Saya cukup heran dengan sekolah
saya tu. Semua dorm kat asrama sekolah tu takdak kipas kecuali
bilik prefect. Tempat nak gantung kipas tu ada. Kipasnya yang
takdak. Masa saya form 2 baru sekolah pasang kipas. Tu pun
kipas kecik macam kipas dinding. Pasai apa sekolah buat macam
tu ha? Rasa-rasanya ia ada kaitan dengan apa yang saya dengaq
ni.
Dulu, memangla ada kipas.
Setiap dorm ada kipas, kipas syiling yang kita dok biasa tengok
hari ni. Ada kipas ni bagus, time panas-panas, baru lepas
main ke boleh lepak bawah kipas. Adala sorang mamat tu, dia
tidoq bawah kipas. Katil dia plak katil double. Dah ajal dia
macam tu, satu pagi tu dia bangun. Sebelum ni dia tak pernah
berdiri, sebab dia tau kata ada kipas atas kepala dia. Tah
macamana hari tu, dia terlupa yang ada kipas tu. Bangun-bangun
saja, tup, bercerai kepala dari badan.
Semua dormmate dia terkejut
sakanla. Sebab nilah first time kejadian macam tu berlaku
kat student. Apalagi, kelam kabutlah semua orang. Selepas
kejadian tu, pihak sekolah ambik keputusan buang semua kipas
dari tempatnya. Biaq pi lah student panas pun, daripada biaq
student mati kena bilah kipas. Kejadian ni berlaku lama dah.
Saya pun tak lahir lagi apa time tu.
Beberapa belas tahun lepas
tu pulak, senior 2 tahun daripada saya dapat dorm student
mati terkena bilah kipas tu. Dia pun tak tau dorm tu pernah
mengalami kejadian menyayat hati tu. Malam tu, dia tidoq awal.
Penat agaknya. Tah macamana, pukul 2-3 pagi tu dia terjaga.
Dia rasa dorm tu lain macam saja. Semua member-member yang
lain dah tidoq. Dia rasa dia bau macam hanyir darah dalam
bilik tu. Ish, menatang apa plak ni. Dia tarik selimut tutup
abih muka dia. Takut le agaknya.
Tiba-tiba dia dengaq bunyi
sesuatu dok mendengus. Aiseh, ni tak boleh jadik ni. Macam
ditarik oleh suatu kuasa, dia bukak selimut, cari menatang
apa yg tengah dok mendengus tu. Dia rasa macam nak pengsan,
bila tengok atas pala dia, dekat tempat nak sangkut kipas
yang kosong tu, ada satu kepala tergantung kat situ. Lidah
dia terjelir. Mata merahnya dok mengusha senior ni. Nasib
baikla dia ingat ayat Kursi. Dia pun kumat-kamit baca ayat
Kursi.
Disebabkan kekuatan yat Kursi
tuh, hantu tu pun ghaib dari mata. Fuh, kus semangat. Maka,
dia pun menyambung kembali lenanya yg terganggu oleh hantu
tuh. Esok pagi baru dia cerita balik kat member-member satu
dorm. Semua pucat abis. Bila disiasat, kejadian tu mungkin
ada kaitan dengan kejadian ngeri yg pernah berlaku kat dalam
dorm tu. Sekarang ni dah takdak dah benda tu. Mungkin, dia
telah berpindah ke Maktab Perguruan Perlis kat belakang sekolah
saya tu. Who knows? The truth is out there.