnya bangunlah beberapa insan yang ingin menjelaskan, yang ingin mendapatkan penjelasan dan yang ingin menyatakan kemelut itu dari perspektif mereka.

 

Muka [ 1 | 2 ]

5

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:32 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1