Home
Welcome
About

Contact Me

 

 

2001 Gerhana Bulan Penuh

News

Sky Events

Sun & Moon

Eclipses

Planets

Meteor

Comets

Asteroids

Stars

Photo Galleries

Download

Links

 

 

NOTE: Nothing is illegal on this page. While every care is taken in the compilation of these pages, I shall not be liable and shall be held harmless from any error of the calculation &  information contained herein.

 

Copyright of BruAstronomy © 2000-2001

 

Created on 23rd Sept 2000

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan akan sekali lagi mengalami gerhana bulan pada subuh 10hb Januari 2001 selepas gerhana bulan pada tahun 16 Julai 2000. Gerhana Bulan akan bermula pada pukul 2:46 pagi waktu tempatan di mana bulan akan mula memasuki kawasan pusat bayangan bumi - “umbra”.

  

Walau bagaimanpun bulan akan sepenuhnya masuk di kawasan “umbra” pada pukul 3:54 pagi di mana bayangan bumi akan menutupi bulan penuh menjadikan bulan gelap. Ketika ini planet dan bintang-bintang mudah di lihat.  

Bulan akan mula keluar dari pusat bayangan bumi – “Umbra” pada pukul 4:49 pagi. Di waktu ini bulan akan memantulkan cahaya dari matahari semula dan akan menjadi terang. Bulan akan keluar sepenuhnya dari “Umbra” pada pukul 5:57 pagi dan gerhana berakhir.  

Gerhana bulan akan berlaku selama 3 jam 11 minit. Gerahan bulan ini bukan sahaja berlaku di Asia tetapi di negara-negara Europah dan Afrika.  

Bagi anda yang meminati bidang ini dan kepada anda semua janganlah lepaskan peluang ini. Sedialah membawa bersama kamera untuk merakam kan kejadian alam ini.

Gerhana bulan kerap kali berlaku berbanding dari gerhana matahari. Gerhana bulan penuh akan berlaku lagi di negara ini pada 3 Mac 2007.

 

 

FAKTA GERHANA 10hb Januari 2001

 

9hb Januari 2001

17:54 petang: Bulan purnama terbit

10hb Januari 2001

01:50 pagi: Bulan mula memasuki penumbra. Bulan akan kelihatan kekuning-kuningan

02:46 pagi: Bulan mula memasuki “Umbra” (Gerhana bermula)

  • Posisi bulan waktu mula gerhana dari utara        : 300º 35’ 56”

  • Posisi bulan waktu mula gerhana di atas ufuk     : 050º 51’ 24”

03:54 pagi: Bulan berada sepenuhnya di dalam “Umbra”    

04:49 pagi: Bulan mula keluar dari “Umbra”

05:57 pagi: Bulan keluar sepenuhnya dari “Umbra” (Gerhana berakhir)

06:31 pagi: Matahari terbit

06:41 pagi: Bulan terbenam

Mulai waktu ini bulan tidak lagi kelihatan kerana berada di bawah ufuk

06:55 pagi: Bulan keluar dari “Penumbra”

 

 

Gambaran illustrasi gerhana:

 

02:46 pagi - Bulan memasuki "Umbra"

 

 

 

 

03:54 pagi - Bulan sepenuhnya berada di dalam "Umbra"

 

 

04:49 pagi - Bulan mulai keluar dari "Umbra"

 

 

05:57 pagi - Bulan keluar sepenuhnya dari "Umbra"

 

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1