U R U S E T I A

Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) dicipta oleh tiga puteri tingkatan 5 sekolah. Mereka adalah dari aliran sains tulen dan sains teknologi. Masing-masing berbakat dalam mencipta laman web dan menggunakan Microsoft Front Page Editor, Adobe Photoshop 5.5 dan Macromedia Fireworks 4.0 untuk membina laman web sekolah tercinta mereka. Walaupun terpaksa menghabiskan masa beberapa minggu untuk menyiapkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Walaupun terpaksa membahagi masa kerana mereka juga adalah calon SPM 2001, dan terikat dengan aktiviti sekolah seperti sukan, perjumpaan persatuan, kelab dan badan beruniform dan kelas tambahan, masing-masing memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan Laman Web Rasmi Sek. Men. Keb. Zainab 1. Mereka yang dimaksudkan ialah Deliani Mansor (5 Gigih), Marhaini Mat (5 Tekun) dari aliran sains tulen serta Nur Nadia Mohd. Robi (5 Cekal) dari aliran sains teknologi.

 

Marhaini Mat a.k.a HaNie_15 mula berkecimpung duni internet sejak tingkatan 1 iaitu tahun 1997. Sama-sama giat bersama rakannya dalam bermain IRC dan surfing.

Marhaini aktif di sekolah dan di luar sekolah. Di sekolah, banyak jawatan yang dipegangnya seperti pengerusi dalam Kelab Badminton dan Kelab Softball. Selaku conductor Choral Speaking sekolah,usaha Marhaini dan rakan lain patut dihargai. Pelajar sains ini juga memegang jawatan penting dalam rumah sukan Camelia dan Briged Bakti sekolah sebagai setiausaha. Harapannya amat besar apabila diterima oleh gurunya untuk menjayakan laman rasmi ini.

pRincEss hAniE

Deliani Mansor a.k.a DylhEa` mula berkecimpung dunia internet sejak tahun 1997. Giat dalam bermain Internet Relay Chat (IRC) dan surfing.
Pelajar sains tulen ini juga aktif di sekolah. Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki Briged Bakti dan perkhemahan perdana Briged Bakti. Deliani juga mewakili negeri Kelantan dalam Choral Speaking peringkat Kebangsaan bersama-sama 40 orang rakan seperjuangannya. Seorang Naib Pengerusi Persatuan Seni Lukis dan PRS yang pernah menyertai beberapa pertandingan melukis peringkat sekolah dan peringkat daerah Kota Bharu.Selain itu, Deliani memegang jawatan setiausaha dalam AJK Musalla dan sebagai AJK peralatan dalam rumah sukan Camelia. Dalam pembikinan laman rasmi ini, Deliani juga dikatakan suka membuat grafik.

 

silaklik.gif (2181 bytes)

 

 

Nur Nadia Mohd. Robi a.k.a nadia^sabreena mula berkecimpung dalam dunia cyber dari tahun 1997. Giat dalam bermain Internet Relay Chat (IRC) dan surfing.

Pelajar aliran Sains Teknologi ini pernah mewakili sekolah dalam pertandingan hoki sejak di tingkatan 2 dan pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah dan sekolah premier.Nadia pernah juga mewakili sekolah dalam pertandingan rekacipta peringkat daerah Kota Bharu. Memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi pasukan beruniform Briged Bakti dan Kelab Hoki serta Presiden rumah sukan Evergreen.

My pAGe

 

 

LAMAN UTAMA

 

Hosted by www.Geocities.ws

1