SirahOnline

KDIM | BankSoalan 

- Kerasulan
  Lihat Juga :
- Da'wah Rahsia
   
   

  

 

WAHYU KEDUA

 

          Berkata Ibnu Syihab : Dan dikhabarkan kepada aku oleh Abu Salamah bin 'Abdul Rahman bahawa Jabir Ibnu 'Abdullah al-Ansari telah berkata semasa bercerita tentang terputusnya wahyu, Rasulullah SAW bersabda dalam percakapannya itu :

 

          "Sedang aku masih berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran olehku suara daripada langit, lalu aku angkatkan pandanganku, sekonyong-konyongnya Malaikat yang datang kepada aku di Gua Hira' itu sedang duduk di atas kerusi yang terletak di antara langit dan bumi menyebabkan aku pun terperanjat melihatnya lalu aku pun balik, maka aku katakan, "Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku!" 

 

          Maka diturunkan Allah 'Azzawajalla wahyu, ertinya "Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, maka berikanlah peringatan, dan Tuhan engkau hendaklah engkau agungkan, dan pakaian engkau bersihkanlah dan perbuatan dosa tinggalkanlah."

(al-Muddaththir : 1-5) 2

 

          Rasulullah SAW merasa amat gementar. Dipandangnya Baginda oleh Khadijah, dengan rasa kasih yang lebih besar. Didekatinya Baginda perlahan-lahan sambil dimintanya supaya Baginda kembali tidur dan beristirehat.

          "Waktu tidur dan istirehat sudah tak ada lagi, Khadijah," jawabnya. "Jibril membawa perintah supaya aku memberi peringatan kepada umat manusia, mengajak mereka supaya mereka beribadat hanya kepada Allah. Tapi siapa yang akan kuajak? Dan siapa pula yang akan mendengarkan?"

 

          Khadijah berusaha menenteramkan hatinya. Dengan bersemangat sekali Khadijah menyatakan dirinya beriman atas kerasulannya itu. Sudah sewajarnya apabila Khadijah cepat-cepat percaya kepadanya. Khadijah sudah mengenalnya benar. Selama hidupnya Baginda selalu jujur, orang yang berjiwa besar dan selalu melakukan kebaikan dengan penuh rasa kasih sayang. Selama dalam tahannuth, dilihat oleh Khadijah betapa besar kecenderungannya kepada kebenaran, dan hanya kebenaran semata-mata. 5

 

          Dengan itu wahyu pun mula diturunkan dan ia datang secara berturut-turut."          

 

 

 
       
Copyright � 2003 SirahOnline.cjb.net. All rights reserved.
KDIM. BankSoalan. Feedback


Hosted by www.Geocities.ws

1