|
Oleh
HazarryHAA
|
Atas:
Hilal atau anak bulan
hanya akan kelihatan sekiranya umur hilal tersebut lebih kurang 15
jam
|
Bagi negara Brunei Darussalam, penglihatan anak bulan bagi
menentukan tarikh bermulanya 1hb Syawal 1422H akan diadakan pada
petang 15hb Disember 2001 bersamaan dengan 29hb Ramadhan 1422H.
Anak bulan yang baru akan 'dilahirkan' (day of conjunction) pada
14 Disember 2001, 20:48:37 TD (Waktu "Terrestrial
Dynamic"). Pada waktu ini bumi, bulan dan matahari akan
sedatar di mana gerhana matahari annular akan berlaku hanya akan
kelihatan di utara Amerika dan sebahgian selatan Amerika
(20:52 UT). Pada waktu yang sama anak bulan tidak akan sabit di
mana bahagian dari bumi ia akan mengambil beberapa jam untuk sabit
anak bulan menebal dan mula kelihatan dari bumi.
Pada
petang 15hb Disember 2001, bulan akan berada kira-kira 4 darjah di
atas ufuk dan 245 darjah dari utara sewaktu matahari terbenam.
Umur hilal ketika itu hanya 13 jam 23 minit dan amatlah
sukar bagi melihat anak bulan tersebut kerana untuk hilal
kelihatan di mana-mana bahagian bumi umur anak bulan
hendaklah sekurang-kurang nya 15 jam. Walaupun bulan masih berada
di atas ufuk selama 25 minit 45 saat selepas matahari terbenam
akan tetapi waktu yang pendek ini masih sukar bagi anak bulan
untuk kelihatan pada petang tersebut kerana umur hilal yang masih
kurang 15 jam (Ringkasan data
bulan).

Atas:
Rajah menunjukkan kedudukan hilal pada petang 15hb December 2001
sebelum matahari terbenam dari Bandar Seri Begawan.
Peta
di bawah menunjukkan umur hilal dan penglihatan anak bulan sewaktu
matahari 5 darjah di bawah ufuk (terbenam) di mana-mana bahagian
bumi pada 15hb Disember 2001. Hilal akan nampak sabit dikebanyakan
bahagian negara barat seperti Amerika dan di Afrika hilal akan
hanya kelihatan dengan mengunakan alat pembantu seperti teropong.
Walaubagimanapun negara-negara timur seperti China dan
negara-negara ASEAN termasuk negara Brunei, hilal tidak akan sabit
(nampak) kerana hilal yang berumur kurang 15 jam.

Atas:
Peta bumi menunjukan umur hilal selepas matahari terbenam.
**
Map generated by MoonCalc 6.0 by Dr Monzur
Ahmed
Umur
hilal di kawasan berwarna;
Biru
= 30 - 35 jam;
Merah
= 25 - 30 jam;
Unggu
= 20 - 25 jam;
Kuning
= 15 - 20 jam;
Lain-lain
kawasan < 15 jam.
Maka
pada petang Maghrib 15 Disember 2001 bulan Ramadhan 1422H akan
digenapkan ke 30 hari, manakala 1 Syawal 1422H dan sambutan hari
raya Aidilfitri akan disambut pada 17hb Disember 2001 di negara
Brunei. INSYAALLAH.
|
SOLAR
& LUNAR DATA
BANDAR BEGAWAN 4:56N 114:56E TZ:+8.0 Ht:0m JD:2452258.5 Topo Refrac ON
Mag Dec: 0.432 0d 25m 57s Date: Sat 15 Dec 2001 |
|
Apparent Sunrise: 6h 20m 02s LT Apparent Sunset: 18h 10m 32s LT
Moon Rise: 6h 27m 47s LT Azimuth: 113d 05m 36s
Moon Set: 18h 36m 17s LT Azimuth: 246d 09m 09s
Sunrise-Moonrise: 0h 07m 45s Sunset-Moonset: 0h 25m 45s
----------------------------------------------------------------------------
AT APPARENT SUNSET>
New Moon Visibility (Yallop/-5,q-0.438)Not visible
Moon Alt: 4.975 4d 58m 31s Moon Azi: 245.507 245d 30m 25s
Sun Alt: -0.248 -0d 14m 54s Sun Azi: 246.704 246d 42m 16s
Rel Alt: 5.223 5d 13m 25s Rel Azi: -1.198 -1d 11m 51s
Elongation: 5.779 5d 46m 44s
Moon Age: 13.38h 0D 13H 23M
Phase:0.0034 Mag: -4.62
Width:0.08m
Semi-Diam:0.257
Distance:387529.94km
----------------------------------------------------------------------------
WHEN SUN IS ~5° BELOW HORIZON> Time: 18h 28m 44s LT
"Best" Time: 18h 21m 59s LT
Moon Alt: 1.192 1d 11m 30s Moon Azi: 245.987 245d 59m 15s
Sun Alt: -5.002 -5d 00m 09s Sun Azi: 247.004 247d 00m 16s
Rel Alt: 6.194 6d 11m 39s Rel Azi: -1.017 -1d 01m 01s
Elongation: 5.921 5d 55m 17s Moon Age: 13.69h 0D 13H 41M
Phase:0.0036 Mag: -4.63 Width:0.08m Semi-Diam:0.257 Distance:387580.24km
----------------------------------------------------------------------------
HIJRI CALENDAR DATA> Criterion: Yallop/-5 [A or B]
30 Ramadhan 1422 AH starts at sunset on: 15 Dec 2001
& ends at sunset on: 16 Dec 2001
Hijri Day Number: 503821
Islamic Lunation No: 17061 Astronomical Lunation No: 976
Crescent first seen: 16 Nov 2001 [L]ocal or [T]rizonal dates for year |
**** Data computed by MoonCalc 6.0 by Dr Monzur
Ahmed
|