|
Pada suatu hari ada satu orang
asau pigi pasar besar
Sandakan untuk membeli-belah. Mungkin beli daging
babi atau apa-apa. Tapi aku cuma tau satu benda saja yang dia beli iaitu
buah sikui (tembikai). Sebulum dia beli sikui itu, dia tanya si
penjual. Si penjual ini orang
Bugis. Sudah tua juga macam itu asau Cina
yang beli sikui. Mungkin si Bugis ini indada IC. PTI lah itu. Kalau ada IC
pun mungkin
IC PROJEK. Kamu tau-tau sajalah di Malaysia ini banyak
PATI
yang mengaku Bumiputra. Diurang menumpang sama itu Bugis yang sudah jadi
warganegara Malaysia.
Oklah kita sambung pasal
itu asau. Dia tanya itu penjual. Dia bilang "maniskah ini sikui?". Jawab
si penjual "manis bah. Kalau kau tidak manis nanti kau kasi baliklah". Si
asau pun percayalah sama si penjual ini dan dia beli satu badan sikui (bukan
satu biji, biji inda bulih dimakan). Si asau ini indada kereta. Dia naik
bas pulang. Rumahnya di batu 13 lebih kurang 13 batu dari bandar Sandakan.
Masa dia mau naik bas, bas itu sudah penuh tapi dia naik saja sabab susah
dapat bas pigi balik rumah dia. Si pemandu bas ini pandu bas dia laju-lagu.
Tamaha betul bah si pemandu ini. Mau cepat kaya saja. Akibatnya di batu 7
ada rounabaut (round about) dan si pemandu tamaha inda sadar ada kereta
bopusing di rounabaut itu lalu dia pun brek basnya dengan stail brek mati.
Apa lagi, sikui si asau pun tegulik di dalam bas lalu pecah. Si asau pun
telampau marah. Bukan dia marah si pemandu tamaha tapi marah si Bugis
sabab menipu dia.
Si asau inda puas hati.
Dia pun balik di pasar Sandakan gara-gara mau minta ganti rugi dari si
Bugis penipu. Apabila dia sudah sampai di pasar itu, si Bugis masih lagi
ada di sana. Lalu si asau pun becakap "kenapa kau tipu aku? Kau bilang itu
sikui manis maka inda". Jawab si Bugis, "kau sudah makan kah itu sikui?" "belum!"
bilang si asau kasar-kasar. Sambung si asau lagi "tapi nah kau tingu ini,
dia punya isi pucat!". "Ai.,macam mana ini sikui bulih pecah? tanya si
Bugis. "jatuh dari bas" bilang si asau. Lalu bilang si Bugis "kalau kau
jatuh dari bas, inda kau pucat?"....
|