KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Cerpen > Ekor karya Hasyuda Abadi

 

H A S Y U D A  A B A D I

Cerpen

Saya bukan penentang kepada kepala saya sendiri! Ini amaran untuk kepala yang matanya digayai hantu dan tua bangka!. Maksud saya hatinya juga sudah membeku. Jika pernah saya tekankan bahawa kumat kamit mulut kepala yang ini hanya tahu memberi amaran kepada kepala kepada ekor-ekor yang padanya mudah diinjak-injak (maksud saya ideanya mudah dikesampingkan kerana keekorannya), memang benarlah demikian. Kepala yang ini tahunya mengepalakan kepalanya tidak lagi ekornya. Pergi jahanam dengan ekornya. Dialah kepala segala kepala. Bukan kepala kepada segala ekor. Ekor tidak memberi apa-apa konotasi yang mulia untuknya. Kepalalah untuk kepalanya. Ekor untuknya hanya tahu duduk di sebalik cermin dan berkata-kata tanpa didengarinya. Kepala mereka itu sebenarnya kepala hantu yang berkepala-kepala dungu sebenarnya.

Sayalah ekor untuk kepala saya. Anda fikirkanlah bahawa saya ini hanya ekor dan juga kepala untuk diri sendiri. Jika saya kepala dan sayalah ekor mudah-mudahan ekor dan kepala berjalan seiring. Kepala tidak mengkotak-katikkan kepala-kepala yang punya ekor-ekor yang bebal dan kerbau. Apalah namanya kerbau tanduknya tak berguna langsung. Ekornya juga yang memberi khidmat menghalau lalat atau bangau. Apabila hidungnya dicucuk apakah peranan tanduk dan ekornya? Inilah dia yang tidak wajar dicontohi. Masyarakat kerbau memang tidak boleh memberi contoh kepada para kepala dan para ekor yang tahu nilai diri dan tahu menghargai ekor atau kepalanya.

Rupanya anda tidak memahami idea yang mudah ini. Mudah lagi kata seseorang meminta pelayan semangkuk sup ekor atau kari kepala ikan! Namun awas, ekor yang ini tidak memberi kebaikan yang baik seperti juga kepala yang beraroma itu. Anda mungkin tidak mati kebulur atau mengeringkan erti otak sebenar. Sebab  itu kembalilah menjadi ekor setelah menjadi kepala. Kepala anda barangkali sudah besar, punya kuasa dan berkaliber yang menghakmilikkan suara yang besar, tingkah yang besar dan membosankan. Inilah yang melupakan akal anda terhadap ekor yang di bawah itu. Menjadi haiwan lebih senang daripada menjadi manusia. Menjadi manusia lebih mudah ketimbang menjadi insan yang menghargai daripada meminta dihargai. Maka nyatakanlah pendirian ada apakah anda sekarang ini kepala atau ekor?

 Muka [ 1 | 2 | 3 ]

 

 5  @

 

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:32 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1