|
KAWASAN PEMBINAAN Pembangunan yang progresif penting bagi menjamin keunggulan prestasi Sekolah Menengah Zainab (1) di mata masyarakat dan negara. Untuk itu, pelbagai fasa dan rancangan pembangunan dan pembinaan bangunan baru dilaksanakan bagi menambahkan jumlah bilik darjah atau stor kegunaan umum. MUSALLA Nun di pinggir kantin, tersergam Musalla berkubah kuning lambang ibadat bagi pelajar melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah swt. Sesungguhnya solat itu menghalang daripada perbuatan mungkar dan keji. KANTIN Kantin merupakan lokasi tumpuan utama para pelajar terutamanya pada waktu rehat. Unjuran kaunter pembelian yang banyak memudahkan pelajar mendapatkan makanan dengan cepat. Di samping pengurusan kantin yang efisien, para pelajar disediakan kelengkapan sanitasi yang sempurna dengan penyediaan tong-tong sampah yang banyak bagi menampung sebarang sisa makanan yang tidak dikehendaki. Menu utama yang disediakan ialah Mee Sup, makanan segera (burger, hamlet dll), Nasi Ayam Pedas, Nasi Lemak, Pau dan sebagainya. MAKMAL SAINS Makmal sains merupakan lokasi paling penting sejajar merealisasikan hasrat pihak sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran ilmu sains dan teknologi dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan. Makmal sains SMKZ 1 yang tersergam indah bertempat di hadapan blok tingkatan lima dilengkapi pelbagai peralatan canggih dan terkini bagi menyediakan medium yang lengkap untuk pelajar menjalankan ujikaji dengan berkesan. Pengurusannya pula dikendalikan dengan bantuan pembantu makmal yang setia mencurahkan khidmat baktinya. TAMAN ORGANIK Taman ini adalah hasil kerja Persatuan Pencinta Alam sekolah dan sekarang dijadikan projek haiwan sekolah seperti arnab dan burung (haiwan dialihkan ke hadapan makmal kimia). Hasil kerja mereka tidak akan berjaya tanpa bantuan daripada ahli Persatuan Matematik dan Sains. Keterangan lanjut didapati di Menu Utama (Pertanian Organik). KOPERASI Kedudukan kedai sekolah yang strategik di antara kantin dan dewan menyediakan perkhidmatan menjual dan menjilid buku bagi kesenangan pelajar. Koperasi juga menawarkan barangan yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti makanan ringan, kertas, alat tulis, buku rujukan dan hasil kraftangan dengan harga yang murah dan berpatutan. BILIK PENGAWAS, B. SENI, B. MEMASAK, B. GURU LELAKI Bersebelahan dengan koperasi ialah bilik pengawas. Di sinilah bermulanya agenda dan etika perlaksanaan dan penguatkuasakan disiplin seseorang pengawas diputuskan. Antara ruang yang menempati blok yang sama ialah bilik guru lelaki, bilik memasak dan bilik seni yang berada sebelah menyebelah antara satu sama lain. Setiap bilik mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam menyediakan medium pembelajaran dan pengurusan yang efektif. BENGKEL Bagi menyeimbangkan pembangunan akademik yang berteraskan kemahiran manipulatif, bengkel Kemahiran Hidup yang terletak di antara blok tingkatan 4 dan blok tingkatan 5 memberikan kemudahan pelajar menjalankan kerja-kerja menyelenggara dengan bantuan alat atau mesin yang moden. SHED Keunikan Shed-shed yang berudara terus dari luar memebolehkan ia digunakan untuk pelbagai kegunaan. Dikelilingi oleh pokok Ashuka, walaupun tidak berdinding, ia dilengkapi dengan lampu dan kipas untuk pelajar, guru dan orang asing. Digunakan untuk menempatkan kelas bagi kemasukan pelajar baru seperti Ting. 6 Rendah dan Ting. 1, pameran dan tempat pelajar bagi perhimpunan.Terdapat tiga Shed didirikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1 iaitu Shed Mutiara di depan blok Ting. 4, Shed Sakura dan Shed Puteri di depan blok bilik guru. DEWAN SEKOLAH Merupakan pusat upacara rasmi dilansungkan samada pertandingan, ceramah, perhimpunan dan sebagainya. Bangunan ini dilengkapi kipas yang diletakkan di kiri dan kanan dewan bagi menjamin keselesaan penonton atau pelajar semasa berada di dalamnya. Manakala di belakangnya pula ialah bilik kaunseling, markaz utama para Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) membincangkan masalah yang perlu diselesaikan dengan bimbingan Mama Kaunselor. BILIK MENJAHIT, BILIK TEKNIKAL Bangunan 2 tingkat ini menempatkan bilik menjahit dan juga beberapa bilik teknikal di tingkat atas seperti bilik lukisan kejuruteraan dan bilik teknologi kejuruteraan, serta bilik sakit untk para pelajar yang sakit pada waktu sekolah.
BILIK GURU & PEJABAT Bangunan 2 tingkat ini menempatkan pejabar yang memisahkan bilik Pengetua dan bilik PKHEM dengan bilik guru perempuan mengikut jabatan masing-masing seperti Jabatan Sains Sosial dan lain lain. Di tingkat atasnya pula terdapat bilik APD, perpustakaan dan bilik Wawasan (bilik mesyuarat). |
|||||
Hak cipta terpelihara �
|