Halaman Utama
| Biodata | Anugerah | Agama | Keluarga | Pengalaman | Nostalgia | Bahasa Perak | Pautan
|
|
|
|
|||
|
|
|
|
|||
|
|
Mari Mempelajari
Alquran [Membaca
ayat-ayat suci Alquran merupakan suatu do'a yang sangat dianjurkan oleh Allah
Subhanahu Wata'ala] |
|
|||
|
|
|
|
|||
|
Alquran
ialah kalam Allah, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W) dalam bahasa
Arab, melalui perantaraan Jibril, dengan bacaan bertajwid disampaikan kepada
jenerasi kemudiannya untuk dibaca, difahami, di'amalkan isi kandungannya dan
sebagai panduan untuk kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.
|
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
KAEDAH PEMBACAAN ALQURAN |
|
|||
|
Kaedah pembacaan Alquran yang baik akan hanya diperolehi
apabila kombinasi faktor-faktor berikut digabungkan semasa seseorang qari
atau qariah memperdengarkan bacaannya:- |
|||||
|
· Tajwid |
· Fasahah |
· Lagu |
· Suara |
||
|
|
|
|
|||
|
|
TAJWID |
|
|||
|
Tajwid menurut bahasa 'arab ialah
mengelokkan. Manakala menurut pengertian pula ialah pengetahuan
membicarakan makhraj huruf, sifatnya dan lain-lain yang berhubung dengan
sebutan ayat-ayat alquran. Antaranya membunyikan huruf pada haknya seperti Jahar
(menempik), Hamas (mendesas), Syiddah (keras) makhraj serta sifat huruf,
sebutan tafkhim (menebal) dan tarqiq (menipis) dan sebagainya. |
|||||
|
|
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
FASAHAH |
|
|||
|
Fasahah
bererti fasih dalam menyebut ayat-ayat alquran dan menurut lahjah
'Arab. Menyebut dengan lancar pada lafaz dan ayat. Memelihara
dengan baik segala baris dan tasydid pada ayat yang dibaca. Segala
susunan ayat dipelihara dengan sempurna. Memberhanti (waqaf) dan memula
(ibtida') bacaan tanpa memesungkan makna ayat yang dibaca. |
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
LAGU |
|
|||
|
Tarannum ialah istilah bahasa ‘Arab yang bermaksud “Seni Lagu” Alquran. ia adalah suatu cara atau kaedah dimana suara yang dibunyikan adalah dengan nada, rentak dan irama yang tertentu untuk mengindahkan seni bunyi suara, khususnya dalam pembacaan Alquran. Umat ‘Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum ini kedalam sya’ir2 mereka. Akhirnya apabila turun ayat2 Alquran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat2 Alquran pula. Melagukan bacaan Alquran adalah suatu usaha kearah pencapaian amalan membaca alquran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah, tuhan pencipta 'alam. |
|||||
|
|
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
SUARA |
|
|||
|
Suara adalah suatu getaran bunyi yang
diproses dari paru-paru menerusi peti suara ke rongga mulut atau hidung yang akan
ditentukan bunyinya oleh alat-alat pertuturan yang lain mengikut kehendaknya
yang tertentu. Ianya merupakan nikmat kurniaan Allah yang amat penting dalam
kehidupan manusia sebagai alat perhubungan, penyebaran dan sebagainya.
Memperelukkan suara pada bacaan Alquran adalah sunah. Maka mempelajari
kaedahnya juga adalah perlu, kerana tanpa mengetahui kaedahnya, maka seni
bacaan Alquran (Attartil) tidak akan tercapai. Seni bacaan Alquran ditentukan
oleh seni suara. Manakala seni suara pula tidak dapat dipisahkan dengan lagu
(tarannum). |
|||||
|
|
|||||
|
|
|
|
|||
|
|
|
||||
Halaman Utama
| Biodata | Anugerah | Agama | Keluarga | Pengalaman | Nostalgia | Bahasa Perak | Pautan