Halaman Utama | Biodata | Keluarga | Anugerah
| Agama | Pengalaman
| Bahasa Perak | Pautan
K E N A N G A N S I L A M
(Khas
untuk tatapan anak-anak dan jenerasi yang terkemudian untuk dibuat
perbandingan)
|
|
Zaman Persekolahan |
|
|
Saya telah dimasukkan ke
darjah satu Sekolah Umum, Bukit Gantang, Taiping, Perak pada bulan Januari,
1959. Masa itu syarat masuk sekolah tidak berapa ketat sangat seperti
sekarang. Murid yang lebih tua pun boleh masuk sekolah bersama kita. Murid
yang pernah lari sekolah dahulunya pun boleh ulang semula sedarjah dengan
kita. Tak ada Sijil Kelahiranpun boleh masuk sekolah. Hari persekolahan ialah
dari Ahad hingga Khamis, manakala waktu persekolahan adalah dari jam 7.30
pagi hingga 1.30 tengahari. Waktu rehat ialah pada jam 10.00 hingga 10.30
pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian seragam sekolah pada masa itu ialah bagi lelaki, kemeja
putih lengan pendek, seluar pendek biru tua dan berkasut getah putih,
manakala bagi perempuan pula baju kurung putih, kain biru tua dan berkasut
putih. Beg sekolah pada masa itu kebanyakannya adalah yang diperbuat daripada
anyaman rotan ataupun mengkuang. Itupun dikira sudah cukup baik jika hendak
dibandingkan dengan yang tidak berbeg, berselipar dan yang berkaki ayam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mata pelajaran pada masa itu ialah bahasa melayu, ugama, kira
kira, ilmu alam, tawarikh, ilmu kesihatan, ilmu ejadian, english, lukisan
serta pekerjaan tangan dan latihan tubuh. Pendekatan yang dibuat oleh guru
guru pada masa itu ialah dengan cara bercerita, menghafal kali kali (sifir)
dua hingga dua belas secara beramai ramai dan berirama dan embuat soalan
soalan congak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada masa itu kemudahan kantin sekolah tidak disediakan seperti
sekarang. Yang ada cuma meja kekal tanpa atap yang dibuat untuk tempat makan.
Segala makanan jualan seperti nasi lemak bungkus, bihun, sotong kuah, pecal,
takua sumbat, sepera gandum, tepung bungkus, jagung rebus dan sagun dijaja
oleh kebanyakannya murid murid sendiri yang membawanya dari rumah semasa
mereka pergi ke sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendek kata terhegeh hegehlah murid murid yang terpaksa
menjinjing jualan kesekolah dengan dua raga dikiri kanan. Satu beg sekolah
dan satu lagi raga kueh, yarengge (berjalan kaki) sampai ke sekolah. Sayapun
pernah mengalami tugas yang semacam itu semasa didarjah tiga. Nyah (Kakak
yang tengah) suruh jual bihun dengan sepera gandum. Bila sampai kesekolah
terus sangkut raga jualan pada palang penyangkut yang disediakan dibelakang sekolah.
Siapa yang lewat sampai, tempat sangkut kueh telah penuh, maka kena letak
raga kueh atas meja makan sahajalah. Kalau Nasib tak baik kena selongkar
kucing. |
|
|
|
|
|
|
|
Belanja kesekolah pada waktu itu mak bagi sekupang (sepuluh
sen) sahaja . Bagi yang berada tu lebihlah sikit. Tetapi kenyang kebuntat
juga dibuatnya sebab nasi lemak sebungkus lima duit (lima sen). Tambahan pula
kalau nasi lemak Wansu Yah tu, berlambak. Begitulah juga makanan yang lain.
Bagi yang tidak berada, mereka membawa bekal dari rumah. Nasi dengan lauk
ikan belanak masin. Itupun sedap ooo!. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila loceng pukul sepuluh dibunyikan, apalagi ketua darjahpun
berkata, "bangun!....". Semua murid murid angun!.. “Terima kasih
chegu!...." Murid murid lain pun mengikut... "Terima kasih
chegu!..." berseraung bunyinya. Bila keluar sahaja dari bilik darjah,
terus berebut rebut beli makanan dibelakang sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Air minuman tidak dijual. Yang ada cuma paip air sahaja. Untuk
minum, kenalah bawa bekal dari rumah. Kopi o ke atau teh o ke, diisi kedalam botol
nipis bekas "woodward gripe water" atau botol bulat bekas
"ubat cap tiga senapang". Kalau tidak kena gogok (langgah) air paip
sahajalah selepas makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa darjah empat dipindahkan ke bangunan sekolah yang terletak
di Sungai Serai, Bukit Gantang, Perak. Guru guru yang pernah mengajar saya
semasa di sekolah rendah ialah cikgu Hamzah, ustaz Abdul Karim, cikgu Abdul
Ghani (guru besar), cikgu Dahman, cikgu Tahir, cikgu Sanuddin, cikgu Ahmad,
ustaz Haji Hashim, ustazah Jamaiah, cikgu Aziz, ustaz Adnan, cikgu
Khairiah, cikgu Desa (guru besar) dan cikgu Hashim Ghazali yang pernah
jadi Ahli Parlemen Matang dulu, ingat tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah mengambil bahagian dalam tilawah alquran peringkat sekolah
rendah semenjak dari darjah tiga hingga darjah enam. Pada masa itu tak
dikatakan tilawah, tetapi dikenali dengan pertandingan membaca quran. Kali
pertama saya hanya berjaya hingga peringkat mukim sahaja. Emak dan bapa saya
terus memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk mempastikan saya berjaya pada
masa akan datang. Alhamdulillah, berkat dorongan dan do'a mereka saya telah
berjaya pada tahun tahun berikutnya hingga mendapat Johan peringkat negeri
selama tiga tahun berturut turut. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada 29 Oktober, 1964 semasa didarjah enam telah menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Agama Kerajaan Negeri Perak yang telah diadakan di Taiping,
Perak. dengan mendapat pangkat ketiga. Yang anehnya tu ialah, bacaan quran
96% manakala tajwid 32% sahaja. Semasa belajar dalam darjah lima dan enam,
disebelah petangnya belajar pula di Sekolah Agama Rakyat Alfalah, Kampung
Berchat, Bukit Gantang. Masuk pukul 2.00 keluar pukul 6.00 petang. Ustaz yang
pernah mengajar saya disekolah tersebut ialah ustaz Teridi, ustaz Bakar,
ustaz Yusuf dan ustaz Ibrahim. Diantara mata pelajaran yang diajar ialah
Tauhid, Fikah, Tajwid, Tarikh, Sorof, Khat dan Imlak. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas tamat darjah enam, masuk pula Sekolah Menengah Rendah,
Changkat Jering, Taiping, Perak yang pada masa itu dikenali dengan Sekolah
Anika Jurusan. Sekolah tersebut pada awalnya menumpang di bangunan Sekolah
Kebangsaan Changkat Jering. Sesi persekolah diadakan disebelah petang. Masuk
pukul 1.00 keluar pukul 6.00 petang. Pelajar pelajar kononnya boleh pilih
jurusan apa yang dia nak masuk. Emak bapakpun bukan main lagi seronoknya
kerana anak dapat masuk sekolah serba serbi dan boleh angan angan nak jadi
apa. Masuk tingkatan dua, sekolah tersebut tidak mampu lagi menampung pelajar
pelajar baru. Maka kami dipindahkan pula untuk menumpang di Sekolah Menengah
Kebangsaan Cina Sin Hwa, Simpang, Taiping. |
|
|
|
|
|
|
|
Guru guru yang pernah mengajar saya pada masa itu ialah Cikgu
Radzi (Guru besar), cikgu Salleh, Miss Phuah Soo Ean, Mr Krishnan, Mr. Peh,
Mr Teh, Miss Devi, Mr Khor Peh Sim. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas cuti penggal pertama tingkatan dua, saya terpaksa
berpindah pula ke Sekolah Menengah Rendah Sungai Siput, kerana mengikut
keluarga berpindah ke Jalong, Sungai Siput berniaga kedai runcit. Pada masa
itu berulang aliklah dari Jalong ke Sungai Siput yang jaraknya lebih kurang
16 kilometer dengan berbasikal buruk melalui jalan yang berbukit bukit.
Cukuplah seksanya pada masa itu untuk menuntut ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas
sepuluh bulan belajar disitu, berpindah pula ke Sekolah Menengah Rendah,
Jalan Baru, Talang, Kuala Kangsar, Perak. Perpindahan tersebut adalah kerana
mengikut emak bapak yang berpindah ke Talang kerana mencari tapak perniagaan
yang lebih baik. Pendaftaran disekolah tersebut dibuat seminggu sebelum cuti
akhir tahun penggal persekolahan bermula. Dengan kata lain selepas belajar
seminggu sahaja sekolahpun bercuti |
|
|
|
|
|
|
|
Belum sempat penggal persekolahan bermula bapa saya membuat
keputusan untuk berpindah ke Taiping kerana hangat hati disebabkan pada waktu
itu pencuri banyak di Talang. Habis satu reban ayam yang kami bela termasuk
telor telor ayam yang sedang di eram dicuri. Saya kembali semula belajar di
Sekolah Menengah Rendah, Changkat Jering. Kali ini di bangunan sekolah
menengah sendiri yang baru siap dibina dan nama nya pun telah ditukar kepada
Sekolah Menengah Tengku Menteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada
bulan Oktober, 1968 di Sekolah Menengah Rendah, Changkat Jering dengan
mendapat keputusan Sijil Pangkat A. Setelah tamat tingkatan tiga, menyambung
pelajaran ke Sekolah Menengah King Edward VII atau ringkasnya K.E., Taiping
dan ditempatkan dalam tingkatan 4A3. Pada awalnya terpaksa berdayung basikal
dari Bukit Gantang ke Taiping sampai berkilat badan dibuatnya. Bayangkanlah
40 kilometer pergi balik. Semasa disekolah ini keadaan lagi mencabar kerana
kawan kawan sedarjah, majoritinya adalah cina, kedua India (Punjabi dan
Tamil) dan beberapa kerat sahaja penuntut Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Memandangkan emak bapa saya sudah mulai sedar akan kepentingan
pelajaran dan amat perihatin terhadap persekolahan dan masa hadapan dua orang
anak lelakinya iaitu saya dan adik saya, maka atas dasar itulah suatu
pengorbanan dan tindakan drastik telah dibuat, iaitu berpindah ke Kampung
Jambu, Taiping untuk meneroka penghidupan baru disana dengan harapan agar
anak anaknya akan berjaya pada suatu hari nanti. Dari saat itu barulah saya
berulang alik ke sekolah K.E. dekat sikit dan boleh mengambil bahagian dalam
aktiviti sekolah pada sebelah petangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya telah menduduki peperiksaan Malaysia Certificate Of
Education (MCE) pada November/Disember 1970 bertempat di Dewan Perhimpunan
Sekolah K.E. Saya telah mendapat tempat ketiga dalam peperiksaan tersebut.
Ini tidak memungkinkan saya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi kerana kedudukan ekonomi keluarga saya pada masa itu tidak
mengizinkan. Lantaran itu terpaksalah saya berusaha mencari pekerjaan.
Pada 1 September, 1971 bermulanya era alam pekerjaan saya. Pada tarikh
tersebut saya melapurkan diri untuk bertugas sebagai Pegawai Kerani di Alor Star,
Kedah. |
|
|
|
|
(Cerita ini belum habis. Bersambung........)
Halaman Utama | Diri Saya | Keluarga | Agama | Pengalaman |
Nostalgia | Bahasa Perak | Foto | Pautan
Jika sesiapa yang ingin menghubungi saya tulislah ke
alamat berikut:-
[email protected]
Halaman Utama | Biodata | Keluarga | Anugerah
| Agama | Pengalaman
| Bahasa Perak | Pautan