Tiga Orang Pemburu

Cerita : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Ada tiga orang bekawan baik yang suka memburu. Semua tiga-tiga diurang ini inda sama bangsa. Yang pertama urang Melayu. Yang ketiga urang Dusun dan yang ketiga Om (Timur yang dari Indon itu. Mungkin indada IC juga).

Pada satu hari diurang pigi memburu di hutan. Mimanglah di hutan, kalau bukan di mana lagi. Mungkin diurang indada nasip itu hari sabab diurang inda dapat satu pun badan binatang buruan (bukan satu ikur, sabab diurang mau badan binatang). Diurang pun buat keputusan mau balik rumah tapi hari sudah telampau gelap. Biarpun baru pukul tujuh malam tapi kalau di dalam hutan gelap juga itu. Jadi diurang pun agak-agak saja jalanan diurang. Lepas itu diurang pun jumpa satu rumah yang keci. "Selamat kita" bilang si Om abis diurang nampak ada lampu dari dalam rumah.

Diurang pun ketuklah pintu itu rumah. Inda lama kemudian keluar satu urang apek Cina dari dalam rumah itu. Lalu bilang si Om, "Bulihkah kami menumpang di sini sampai bisuk? Kami sasat bah?" Bilang si Cina, "Bulih, tapi rumah aku ini keci, bulih muat tiga urang saja. Jadi satu urang antara kamu terpaksalah tinggal di luar". Si Dusun menyampuk, "Hya, susahlah kalau begini. Banyak nyamuk di luar itu". Si Cina kemudian dapat idea. Dia bilang " Oh aku ada kandang babi di belakang rumah. Itu babi pun tinggal satu saja di sana. Yang lain aku sudah makan. "Bagus juga, biarpun bau itu tahi babi tapi indalah kena gigit nyamuk. Jadi macam mana, siapa yang mau tidur sana?"Tanya si Dusun.

Semua diurang inda mau tidur di kandang babi. Lepas beberapa minit, si Dusun pun mengalah. Dia bilang "Oklah akulah yang tidur di sana. Lagi pun aku kristian. Inda apa-apa becampur sama babi." Masalah diurangpun selesai. Tidurlah diurang semua. Lebih kurang pukul dua belas lebih, diurang dangar pintu mengetuk. "Siapa pula celaka ini mengetuk tengah malam? Urang siok-siok tidur." Si Cina terpaksa juga pigi buka itu pintu. Rupa-rupanya si Dusun yang mengetuk pintu. Bilangnya "Oi! inda aku tahan, bau betul babi itu. Kamulah ganti!". Si Om dan si Melayu berdepat sekejap. Disebabkan inda mahu begaduh, si Melayu terpaksa juga mengalah biarpun dia urang Islam dan inda bulih bedekat sama babi. Masalah kedua selesai.

Diurang di rumah pun becerita-cerita. "Tahankah si Melayu itu ah?" tanya si Cina. "Inda taulah. Harap-harap dia tahan. Aku malas ini tidur sana" bilang si Om. Apabila dua jam sudah limpas, si Dusun pun becakap "Ayulah tidur, mimang si Melayu tahan. Lagipun dia itu bukan alim betul". Baru saja diurang mau tutup mana, diurang dangar ada mengetuk pintu. Si Cina cepat-cepat pigi buka itu pintu. Macam yang diurang jangka, mimang si Melayu yang datang. Diapun inda tahan juga tidur di sana.

Sikarang giliran si Om Timur lagi tidur di kandang babi. Biarpun barat dia punya hati, tapi dia terpaksa. Tiga jam sudah limpas. Lepas itu empat jam. Pada pukul 5.15 pagi si Melayu becakap "Ui, mimang tahan si Om." Lima belas minit kemudian si Melayu lagi becakap "Inda payahlah kita tunggu lagi. Si Om mimang tahan itu". "Tunggu sikijap lagi" bilang si Cina. Pada pukul 5.30 pagi, si Cina becakap lagi, "Sah sudahlah si Om tahan. Ayulah tidur". Belum sempat diurang tidur, pintu rumah si Cina diketuk. Dia punya ketukan lain sikit, macam orang telampau kelang-kabut. Si Cina, si Dusun dan si Melayu cepat-cepat buka pintu. Diurang pikir ada kecemasan dan ada urang mau minta tulung. Tapi bila diurang buka pintu, diurang telampau tekejut sebab sambil menutup hidung si babi separuh teriak "Hui! inda aku tahan, bau betul itu Om!"
Cerita-Cerita Lucu

Cerita : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1