Halaman Utama | Biodata | Anugerah | Keluarga | Pengalaman | Nasihat Luqman | Nostalgia
| Bahasa Perak
| Wahyu Ilahi | Pautan
|
ASAS
KERUKUNAN ISLAM |
|
|
Rukun
Islam |
Rukun
Iman |
|
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah “Aku naik saksi bahawa
tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya”. Dengan syahadah kita mengabdikan diri dengan hati dan
sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang maha Esa itu hanyalah
Allah s.w.t. sahaja dan Nabi Muhammad itu adalah rasulnya. |
1.
Beriman Kepada Allah Dengan Iman kita
membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati
hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid
yang semurninya dan secara negative menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t. |
|
2.
Sembahyang 5 Waktu Sehari Semalam Dengan menunaikan sembahyang kita telah mengabdikan seluruh jiwa ddan raga kita menyembah kepadanya. Dimulai dengan lidahyang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran
yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. |
2.
Beriman Kepada Malaikat Dengan iman kita
mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara negative kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan oleh Allah. |
|
3.
Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dengan berpuasa kita
telah mengekang hawa nafsu dan
segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah. |
3.
Beriman Kepada Kitab Dengan beriman kepada
kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusannya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab
suci ini diakhiri dengan kitab suci al Quran. |
|
4.
Mengeluarkan Zakat Dengan mengeluarkan zakat kita telah
mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik
kita kepada mereka yang berhak menerimanya. |
4.
Beriman Kepada Nabi dan Rasul Dengan beriman kepada
Nabi dan Rasul, kita mempercayai
adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang diakhiri dengn Nabi Muhammad s.a.w. |
|
5.
Mengerjakan Haji Di Baitullah Dengan mengerjakan haji kita telah
membuktikan kepada Allah bahawa kita telah
melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang sejati. Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima
dengan rela dan sabar hanya
semata-mata untuk Allah. |
5.
Beriman Kepada Hari Kiamat Dengan iman kita
mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih
ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat
penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga
atau neraka. |
|
|
6.
Beriman Kepada Qadha Dan Qadar Dengan beriman kepada
Qadha dan Qadar, kita mempercayai
bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak
di dalam kekuasaanNya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Halaman Utama | Biodata | Anugerah | Keluarga | Pengalaman | Nasihat Luqman | Nostalgia
| Bahasa Perak
| Wahyu Ilahi | Pautan