KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Cerpen > Ekor karya Hasyuda Abadi

 

H A S Y U D A  A B A D I

Cerpen

          Ada kalanya kepala terlalu berkuasa. Namun anda sudah tentu pernah mendengar ekor juga lebih besar kuasanya daripada kepala. Ekor ini bukan sebarang ekor. Tidak kisah di abad mana atau di alaf yang mana dan musim-musim yang bagaimana anda akan bayangkan. Ekorlah yang memanjangkan usia kepala. Sebab itu kepala juga sering saja pusing kerana ekor yang terlalu panjang. Di mana kepala di situlah ekor. Ekor juga akan menentukan kepala harus ke mana dan di mana. Kemana-mana saja ekor dan kepala ada bersama. Di mana-mana juga kepala dan ekor bersahabat baik. Baik dalam pengertian yang berbeza daripada pengertian yang biasa difahami. Baik juga dianggap tidak baik apabila kebaikan itu bermotifkan kepentingan sehala. Apa tah lagi jika kebaikan itu bermakna putaran kehidupan kepala akan berlaku apabila kepala akhirnya menjadi ekor kerana ekor sudah pasti menunggu masa menjadi kepala. Jangan tidak berwaspada. Ekor yang pernah anda injak dan biarkan di dalam keluarga sampah saraf akan melakukan hal yang sama suatu waktu yang lain apabila sampah saraf menjadi negeri yang membanggakannya. Sampah dan saraf melambangkan kedaifan yang tidak selamanya daif. Di negeri sampah dan saraf ekor sudah pasti mempelajari segala bau memberi makna bagaimana bau itu boleh diubah menjadi bau yang enak dihidu. Segala ulat, bangkai, raungan lalat, rakusnya anjing-anjing dan malu-malu tikus akan mengubah senario negeri sampah dan saraf itu. Ekor yang berada di situ menjadikan pengajaran bau sebagai amaran kepada kepala-kepala yang selalu lupa bahawa di dalam kepalanya itu tidak semestinya otak tetapi lain misalnya batu atau kayu.

Benar, anda adalah ekor. Barangkali pada masa ini anda juga kepala. Sekali gus anda kepala dan juga ekor kepada kepala anda. Bagaimanakan ini? Kepala yang mengepalai ekor anda adalah ekor yang mengepala batukan kepala anda. Mengepala kayukan juga sekali-sekala kepala anda sendiri. Kepala anda itu batu yang selalu disebut kepala batu. Di dalam kepala, kepala ekor yang anda punyai terlalu digambarkan seribu satu persoalan yang mahu dihuraikan. Sering juga digambarkannya bahawa ada orang yang disangkakannya lupa tetapi sebenarnya andalah yang lupa. Kepala anda sudah telalu tua. Kepala anda terlalu dipengaruhi usia tua anda itu. Tua kepala anda kerana ketuaan anda sahaja bukan tua kematangan anda. Anda tahu? Begitulah ekor anda. Ekor anda ikut kepala. Kepala juga ikut ekor anda. Kepala dan ekor sama saja. Ke hulu dan ke hilir tak ada beza. Kepala walaupun lebih tinggi daripada ekor, ini bukan persoalan yang harus ditimbulkan. Ekor selamanya memang di bawah. Kepala juga selamanya di atas. Itulah lambang kuasa.. Maka harus diingatkan bahawa kepala apabila menjadi ekor selamanya dia mungkin kehilangan kepalanya. Otaknya sudah berpindah ke buku lali. Atau menjadi perhiasan semata-mata di dalam lakaran para pelukis atau seorang sasterawan sezaman. Mungkin saja dihias di dalam bingkai dan diletakkan di dalam muzium kebangsaan. Hanya menjadi sejarah yang akhirnya menjadi bualan sekurang-kurangnya berbunyi begitu: kasihan, inilah kepala yang hilang!

 

Muka [ 1 | 2 | 3 ]

5

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:32 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1