Biodata

Sivachandralingam Sundara Raja

 

Sivachandralingam Sundara Raja di lahirkan di Kuala Lumpur pada 9.3.1964 dan berasal dari Raub, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Mahmud, Raub (1971-76) dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Mahmud Raub (1977-83). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sementara di sekolah yang sama antara Januari 1984-Julai 1985. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada Julai 1985 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan Kepujian Kelas Pertama pada tahun 1988. Antara tahun 1989-1992, beliau menjadi Tutor di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan pada tahun 1993 memperolehi ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam bidang Sejarah Ekonomi Malaysia. Beliau seterusnya bertugas sebagai Pengajar Sementara di Fakulti Sastera & Sains Sosial antara tahun 1993-1994. Pada tahun 1994, beliau dilantik semula sebagai Tutor di Jabatan Sejarah. Beliau dilantik sebagai Pensyarah dalam Bidang Sejarah Ekonomi di Jabatan Sejarah pada Julai 1995. Kini beliau menjalankan kajian Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Imperial British. Bidang kajian yang menjadi minat beliau ialah Tamadun Eropah dan tamadun-tamadun lain, Sejarah Ekonomi dan Perdagangan dan Sejarah Intelektual Barat.

 

Ayadurai Letchumanan

   

  Ayadurai Letchumanan dilahirkan di Taiping, Perak pada 17.7.1963. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah St.George II (1970-1975) dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St.George (1976-1980). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sementara selama dua tahun di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Allagar dan seterusnya menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dari 1986 hingga 1988. Setelah menamatkan latihan perguruan, beliau berkhidmat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Sir Chulan, Selama, Perak dari 1989 hingga 1992. Pada tahun 1992 beliau menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan sastera dan sains sosial di Universiti Malaya. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah/Pengajian Melayu) dengan Kepujian Kelas Dua Tinggi pada tahun 1996. Kini beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor.

 


HOMEPAGE
BIODATA KARYA PETIKAN PENULISAN VISUAL E-MAIL
April, 1999

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1