Halaman Utama
| Biodata | Anugerah | Agama | Keluarga | Nostalgia | Bahasa Perak | Pautan
|
PEKERJAAN
SEKARANG |
|
|
|
|
|
PENGALAMAN
KERJA |
|
Selepas
tamat persekolahan menengah, saya berkawan rapat dengan abang
sepupu saya yang pada masa itu masih
menganggur. Bapa saudara saya adalah Siak Masjid Taiping pada masa itu. Jadi
kalau ada kematian, beliau akan dihubungi untuk menguruskan jenazah tersebut.
Memandangkan saya dan abang saudara saya itu masih tidak mempunyai pekerjaan
tetap, maka kerja-kerja menggali kubur diserahkan kepada kami. Upahnya tidak
menentu. Kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Tetapi paling lekehpun,
sepuluh ringgit selubang. Itupun sudah cukup lumayan pada masa tu. Kalau satu
hari ada dua tiga kematian?... Selain
daripada itu, saya juga membantu bapa menghantar kueh kasturi dan nasi lemak
ke beberapa warong dan kantin di sekitar Taiping, mengangkut kayu api dari
kilang kayu berdekatan ke rumah, mengajar budak-budak mengaji quran,
menangkul ikan di sungai dan sebagainya. Tak kira dapat upah ke atau tidak.
Yang penting ialah mencari pengalaman. |
|
|
|
Sewaktu
bertugas disitu, saya berkesempatan meneliti iklan-iklan dalam akhbar-akhbar
tempatan yang dibekalkan kesitu dan saya cuba memohon beberapa jawatan dengan
menggunakan mesyin taip pejabat itu. Pada pertengahan bulan Jun, 1971 saya
telah menerima surat tawaran temuduga daripada Perbadanan Pemasaran Padi Dan
Beras, Kuala Lumpur. Saya dikehendaki hadzir untuk ditemuduga jawatan
Penolong Penyimpan Kira-kira pada 1 Julai tahun itu di Bilek Mesyuarat,
Perbadanan Pemasaran Padi Dan Beras , Bangunan Bangkok Bank, Kuala
Lumpur. Saya
telah berangkat ke Kuala Lumpur satu hari sebelum temuduga dengan menaiki
keretapi malam. Sampai ke Kuala Lumpur pada pagi 1 Julai. Inilah
pertama kali saya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Rasa peghak tak
terhingga. Nasib baik ada kenalan bapa semasa di Taiping dulu, Major
Haji Omar Edin (Sekarang dah bersara) tunggu di stesyan keretapi.
Beliau bawa saya dengan kereta Triump Sport ke rumahnya di Jalan Gurney,
Kuala Lumpur. Pada jam 2.00 petang beliau menghantar saya ke Bangunan
Bangkok Bank, Jalan Bandar, Kuala Lumpur untuk ditemuduga pada jam 2.30
petang. |
|
|
|
Pada
1 Januari, 1972 saya ditukarkan ke kompleks yang baru dibuka iaitu Kompleks
LPN, Sungai Baru, Alor Star, Kedah. Pengurus Kompleks pada masa itu ialah
Encik Shamsudin Marzuki. Disana saya ditugaskan sebagai kerani pengangkutan
disamping tugas-tugas memeriksa bil-bil belian padi. Pada
1 Januari, 1973 saya ditukarkan ke Pejabat LPN Alor Star, di Bangunan Keat
Hwa, Jalan Teluk Wanjah dan ditugaskan untuk mengumpul maklumat belian padi
bagi kompleks-kompleks dan mengendalikan Lejar Siberhutang. Pada
1 Mei, 1973 saya telah bertukar ke Gudang Beras LPN, Bagan Serai atas
permohonan sendiri. Permohonan tersebut dibuat kerana ingin berdekatan dengan
kampung halaman saya di Bukit Gantang, Taiping. Saya adalah kerani tunggal
disitu dan diberikan tugas sebagai kerani am yang mengendalikan berbagai
tugas seperti pentadbiran, kewangan, gundal, taip-menaip termasuk bahagian
Penguatkuasa dan sebagainya. Pengurus Gudang pada waktu itu ialah Encik
Bahrein bin Embee, manakala Merinyu Kanan ialah Encik Shamlan bin Haji
Yaakub. Pada
16 Januari, 89 saya ditukarkan ke Kompleks LPN Simpang Lima dan diberi tugas
di Bahagian Pentadbiran. Selain daripada itu saya juga mengendalikan
tugas menimbang dan membantu dalam kerja kerani kewangan.
Pengurus-pengurus kompleks semasa saya bertugas di Simpang Lima adalah Encik
Adnan Sulong, Encik Fadzil b. Mohd. Salleh, Encik Zulkefeli Kadir, Encik
Muhamad Razif b. Kasim dan Encik Bab bin Kassim. |
|
|
|
Komputer
hanya mula diperkenalkan ke Kompleks pada pertengahan tahun 1998.
Manakala penggunaan sepenuhnya bermula pada tahun 1999. Bermulalah era
canggih untuk jenerasi selepas itu. Saya
telah menamatkan perkhidmatan saya dengan persaraan dibawah skim VSS pada 2
Januari,2001 |
|
Emel
saya ialah : [email protected] |
|
Halaman Utama
| Biodata | Anugerah | Agama | Keluarga | Nostalgia | Bahasa Perak | Pautan |