| English Version |
Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Alor Setar , Kedah pada 8 Feb 1903 .
Baginda merupakan putera Sultan Hamid Halinshah yang ke-20 . Bondanya Nerang
yang lebih dikenali dengan Che Menjalara ialah anak perempuan seorang ketua
Mataban Luang Nara Borirak yang berketurunan Chao Phraya Maha Kota , Thailand.
Tunku pernah menuntut di
banyak sekolah yang kemudiannya menjadi sebuah sekolah kerajaan Inggeris yang
berasaskan pendidikan Inggeris.
Pada tahun 1913, Tunku
Abdul Rahman dihantar oleh emaknya kepada abang sulungnya Tunku Yusuf yang
bekerja di Bangkok. Di Bangkok, baginda meneruskan pelajaran di Debsurin School
dan banyak berkawan dengan pelajar di sana . Tunku terpaksa pulang ke ke Kedah
kerana abangnya , Tunku Yusuf meninggal dunia pada tahun 1915 . Seterusnya,
Tunku belajar di salah satu Sek. Melayu buat setahun sebelum memasuki Penang
Free School.
Semasa
berumur 17 tahun , Tunku berangkat ke England untuk belajar . Dia diterima
sebagai penuntut St. Catherine Kolej , Cambridge Universiti setelah lulus ujian
kemasukan universiti (University Entrance Exam) . Kejayaan ini hasil daripada
usaha penyadiaan kertas peperiksaan yang dijalaninya selama 1 tahun.
Ketika
itu juga Tunku mula merasai pahit dan
diskriminasi kaum. Permohonannya untuk tinggal di asrama Kolej tersebut ditolak
semata-mata perbezaan warna kulitnya. Ironisnya Tunku kemudian ditawarkan satu
tempat setelah pihak Kolej mengetahui baginda berdarah Raja . Walau bagaimanapun,
Tunku menolak atas pegangan mulianya yang benci kepada isu dislaminasi dan
memilih untuk menyewa bilik di luar kawasan sekolah sepanjang tempoh
pembelajarannya .
Pengalaman sedemikian menyebabkannya mempunyai pegangan yang
utuh dalam melahirkan perasaan persamaan sesama manusia yang dianggap sebagai 1
konsep yang yang ideal. Pada masa yang sama, perkara tersebut menyalakan
semangat dan keinginannya untuk membebaskan saudara watannya daripada
cengkaman penjajahan British.
Tunku
memperoleh (Bachelor’s degree) dalam bidang guaman & sejarah pada tahun
1925.Keesokan tahunnya, baginda pulang ke Kedah. Empat bulan kemudian, Tunku
sekali lagi pergi ke England dengan hasrat menjadi seorang peguam majistret yang
bertauliah. Baginda dihantar oleh abangnya Raja Muda(Crown Prince ) ke sana.
Dato
Onn Jaafar,bapa
kepada Perdana Menteri ke-3 M’sia Tun Hussein Onn, bercadang menjadikan UMNO
sebuah parti yang terBUKA kepada semua rakyat dan bangsa di Tanah
Melayu.Tindakan beliau dibantah keras untuk menerima orang bukan Melayu untuk
menjadi ahli persatuan UMNO.Akhirnya Dato Onn meninggalkan UMNO bersama2
sekumpulan penyokongnya dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) demi
mengabulkan hasratnya menyatupadukan semua rakyat Tanah Melayu menuju ke arah
KEMERDEKAAN.
Di
Inner Temple,di mana Tunku belajar, tidak mempunyai pertubuhan@persatuan
yang berfungsi sebagai pengikat kepada saudara Melayu drpd tanah airnya, yang
semakun banyak bilangannya.Jadi Tunku menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain
dengan inisiatif, semangat , dan daya kepimpinannya. Justeru itu,Tunku dipilih
sebagai setiausaha persatuan itu.
Akan
tetapi, hatinya tidak berpaut kpd pelajaran guamannya dan pulang ke kampung
halaman selepas 5 thn. Baginda menyertai Perkhidmatan Awan Kedah sbg seorang
kadet di Pejabat Penasihat Perundangan dan seterusnya menjadi ketua bagi
beberapa daerah di Kedah.
Pada
1935,semasa bertugas di Kuala Nerang, Tunku bertungkus lumus untuk meningkatkan
taraf kesihatan dan perubatan di daerahnya, kerana tempatnya sedang dilanda
penyakit Malaria . Yang tragiknya, isterinya turut meninggal dunia akibat
menjadi mangsa Malaria. Pada kemasyghulannya, Tunku meneruskan usaha memerangi
gejala itu.
Tunku
membuat percubaan lagi untuk menyempurnakan pelajarannya di England pada tahun
1938 tetapi terkandas usahanya akibat ledakan Perang
Dunia ke-2 .Tunku pulang ke Kedah . Di Kedah, Tunku dilantik sbg ketua
Daerah Sg. Petani dan seterusnya di Kulim.
Semasa
di England,Tunku berkahwin dgn Violet
Coulson, warga di sana dan perhubungan mereka tidak berkekalan. Jodoh yang
sebenar diijabkabulkan antara Tunku Tunku dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi
Barakbah pada tahun 1939 dan mereka hidup bahagia sehingga sehingga akhir
riwayat Tunku.
Comments, questions about this web site?
HOME TUNKU'S BIOGRAPHY AWARDS MEMORIAL DATO ONN