|
Oleh HazarryHAA
PENGLIHATAN
ANAK BULAN SYAWAL akan diadakan pada petang 26 hb Disember 2000.
Anak bulan akan mula sabit pada 25 Disember 2000, 17:23UT (26 Disember 2000,
01:23 waktu tempatan). Pada 25 Disember, anak bulan syawal tidak akan sabit di
mana-mana tempat di dunia. Pada 26 Disember, anak bulan tidak akan sabit di
kebanyakan kawasan Asia dan Europah. Walau bagaimanapun, dengan mengunakan
teleskop
dan persedian yang teratur, anak bulan syawal dapat di lihat di Timur Tengah
(Middle East) dan Afrika pada 26 Disember.
Peta di bawah menunjukkan keadaan anak bulan seluruh dunia pada 26 Disember
2000. Kawasan hijau dan biru menunjukkan kawasan di mana anak bulan sabit dengan
mata kasar, kawasn merah menunjukkan kawasan di mana anak bulan boleh nampak
sekiranya keadaan jelas, kawasan unggu dan kuning ialah kawasan anak bulan boleh
nampak dengan mengunakan teropong dan alat pembantu penglihatan. Di negara
Brunei jelas pada 26 anak bulan tidak sabit (lihat peta). Maka bulan Ramadhan
akan digenapkan ke 30 pada 27 Disember 2000 dan 1 Syawal akan jatuh pada 28
Disember (Khamis). INSYA-ALLAH.

All maps by MoonCalc 5 © Dr.
Monzur Ahmed
|