| English Version |
|
Pada
tahun 1940, Tunku dilantik menyandang jawatan Timbalan Darjarah Pertahanan
Awan Kedah dihadiahkan oleh Jepun kpd Negara Thai, Tunku menjadi Penyelia
Pendidikan sehingga British kembali menduduki Tanah Melayu selepas Jepun
menyerah kalah. |
|
Tunku
Abdul Rahman masih berazam untuk menghabiskan pelajarannya.Oleh itu, dia
memasuki the Innsof Court di England pada tahun 1947 dan lulus kelayakan
perundangannya pd 1949 sebelum balik ke Kedah. |
|
Tidak
lama kepulangannya, dia diamanahkan menyandang tempat pengerusi UMNO pada
26/8/1951 , setelah Dato Onn Jaafar meninggalkan tempat itu. |
|
Berikutannya,
Tunku Abdul Rahman menjelajah ke seluruh Tanah Melayu, Berdakyah kepada
saudara ibu pertiwinya supaya bersatu padu menuntut kemerdekaan. Ketulusan
hati dan semangatnya yang terkobar-kobar terhadap negara menyebabkan baginda
dialu-alukan oleh rakyat jelata drpd pelbagai taraf social dan kaum. |
|
Pada
thn 1952, UMNO berganding bahu dengan MCA (Persatuan Cina Malaya) untuk
bertanding dalam pilihanraya tempatan K.L.,Johor, Ipoh, dan Seremban.
Gabungan ini dikenali sebagai Parti Perikatan. Parti gabungan ini seterusnya
menerima penyertaan MIC (Kongres India Malaya) pada tahun 1955. Maka, rakyat
Tanah Melayu mula bersatu demi mencapai matlamat yang dimiliki
bersama-Kemerdekaan. |
|
Kesatuan
rakyat Tanah Melayu, dan dikenali Malaya selepasnya, terbeti apabila Parti
Perikatan merangkul 51 daripada kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan pada
pilihan raya umum 1955. Kemenangan ini penting supaya membentuk satu peluang
rakyat Malaya mengambil bahagian dalam politik negeri sendiri sebelum
kemerdekaan Tunku Abd Rahman dilantik sbg Ketua Menteri merangkap Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri. |
|
Dalam
usaha sebagai Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman berusaha menyelesaikan
masalah ancaman Komunis melalui Rundingan Baling di Kedah yang berlangsung
pada 28-29 Dis 1955. Pengampunan secara besar2an ditawarkan
kepada anggota Komunis yang insaf dan ingin menyerahkan diri. Namun, pihak
Komunis yang diwakili oleh Chin Peng, Chin Tien, dan Rashid Maidin menolak
usul kerajaan (diwakili oleh Tunku, Tan heng Lock,dan David Marshall) yang
menghendaki pihak Komunis menyerahkan senjata tanpa syarat. Tunku Abdul
Rahman berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memerangi pihak Komunis.
Akibatnya, kebanyakan “kawasan hitam” yang diancam Komunis semasa
darurat telah bertukar menjadi “kawasan putih” (kws selamat) dalam
tempoh 5 tahun. |
|
Pada tahun 1956,
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan utusan yang terdiri daripada 4 wakil
raja dan wakil Parti Perikatan, menuju ke London dengan hati yang kental
demi berunding berkenaan dengan isu2 kemerdekaan.Pada amnya ,pihak
British dijanjikan segala kepentingannya di Malaya akan dikekalkan, lalu
termeterai perundingan kemerdekaan itu. Kemerdekaan Malaya merupakan 1
penuntutan yang putih,bersih dan tidak dinodai kejadian tumpah darah seperti
yang berlaku di negara lain yang menuntut kemerdekaannya melalui kekerasan.
Tarikh Merdeka termaktub: 31 August 1957. Dalam hal ini Tunku, Tun Abdul
Razak dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri ke-2 M’sia. Datu Sulaiman
Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun H.S.Lee dan Tun Sambathan telah
menyumbangkan jasa yang tidak ternilai harganya. |
|
Hari
yang bersejarah pada malam itu, sebaik sahaja jam menunjukkan jarumnya tepat 12
tengah malam, bendera Union Jack digantikan dengan bendera Malaya baru di Padang
Kelab Selangor (Dataran Merdeka sekarang). Jadi, ini juga menandakan penukaran
kuasa dengan sempurna ke atas negeri ini dan Malaya sekarang sebuah negara yang
bebas dan berdaulat. |
|
Pagi
keesokannya Padang Kelab Selangor dikerumuni oleh rakyatyang dalam semangat yang
tertinggi. Perasaan mereka memuncak apabila Tunku mengisytiharkan Kemerdekaan
Malaya dengan memeriakkan “Merdeka” yang berulang2 dan bergema di
telinga masing2. Di samping itu, hati beribu-ribu rakyat lain juga mengikuti detik2
yang bermakna itu menerusi pelbagai media massa. |
|
Pada
1960, Tunku melahirkan konsep M’sia yang meliputi Singapura, Brunei,Sabah,
dan Sarawak. Suruhanjaya Cobbold yang diketuai oleh Lord Cobbold sendiri,
ditugaskan untuk meninjau dan memungut pendapat rakyat berkenaan isu
kepulauan Borneo. Negara Filipina dan Indonesia membantah pembentukan
M’sia, Indonesia telah melancarkan konfrontasi terhadap kita.
Akhirnya,M’sia hanya merangkumi Singapura, Sabah dan Sarawak, Singapura
menarik diri tidak lama kemudian pada 9/8/1965. Pembebasan Singapura
daripada gagasan M’sia merupakan keputusan yang perit bagi Tunku. |
Antara
ahli2 suruhanjaya Cobbold :
Ø
Lord Cobbold
Ø
Sir Anthony Bell
Ø
Mohd. Ghazalie Shafie
Ø
Datuk Wong Pow Nee
Ø
Sir David Waterson
|
Sedangkan
Malaysia mengorak langkah menuju kemajuan dan keamanan, tragedy May 13 1969
meninggalkan kesan hitam dalam sejarah M’sia Peristiwa ini menunjukkan
masih terdapat jurang ekonomi dan isu perkauman dalam masyarakat M’sia .
Darurat diisytiharkan memandangkan keadaan huru-hara yang membawa kepada
pengorbanan nyawa dan kemusnahan harta benda. Parliman turut dibubarkan dan
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengambil alih tugas sebagai kerajaan
sementara. Pengarah Mageran ialah Timbalan P.M. Tun Abdul Razak. |
|
Pada
22/9/1970, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan PM nya kerana berasa
bersalah atas tragedy 513 . Tun Abdul Razak mengambil alih tugasnya dan
seterusnya membawa M’sia memasuki era pembangunan baru dan dikenali
sebagai sebagai BAPA PEMBANGUNAN. |
|
Walau
bagaimanapun,Tunku terus berkhidmat kepada tanah airnya yang tercinta
selepas bersara.Dia menulis di ruangan akhbar, buku, serta mengadakan ucapan
dalam sekali-sekala.Dgn tujuan menitikberatkan kepentingan bersatu padu,
menekankan toleransi antara kaum serta nilai kebenaran jati diri, keadilan,
kebebasan dan sikap bersimpati antara manusia. |
|
Sepanjang
hidupnya, Tunku banyak menerima anugerah penghargaan peranan dan jasa
pengorbanannya daripada kerajaan Pusat , kerajaan negeri, universiti, para
persatuan dan pelbagai anugerah asing. |
|
Putera raja
yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan
keharmonian negara. Beliau adalah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj. Allahyarham
merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan
dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah.
Penglibatan Allahyarham dalam parti UMNO membawa kepada
perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari
1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh
negara bersedih kerana Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia
meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan
keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau. Asal
Usul Ibunya
Menjalara adalah anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam.
Pendidikan formal Allahyarham bermula bila berusia 6 tahun di sekolah Melayu
dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej
Sultan Abdul Halim. Pendidikan beliau diteruskan di Sekolah Penang
Free pada tahun 1915. Pada tahun
1919, Allahyarham telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England
dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera dari Universiti Cambridge pada tahun
1925. Selepas itu, Allahyarham meneruskan pula pengajiannya dalam
bidang perundangan di Inner Temple, England. Di sinilah beliau mula
berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great
Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Apabila Allahyarham
gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai
Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah. Semasa
pemerintahan Jepun, Allahyarham telah diberi jawatan sebagai Penyelia
Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku
pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah
Allahyarham kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau
di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah peguam dan
harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada masa itu beliau
berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed
Alwi Barakbah. Walau bagaimanapun Allahyarham pernah berkahwin dengan
seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal
dunia akibat demam malaria. Tunku Abdul Rahman pernah juga berkahwin
dengan Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak
berkekalan. Peranan
Dan Sumbangan Zaman
pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa
Allahyarham. Pada tahun 1949, Tunku Abdul Rahman menjadi pengerusi
UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato'Onn
bin Jaafar
meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah
mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951. Tunku Abdul
Rahman membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan
bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyarham menegaskan kemerdekaan
akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India.
Kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan
beliau dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31
Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri.
Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari
ancaman komunis dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya
penggansa menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling
pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan
buntu. Keistimewaan Pada 13 Januari
1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan perundingan Merdeka
yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti
Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani
Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyarham Tunku Abdul Rahman
melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka!
di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Sebagai Perdana
Menteri Malaya yang pertama, Allahyarham telah bertindak lancar dengan
mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa
projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara,
Bangunan Parlimen, Muzium Negaractx_MuziumNegara dan Tugu Kebangsaan.
Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada semua
negara kecuali Isreal. Allahyarham telah mengasaskan Kementerian
Kebudayaan,Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan
Malaysia. Allahyarham
Tunku Abdul Rahman berjaya menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan
Semenanjung Tanah Melayu dan melahirkan konsep Malaysia pada 16 September
1963 tetapi beliau terpaksa membiarkan
Singapura menarik diri dari Malaysia pada 9 September 1965. Bagi Tunku Abdul
Rahman ini perlu dilakukan demi keamanan negara ketika itu. Pada tahun
1969, pergolakan politik telah membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei".
Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak
Allahyarham untuk meletak jawatan. Walau bagaimanapun
Allahyarham Tunku Abdul Rahman enggan berbuat demikian sehinggalah masalah
itu dapat diselesaikan. Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu
era apabila Allahyarham Tunku Abdul Rahman bersara dari jawatan Perdana
Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi
Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Walaupun telah
bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.
Allahyarham banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat
antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan
dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran.
Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyarham Tunku Abdul Rahman tetap
seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.
|
Comments, questions about this web site? Send email to webmaster
HOME TUNKU'S BIOGRAPHY AWARDS MEMORIAL DATO ONN