MENU UTAMA
Laman Utama

Kata Alu-Aluan

Sejarah Sekolah

Barisan Pendidik

Pengetua-Pengetua

Ketua Murid

Kawasan Sekolah

Galeri 

Hari Guru

Lagu Sekolah

AKADEMIK
PMR

SPM

STPM

KOKURIKULUM
Badan Khas & Badan Beruniform

Persatuan

Kelab

Rumah Sukan

AKTIVITI SEKOLAH
Pertanian Organik
 
 

Urusetia Laman
 
 
 
 

 

 

KATA ALU-ALUAN

Manusia hari ini tidak dapat dipisahkan dari teknologi maklumat yang sudah menjadi ciri penting kehidupan. Justeru, manusia yang cuba memisahkan hidupnya dari teknologi ini, seolah-olah cuba meminggirkan diri daripada masyarakatnya.

Sekolah merupakan institusi pendidikan formal dalam sesebuah masyarakat. Maka, peranan sekolah dalam mendidik masyarakat tidak dapat dipertikaikan. Guru, insan mulia yang diberi tanggungjawab menyampaikan ilmu dan mendidik para pelajar di sekolah terpaksa berdepan dengan rona-rona profesionnya. Dalam mengharungi dunia tanpa sempadan, tugas guru menyampaikan ilmu sudah tidak lagi dipandang sebagai agenda utama. Teknologi maklumat telah berperanan mengambil alih tugas murni ini.   Namun, senario ini melahirkan 'lompang' dalam dunia pendidikan. Para pelajar sudah mula kurang menghormati para guru kerana mereka mampu mendapatkan lebih maklumat melalui teknologi canggih ini. 'Konflik' ini  tidak harus dipandang sebagai sesuatu yang memudaratkan, sebaiknya dipandang sebagai mekanisme yang mampu mematangkan profesion keguruan kerana lompang yang wujud perlu ditutup. Maka, gurulah orang yang paling layak menyelesaikan konflik ini. 

Pelancaran Laman Rasmi SMK Zainab 1 jelas menggambarkan dunia pendidikan sudah diwarnai oleh teknologi maklumat yang sememangnya menjanjikan kebaikan jika kita bijak menggunakannya. Laman web ini diharap menjadi lembaran baru bagi masyarakat mendekati institusi sekolah, khususnya Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) yang sentiasa   menabur jasa sejak 'kelahirannya' di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini. Sesuatu yang menjadi berfaedah jika kita pandai menggunakannya, sebaliknya menjadi sia-sia jika kita menyalahgunakannya. Tradisi SMK Zainab (1) yang  berpaksikan kecemerlangan mampu lebih mengharum seandainya warga  yang mendiami institusi pendidikan ini mengerah    seluruh keupayaan dan tidak melepaskan beban yang dipikul kepada orang lain. Pepatah Melayu "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" amat sesuai digunakan dalam konteks ini. Siapapun kita, yang penting kita laksanakan apa yang telah diamanahkan.

Mereka yang mengenali dirinya ialah manusia yang mengenali masyarakat di sekitarnya. Masyarakat yang maju ialah masyarakat yang bijak    menggunakan apa yang ada di sekelilingnya dan tidak mudah menyerah nasib kepada  takdir semata-mata. Gunalah teknologi maklumat untuk kesejahteraan umat dan mendekatkan diri kepada "Al-Khaliq". Sama-samalah kita jaga apa yang kita miliki, agar tidak terlucut dari genggaman.

 

Hak cipta terpelihara ®

 

Hosted by www.Geocities.ws

1