PERMULAAN DA'WAH SECARA RAHSIA
Rasulullah SAW pun memulakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas Baginda iaitu berda'wah secara sulit, menyeru manusia 'Arab supaya menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah yang pertama diajaknya mereka yang karib dengan Baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan Baginda.
Di antara mereka yang mula-mula
menyahut seruan Rasulullah SAW ialah keluarga Baginda sendiri, iaitu Sayyidatina Khadijah, anak-anak Baginda, 'Ali bin Abi
Thalib (dijaga oleh Rasulullah SAW untuk meringankan beban Abu Thalib)
dan Zaid bin Harithah (seorang hamba, kemudian dimerdekakan dan
dijadikan anak angkat oleh Baginda). Di luar lingkungan keluarga Baginda ialah Abu Bakar bin Quhafah,
sahabat karib Baginda. Abu Bakar pula telah berjaya mengIslamkan 'Uthman bin 'Affan, al-Zubair bin 'Awwam, 'Abdul
Rahman bin 'Auf, Sa'ad bin Abi Waqqas dan Thalhah.
2
