Cerpen
EKOR
ANDA
tentu pernah melihat ekor cicak yang terpenggal. Ceritakan kepada saya
tentang ekor cicak yang malang itu begini: saya agak nakal pada setiap
malam jumaat untuk mengumpul sebanyak empat puluh ekor cicak, hidup
mahupun mati. Kesemua cicak itu sudah tak berekor ketika mahu
dipersembahkan kepada kerajaan tanah. Begitu juga kepada sungai di bawah
rumah atau di dalam tong sampah yang esoknya akan dipunggah oleh pekerja
Dewan Bandar Raya. Saya memikirkan tentang ekor cicak itu. Dan tidak
lagi cicaknya tapi ekornya. Ekor saja. Kepala saya berligar-ligar
membayangkan ekor yang lebih besar, panjang dan mengikat kepada sesiapa
saja. Orang kecil atau orang besar. Orang kecil-kecil atau orang
besar-besar.
Mengapa
binatang ada ekor. Manusia tak ada ekor. Harimau ada ekor. Gajah ada
ekor. Begitu juga musang. Tidak kepada katak. Tapi tak tidak kepada
monyet, kambing, beruang, babi, singa atau tupai. Rupanya manusia juga
ada ekor sebenarnya. Saya mula diingatkan oleh otak yang kekadang kering
yang mendekatkan kepada lupa. Benar manusia juga ada ekor. Inilah saya
hendak menyampaikan idea tentang ekor. Kepala saya selalu pening kerana
kerap mencari ekor di medan selera. Sup ekor yang berkhasiat itu
kononnya. Semangat yang bakal menyala dan membara. Namun pusing kepala
saya tidak kerana supkan ekor tetapi ekor yang lain. Ekor yang
dimanusiakan. Ekor yang juga memanusiakan. Ekor yang sentiasa berada di
belakang tak mungkin di hadapan tetapi ada kalanya di depan. Ada beza
antara ‘hadapan’ dan ‘depan’. Boss di pejabat saya tunggang
langgang melaksanakan tugasan juga ada ekornya. Sahabat-sahabat saya
yang punya sedikit wang dan pengaruh juga punya ekornya. Santai di meja
mamak sambil dikelilingi ekor-ekor yang berekor-ekor. Tanpa segan dan
malu menjadi ekor. Ekor demi ekor keluar daripada tong-tong sampah!
Ekor
mencari badannya yang terpenggal. Entah kalangan yang asyik masyuk di
meja mamak itu mungkin tidak menyedari mereka sudah kehilangan ekor.
Kerana begitu asyik tak sedar ekor mereka terpenggal. Mereka sudah lupa
bahawa mereka sebenarnya punya ekor mereka sendiri. Walaupun mereka itu
menjadi ekor kepada badan yang lain. Sesekali mereka keliru bila
dibicarakan tentang ekor. Milik siapakah ekor-ekor yang tak henti-henti
ke sana ke mari memadankan kesesuaian mereka. Ada ekor yang panjang,
pendek kontot, ada yang bercabang-cabang, berwarni-warni, berkulit keras
kematu dan sebagainya kerana tidak dapat dipastikan jenis apakah
ekor-ekor itu. Boleh jadi binatang buas atau binatang separuh buas atau
kurang buasnya. Walaupun kenyataannya kebuasan akan menentukan
bagaimanakah jenis ekor itu. Namun pada saat-saat yang genting kebuasan
tidak dianggap penting. Apa yang penting sewaktu genting ialah ekor.
Tidak
terkecuali ekor si orang alim dan para ulama yang punya ciri yang lain
pula. Mereka menjadi ekor saja dan ikut kepala. Sama ada kepala itu
berotak ok atau berotak tak ok, ekor itu ikut. Susah atau senang ekor
tak pernah mengisahkannya kepada sesiapa. Ekor patuh dan harus akur.
Tidak seperti kepala kerita api. Ada waktunya menjadi kepala, ada
waktunya menjadi ekor.
Sebentar tadi ekor menjadi kepala untuk ke hadapan. Sejam kemudian ekor
yang menjadi kepala itu bertugas menjadi ekor pula. Ekor, kepala. Kepala
ekor. Analogi ini barangkali lebih mulia malah realistik kerana kepala
dan ekor saling bekerja. Ekor sudah melihat kepala lebih arif tentang
arah jalan di hadapan mahupun di belakang
Muka
[ 1 | 2 |
3
]
5