Karya Penulis

Tamadun Dunia
Tamadun Eropah
Perdagangan Bebas & Pelabuhan Bebas


Nama Buku : Tamadun Dunia
Penulis : Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan
Penerbit : Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1998)
Sinopsis:  

Tamadun Dunia merupakan buku ilmiah yang pertama dan julung-julung kali dihasilkan bagi memperkenalkan pembaca kepada perkembangan peradaban dunia dari tahun 5000 S.M. hingga 1800 M. Kandungan buku ini meliputi tujuh tamadun iaitu Mesopotamia, Mesir, Arab, India, China, Eropah dan Melayu. Bab-bab dalam buku ini merangkumi tema Manusia dan Masyarakat, Pemerintahan dan Pentadbiran, Ketahanan dan Pertahanan, Ekonomi, Pendidikan, Intelektual, Penjelajahan dan Penerokaan dan Kesenian.

Keistimewaan buku ini ialah ia memperkenalkan pembaca kepada zaman prasejarah, ciri-ciri masyarakat bertamadun, latar belakang perkembangan setiap tamadun dan perkembangan sesuatu tamadun secara perbandingan mengikut tema. Di akhir setiap bab disediakan soalan-soalan latihan dalam pelbagai bentuk seperti soalan perbincangan, analisis dan kajian bagi menguji pemahaman pembaca. Buku ini juga mengandungi timeline untuk memudahkan pembaca mengesan perkembangan peristiwa -peristiwa utama sesuatu tamadun mengikut kronologi dan juga mengetahui peristiwa dalam tamadun lain pada masa yang sama.

Buku ini ditujukan kepada calon-calon STPM, penuntut institusi pengajian tinggi dan orang ramai yang berminat untuk mengkaji Tamadun Dunia.




Nama Buku : Tamadun Eropah
Penulis : Sivachandralingam Sundara Raja
Penerbit : Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1996)
Sinopsis:  

Buku Tamadun Eropah menerangkan secara kronologi sejarah Eropah. Ia bermula dari Tamadun Yunani yang akhirnya tamadun ini berkembang menjadi sebuah kuasa dominan dunia. Ia turut perihalkan perubahan yang berlaku hingga ke Zaman Revolusi Peranchis yang menamatkan sistem feudalisme yang beratus-ratus tahun membayangi Eropah. Sebagai sebuah kuasa dominan, Eropah mengalami beberapa zaman penting seperti Zaman Gelap, Feudalisme, Perang Salib, Renaisans dan Reformasi, diikuti dengan Negara Bangsa, Revolusi Sains dan Revolusi Politik menerusi Revolusi Perancis. Secara keseluruhan, buku Tamadun Eropah memberi kemudahan kepada pembaca untuk menelaah gerak nadi dan jantung sebuah kuasa besar Eropah zaman lampau.




Nama Buku : Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya
Penulis : Sivachandralingam Sundara Raja
Penerbit : Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1997)
Sinopsis:  

Buku Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya menjejak evolusi dasar perdagangan bebas di England pada penghujung abad ke-18 M yang mendesak kepada perlaksanaan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di luar benua Eropah untuk mengintegrasikan ekonomi England ke dalam ekonomi dunia. Pengintergrasian di Kepulauan Melayu telah dapat disempurnakan dengan wujudnya budaya perdagangan dan pelabuhan bebas yang telah diamalkan oleh masyarakat Kepulau Melayu sejak Zaman pramoden lagi. Ini ditambah pula dengan peranan yang dimainkan oleh pedagang negeri, kewujudan pelabuhan bebas Manila dan sikap pembesar-pembesar tempatan yang sentiasa mencabuli dasar perdagangan restruksi Belanda dan lebih senang berdagang dengan England. Bahang perubahan politik yang dialami oleh England juga turut mempercepatkan perluasan ide perdagangan dan pelabuhan bebas di Kepulaun Melayu. Fenomena Eropah ini termasuklah revolusi industri, tekanan oleh pedagang Manchester, dasar Kebenuaan Napolean, peranan ahli-ahli ekonomi, kesan zaman meleset dan tekanan golongan radikal.

Buku ini juga mengenengahkan ide perdagangan bebas di England dan keadaan di Kepulauan Melayu saling melengkapi perkembangan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di Negeri-negeri Selat. Ia juga menjelaskan bagaimana dasar imper ialisme perdagangan bebas England telah memudahkannya menjalinkan hubungan dagang yang menguntungkan dengan dunia luar dan sekali gus mengelakkannya daripada tanggungjawab politik dan dasar gunboat policy di tanah jajahan

Buku ini ditujukan kepada pelajar, penyelidik dan pengajar dalam bidang sejarah, sains politik dan ekonomi di institusi pengajian tinggi, juga di sekolah menengah atas.

 

HOMEPAGE
BIODATA KARYA PETIKAN PENULISAN VISUAL E-MAIL
April, 1999

Hosted by www.Geocities.ws

1