16
Julai 2001, Jam 17:28, Semak Arah Kiblat Anda

Atas: Fenomena istiwa
matahari di Kaabah pada 16 Julai 2001, jam 5.28 petang waktu Brunei.
Bilakah
berlakunya istiwa matahari di atas Kaabah?
Menurut
hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku 2 kali setiap tahun pada:
-
28
hb Mei, pukul 5.16 petang waktu Brunei,
-
16
hb Julai, pukul 5.28 petang waktu Brunei.
Pada
tahun-tahun lompat waktu berkenaan awal 1 minit .
Apakah
yang sebenarnya berlaku?
Arah kiblat yang tepat boleh
juga diperolehi ketika berlakunya peristiwa 'istiwa utama
matahari di Kaabah'. Istiwa utama
(istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat
di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali
dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan
bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri
yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari
sebanyak 23.5°. Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama
dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk
menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
Bagaimanakah
caranya untuk menentukan arah kiblat ?
Dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di
atas:
1) Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak
di semak arah kiblatnya. 2) Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda
boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di
hujung tiang berkenaan. 3) Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah
tidak terlindung dari sinaran matahari.

Atas:
Cara menyemak
tiang supaya tegak dan lurus.
Tepat pada masanya pada 16hb Julai
2001, jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan
dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang
akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah yang mengadap ke barat. Selain dari
tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera,
tiang-tiang lampu atau sisi- sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat
ketika itu.
Source:
http://imran.kusza.edu.my |