Kejadian yang pada saya paling
bestlah sepanjang saya dok kat sekolah tu ialah pada masa
saya form 4, iaitu tahun 1998. Masa tulah paling banyak kejadian
diusik hantu nih. Ada sorang budak pompuan tu, pengsan dalam
tandas pompuan sekolah masa time prep malam. Dia masuk-masuk
dalam tandas, nampak macam ada suatu benda dok menyelongkar
tempat buang tuala wanita. Benda tu kalih belakang saja, pengsan
teruih minah tu. Tengok mulut lembaga tu penuh dengan darah.
Lembaga tu terus ghaib, tinggai budak pompuan tu pengsan dalam
tandas tu. Pastuh, makcik kantin plak, nampak macam ada lembaga
putih terbang, dari sekolah balik ke aspuri. Makcik tu nampak
sejurus lepas budak
pompuan tu kena kacau.
Pastuh, budak-budak laki matriks
USM plak kena kacau. Time tu depa rajin dok basuh baju malam-malam.
Masa dalam perjalanan balik lepas habih basuh baju tu, depa
nampak macam ada suatu cahaya putih berbentuk bulat. Cahaya
tu punyalah terang. Cahaya tu dok berlegar-legar sekeliling
hujung koridor budak-budak matriks. Tapi dah depa ramai, takla
rasa takut sangat. Budak-budak pompuan jangan cerita la, lagi
rajin kena sakat. Benda ni macam dah menetap terus kat bilik-bilik
budak pompuan ni. Macam2 benda pelik yg depa jumpak. Lembag
putih la, lembaga takdak hidung la. Pendek kata, pihak sekolah
pun tau cerita-cerita ni sebab ramai orang termasuk cikgu-cikgu
dengan warden dok bersembang pasal benda ni.
Maka, pihak sekolah dengan
bangganya telah membawak lebih kurang sedozen bomoh dari Kelantan
untuk nak mengatasi masalah ni. Mana boleh tahan, student
yang nak stay up pun takut. Takut kena sakat. Abihla reputasi
sekolah sebagai sekolah yang top kat Perlis ni. Bomoh tu bermalam
kat asrama. Depa tidoq dalam bilik sakit asrama putra. Malam
pertama, rasa-rasa saya takdak apa-apa yang aneh berlaku.
Esok tu depa mulakan operasi. Depa gunakan surau sekolah sebagai
markas operasi. Salah seorang daripada bomoh tu macam menurun.
Sedaq-sedaq, suara dia dah bertukaq dah. Dia mendakwa dia
seorang kiai dari Sumatera. Menurut kiai tu, kawasan sekolah
saya memang berpenunggu. Ada tiga penunggu utama kat sekolah
tu. Lama dah mereka jadi penunggu sekolah ni. Ada 2 dekat
aspuri. Satu lagi dekat kawasan padang sekolah.
Mula-mula tu rasa macam tak
percaya jugak. Tapi bila dia dapat meneka sifat pemandu bas
skolah kami yg dia tak pernah kenai, maka percayalah kami.
Dia panggil drebar bas tuh. Pegang-pegang saja bahu drebar
bas tuh, dia tanya samaada drebar bas tuh suka main ekor dak.
Terperanjat drebar bas tu, sebab dia memang suka main ekor
pun. Petang tu, seekoq kambing jantan warna hitam pun disembelih.
Pastu daging kambing tu pun depa bagi kat makcik dining suruh
masak. Tapi ramai daripada kami yang tak berani nak makan
gulai kambing tu. Sebab was-was penyembelihan kambing tu sebenarnya
untuk siapa. Ada jugak yang makan, sebab depa yakin daging
kambing boleh dimakan. Entahlah, tapi saya sendiri tak berani
nak makan daging tu.
Malam seterusnya baru depa
mulakan operasi. Semua student join sekali. Depa buat kat
dalam surau, tak silap saya lepas sembahyang Isyak. Mula-mula
baca Yasin, ayat Kursi pastu ayat Quran apalagi entah. Time
tu, pengetua, pk hem, warden pun join sekali. Lepas tu, semua
bomoh tu pakat meratib ramai-ramai. Saya pun tak berapa dengar
ratiban depa tu. Pastu, bomoh-bomoh tu mintak semua student
balik ke dorm masing-masing. Kalau ada benda pelik-pelik yang
depa jumpak, jangan tegoq. Depa ajakla beberapa orang student
form 5 join skali. Habih satu sekolah depa pusing. Taboq garam
yang telah depa jampi kat pagaq-pagaq sekolah. Pastu, bomoh
tu ajak pi kawasan padang sekolah, betui-betui tepi aspura,
depan aspuri. Dekat satu tempat tu, bomoh tu korek tanah kat
situ. Depa jumpak macam ada satu tangkal dekat situ. Besi
karat panjang lebih kurang 5 cm. Menurut bomoh tu, itulah
punca pasai apa budak-budak sekolah tu slalu kena kacau. Menurut
bomoh tu, daripada apa yang kiai dari Sumatera tu bagitau
dia, tangkal tu ditanam oleh bekas student sekolah tu. Kira
lama dahla. Dekat 20 tahun dah. Tangkal tu digunakan sebagai
pengasih. Tangkal tu pulak berpenunggu. Bila dah tak dapat
makanan, dia sakat la student semua. Bomoh tu ambik tangkal
tu bawak balik. tak tau la apa yang dia buat dengan tangkal
tu.
Pada saya, tulah real life
experience yang paling best. Sebelum ni saya dok dengaq cerita
orang saja. Tapi la ni kejadian tu berlaku depan mata sendiri.
Kira lepas-lepas operasi ghostbuster tu, makin kurang la kekacauan
yang dilakukan oleh hantu-hantu tuh. Menurut bomoh tu, yang
kecik-kecik hantu ni dia dah halau dah. Tapi yang tiga tu
dia tak boleh nak halau, sebab memang kawasan sekolah tu area
depa. Kalau nak tau mana hantu-hantu tu pindah, ha, pilah
lepak Maktab Perguruan Perlis. Kat situlah tempat tinggal
depa sekarang. So, kalau anda dapat masuk ke situ ke, dapat
masuk ke sekolah saya ke, selamat berkenalanlah dengan makhluk-makhluk
tu. Hehehehehehehehe.