| English Version |
Dato
Onn Jaafar,bapa
kepada Perdana Menteri ke-3 M’sia Tun Hussein Onn, bercadang menjadikan UMNO
sebuah parti yang terBUKA kepada semua rakyat dan bangsa di Tanah Melayu.
Tindakan beliau dibantah keras untuk menerima orang bukan Melayu untuk menjadi ahli persatuan UMNO.
Akhirnya Dato Onn meninggalkan UMNO bersama2
sekumpulan penyokongnya dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) demi
mengabulkan hasratnya menyatupadukan semua rakyat Tanah Melayu menuju ke arah
KEMERDEKAAN.
Asal
Usul
Setelah
tamatnya Perang Dunia Ke II, pada tahun 1945, Tun Hussein Onn kembali ke Tanah
Melayu dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru.
Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, Tun Hussein Onn dikenali sebagai
seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
Kemudiannya
beliau menjadi ahli Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Beliau dihantar ke
beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Semangat Datuk
Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein Onn
untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Penglibatan bapa beliau
dalam politik Tanah Melayu amat mempengaruhi Tun Hussein Onn untuk menyertai
UMNO.
Tun Hussein Onn menubuhkan Pemuda UMNO sebagai sebahagian UMNO dan menjadi Ketua
Pemuda UMNO yang pertama ketika berusia 28 tahun. Beliau kemudiannya
menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak
pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Tun Hussein Onn
telah dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1950. Beliau
juga menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
Walau
bagaimanapun penglibatan Tun Hussein Onn mulai pudar apabila cadangan bapanya
untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh
orang Melayu. Apabila Datuk Onn b Jaafar menarik diri dari UMNO, Tun
Hussein Onn menganggotai IMP
yang ditubuhkan oleh Datuk Onn b Jaafar dan seterusnya menganggotai Parti Negara
yang juga diasaskan oleh bapa beliau. Tetapi, Tun Hussein Onn tidak begitu
giat mengikuti perkembangan politik Tanah Melayu. Akhirnya Tun Hussein Onn
membawa diri dan meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan di Lincoln's
Inn. Setelah lulus pada 1958, beliau bertugas sebagai seorang peguam di
sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Pada masa itu
beliau telah pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila bt Tan Sri Hj Mohd Noah
dan mempunyai 6 orang anak.
Setelah hampir
13 tahun meninggalkan UMNO, pada tahun 1964, Tun Hussein Onn menyertai UMNO
kembali dan menjadi Ahli Jawatan Kuasa kerja UMNO pada Jun 1969. Walaupun
beliau telah lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang
mempunyai kepercayaan atas kebolehan beliau mencalonkannya sebagai calon
Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak
meleset kerana Tun Hussein Onn memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja
pada Mei 1969.
Peranan
Dan Sumbangan
Pada September
1970, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Di
bawah pentadbiran Tun Hussein Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju.
Tun Hussein Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun
1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang
dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Tun
Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO.
Apabila Tun
Dr Ismail
meninggal dunia, Tun Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada
13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Tun Hussein
Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 3 setelah kematian Tun Abdul Razak
pada 14 Januari 1976.
Walaupun pada
masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Tun Hussein Onn
berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan
sosial. Beliau berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan
April 1981. Seperti bapanya Tun Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan
taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April
1981, Tun Hussein Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional untuk membantu
masyarakat Melayu mencapai kedudukan yang lebih baik dari segi ekonomi.
Akibat
kesihatan beliau yang merosot, Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.
Keistimewaan
Tun Hussein Onn
adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan
hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip
hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan beliau seorang yang
berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau memberi kebebasan
akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan
meningkatkan prestasi pentadbirannya. Tun Hussein Onn adalah seorang
negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia
sebagai seorang pemimpin.
Comments, questions about this web site? Send email to webmaster
HOME TUNKU'S BIOGRAPHY AWARDS MEMORIAL DATO ONN